Dapur Tanpa Sempadan...

Isnin, 8 September 2014

Bila si kecil main air liur !

 

Photo

Kalau Zahra boring , dia start main sembur air liur. Bila dia wat gini , sememangnya buat aku geram dan gi ‘gigit’ dia ! Hahaha.. Serius , dia merelakan ! Dia rela digigit dari ditinggalkan keseorangan ! Yang lain ada kat dapur ! Dia boring la kan ? Sebab dia tak leh nak ikut ! Hahahaha ..

Orang kata .. bila si kecil mula main air liur , abis la ibu dia.. Gugur byk rambut ! Hahaha .. Aku gelak jer .. Takde kaitan laaaa .. Dan tiba-tiba suara wife di dalam bilik..

“ Adoi.. banyaknya rambut gugur ! “

Erk… kebetulankah itu ?????

Akademi Fantasia 2014 : Suatu Kelainan !

 

Kawan aku dah lama jemput aku untuk hadiri konsert pertama Akademi Fantasia 2014 ni .. Dia merupakan orang kuat la untuk AF kali ni.. Sebelum ni dia penerbit untuk Karoot Komedia.

Untuk support dia , aku pon ajak la rakan rakan di #kelabbloggerbenashaari join sama. Saja kasi pengalaman buat diorang. Yelah , dah jadi blogger ni , kena tau macam macam.. Jadi tak de la nak kritik , nak kutuk atau main tulis je kat blog kan ? Kena lalui dan kemudian beri pendapat untuk perbaiki mana yang kurang ..

Terus terang , aku pun lama dah tak tengok AF ni . Musim terakhir yang aku tengok , melibatkan Heliza jer. Tu pon jap jap .. Bukan fanatik. 

Dan semalam aku di sana , mengharapkan satu kelainan kali ni. Tak nak dah tengok ada airmata airmata.. Boring ! Tak perlu nak main dengan emosi dah .. Bagi penonton enjoy agar mereka lebih ikhlas nak mengundi peserta kesayangan mereka ..

image

Terus terang aku bagitau la.. Aku pelik nape Zizan dan Jihan terlibat dalam AF kali ni ? Mampukah diorang buatkan AF ni menjadi sebutan ramai ??

Dan segalanya terjawab semalam .. Kelainan kali ni , mereka lebih pada komedi ! Konsep santai bergurau ni mmg berjaya memikat penonton di Dewan MBSA.. Masing masing tak kering gusi termasuk aku yang tak suka Zizan ni .. Terus terang ni !

Ada dua tiga perkara yang aku rasakan AF ni perlukan pembaharuan terutama part mengundi ! Dengan penonton yang dah terpaksa melanggan ASTRO , pastu kena sms undi .. aku rasa tak relevan dah ! Memanjang kena keluar duit ! Kan dah ada ASTRO Beyond ? Apa kata nak mengundi tu , kena langgan channel khas.. Ahaaaa . Melalui remote , diorang leh mengundi setiap hari ! Sehari sekali undi jer ! Dan malam konsert , leh undi 2 atau 3 kali ! Ahaaa.. kan kan ? Camana nak buat , diorang leh fikirkan part tu.. aku lom kerja ngan ASTRO.. hehehe .

Satu lagi teguran dari aku .. Part pakaian terutama yang pelajar yang bertudung tu… Hurmmm.. Faham kan ?

Apa pun , semoga maju jaya buat semua pelajar Akademi Fantasia 2014 kali ni .. Aku nampak dah sapa yang bakal menyengat kali ni .. Walaupun di konsert pertama , aku rasa beberapa orang bakal membuatkan musim kali ni lebih menarik .. Mereka berbakat.. takde dah main rupa rupa gitu.. hehehe ..

Berebut daddy ?

 

 

“ Qhaliff tak dengki ke ngan Zahra sebab daddy dok pegang dia jer ? “

Hurm… Qhaliff ni aku nampak lain sedikit la.. Nak kata cemburu tu , aku tak nampak la pulak.. Tapi berebut barang macam bila aku nak letak Zahra dalam rocker , dia cepat cepat masuk dulu .. nak letak dalam car seat , dia pon nak masuk gak.. Haa , mcm tu ada la..

Bagi aku , Qhaliff lebih suka menyakat aku .. nak curik perhatian ! Tapi bila kita cakap elok elok , dia bangun la.. Kira berjaya la dia menarik perhatian kita dan terus mintak aiskrim ! Dah dapat , dia tak kisah apa dah ! Dukung sampai kiamat pon tak pee.. Hahahaha…

Yang pastinya , bila aku nak keluar ke mana mana .. dia akan pastikan dia akan dapat ikut aku ! Hurmmm .. Dan pandai cakap ‘ nak ikut' skang .. Apakah dia terancam ? Mentang mentang adik dia tak dapat jalan lagi.. jadi dia conquer semua ? Hahahaha

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI