Sabtu, 6 September 2014

Apakah aku sudah ‘tua’ ?

 

Sejak balik dari Paris hari tu , aku non stop update blog ! Hurmmm .. Ditambah dengan masalah masalah di kiri kanan , aku semakin kehilangan rentak dan mood untuk menulis..

Masalah peribadi ,masalah rakan rakan ,masalah itu ini .Segalanya di benak aku ! Aku kadang kadang pon hilang punca ! Dah tak tau apa nak buat !

Hurm… Kadang kadang , aku takut ! Aku beri madu , dibalas tuba dalam diam ! Bukan tak pernah kena .. banyak kali dah ! Aku cuma mampu geleng kepala jer ..

Apakah aku sudah tidak relevan lagi untuk berblogging ? Atau aku sudah lari dari motif sebenar hingga tiada rasa seronok lagi berblogging ? Hurmm ..

Hanya ‘mereka’ ni saja menguatkan aku semangat dan alasan  utk terus menulis ..

Hurm… mmg mood kelaut sungguh ! Aku perlukan percutian sekeluarga … Kasi tenang dan kembalikan mood menulis !

Bila blogger buat ‘tahi’ !

 

“ Dulu kami pernah guna blogger .. dah bayar mahal tapi hasilnya ? “

“ Nak job .. dah bagi dateline tapi tak buat kerja. Marah la client. Camana ni ? “

 

Hurm…. Banyak kali dah aku dengar sendiri atau kawan sampaikan.  Adoi ! Betol kacau line la blogger camni   Bila dah jadi mcm ni , diorang dah mula takut nak gunakan blogger untuk buat kempen atau promosi. Hurmmm .. Kesannya ??

Ada blogger yang suka makan kenyang kenyang untuk sehari dua pastu mula terkial cari lagi.. Bila jumpa , makan kenyang kenyang .. Tapi hasil ? Gebang pandai.. Janji itu ini.. Terutama menjanjikan trafik atau LIKE yang banyak ! Tergoda la si pelanggan tu… Lepas bayar setengah atau penuh , hasil kerja ??

Hurm… Kawan , jangan gitu.. Gara gara ‘kamu’ , ramai blogger terkena tempias !  Ramai berusaha nak jaga nama tapi disebabkan kamu tu , BLOGGER dapat nama busuk ! Orang tak percaya dah nak kasi job pada blogger !

Pada mereka yang cari makan dengan blog ni , buat la kerja dengan ikhlas hati.. Jangan pandai amik duit orang tapi tak buat kerja dengan sungguh sungguh.

Hurm..

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI