Rabu, 10 September 2014

L’AROME Apple Stemcell Slimming Serum pulak ?

 

Puan Roazizah offer aku satu produk.. Dia mintak aku review produk ni. Terus terang , dulu aku ke gym , aku akan pakai satu jenis losyen yg bertujuan untuk membantu pembakaran lemak di bahagian pinggang dan  perut ! Pergh.. lemak degil giler kat situ !

Ok , aku terima .. Sebab dia kata ramai dah pakai .. Aku pon ok je laa.. Bagi alamat dan dia post . Bila dapat je produk tu , aku amik gambar dan post ke Facebook. Saja nak tengok respon rakan rakan yang mungkin dah gunakan produk L’AROME ni..

Antara komen yang aku terima pada status tu ialah ..

  • Sayaaa dah gunaaa ... mmg berbaloiii ... scratch mark yg mengandung punnn dhh kurang ... perut pun dh kempisss
  • waahhh ben pon pakai larome..heheh mmg nak kena cuba ni..dh order tp belom sampai
  • .aku pkai byk 5 pump tp x rasa panas...merah skit jer...lemak tebal nau2 gamaknyer...haha...
  • Dh gne...terbaikk...
  • dh guna gak...jalur gemilang kat perut kesan preg dh menipis..guna lom sampai seminggu..
  • ni guna ntuk perut bncit pn boleh ye..hehe
  • Akak pun dah guna..mmg terbaik lah..

Tak caya eh ? Leh rujuk kat SINI ..

Ok , giliran aku lak nak try.. Aku kasi wife gak try.. Nak aku kesan sampingan terutama part kepanasan dan gatal ketika panas tu ..

 

Sebelum tu , aku dah diberitahu mengenai cara nak pakai dan juga kesan selepas pakai ..

Cara yg berkesan utk Menggunakan L'arome:

●Pastikan diri dalam keadaan Bersih iaitu selepas mandi.

●Pastikan permukaan sapuan kering, bebas dari air.

●Picitkan Serum ditangan bermula dengan 1 Punch dahulu. Jika kurang Panas, tingkatkan penggunaan sehingga rasa panas yg selesa. (MAKSIMUM TIADA HAD JIKA BOLEH TAHAN KEPANASAN TERSEBUT)

●Sapukan secara bulatan arah lawan jam utk serum tersebut meresap ke dalam Liang2 roma dengan sempurna. Sapu sehingga kering. (Kalau boleh, tepuk-tepukan, cubit-cubitkan permukaan sapuan, utk lebih cepat serum meresap kedalam liang roma)

●Gunakan Konsisten 2 kali sehari, Pagi dan Malam.

●Teruskan langkah2 ini secara berterusan sehingga anda nampak kesannya. ======================== Kesan-kesan Awal menggunakan L'arome: ========================

●Akan terasa panas tetapi akan hilang kepanasan tersebut secara berperingkat.

●Akan terlihat kulit bertukar menjadi kemerahan (ini kerana kesan pembakaran lemak sedang berlaku)

●Akan rasa sedikit gatal2. Ini Normal. (Ini kerana Kesan daripada Toksin2 yg dibakar oleh L'arome sedang berlaku) Ini semua hanya akan berlaku di permulaan penggunaan sahaja.

Awas !!

•Jangan terkena mata atau alat sulit.

•Pastikan tangan yg diguna utk sapuan, di basuh bersih menggunakan sabun.

•Jangan sapu terlalu banyak, kerana serum ini panas.

Hurmmm… Apa pendapat aku ? Memang panas sedikit dan sedikit gatal.. Tapi lama lama hilang ! Kuruskah aku ? Hehehehe .. Kang aku cakap aku kurus , aku mmg dah kurus.. tapi tujuan aku pakai tu untuk bakar lemak perut dan pinggang supaya nampak lebih kemas bila berbaju kemeja.. Tak de la nampak lemak terkeluar keluar.. Dan wife aku pon bagi komen gitu..

Apa pun , terpulang pada korang sendiri ! Aku cuma leh bagitau jer.. Nak tau dengan lebih lanjut , leh je contact Puan RoaZizah YusoFf di Facebooknya atau no tel : 012-6295362.

Tanya je apa pon nak tanya.. hehehe..

Bahaya tinggalkan bayi keseorangan !

 

Photo: Aku letak zahra tengah tengah..5 minit kemudian.. Rujuk gambar..

Bayangkan jika atas katil ? Dan bayangkan jika letak di rumah pengasuh yg tidak berpengalaman dan berkelayakan..

Ya , pernah terjadi pada Qhaliff masa dia di usia Zahra.. 

Sejak tu , mmg tdo bawah jer..

Masa aku letak dia , dia ada kat tengah.. Tapi aku mmg tau dah dia akan menolak dengan kaki dia untuk bergerak.. Dan tak sampai 5 minit ! Tadaaaa..

Bayangkan jika di atas katil ? Sebelum ni , berlaku pada Qhaliff ( rujuk SINI ) .. Dan kali ni mmg kena hati hati memandangkan Zahra sangat lasak .. Dia kalau meronta , mmg kuat ! Hurmm..

Maka .. tidur bawah atau bila tidur di atas katil  , kena letak bantal yang berat dihujung hujung dan tilam di bawahnya .. Tilam tu cam toto laa.. hehee ..

Yang mana ada anak kecil tu.. yang hantar ke pengasuh.. gi tanya tanya la yer.. Cegah lebih penting.. Biar nampak cam cerewet supaya mereka berhati hati.. Maka , dua dua lega.. pengasuh dan juga si ibu bapa tu ..

Koleksi Resepi Menawan Hati Periuk Tekanan Noxxa !

 

Tu diaaaa ! Siap buku khas kooo !! Sebuah buku ni dijual RM20 .. Wife beli dua .. katanya ..

“ Untuk abang jugaaaa .. “.

Pandai jual nama aku .. Adeh..

Terus terang , sejak ada periuk Noxxa ni , aku dah tak payah nak tanya nak makan apa ari ni .. Semua dah ada dalam kepala dia ! Haaa.. Aku pulak jadi risau .. Risau buncit kooooo ..

Semalam , dia wat masak kambing ni haaa .. Memang , abis aku jilat kuah kuah dia ! Hahahah .. Adeh.. maaf la yer.. Dah sedap ! Gitu laa..

Periuk Noxxa ni ramai dah orang guna tapi sayangnya , ada yang tak tau camana nak menggunakan dengan sebetulnya.. Maksud aku tu , kira guna abis abisan laaa ! Dah beli mahal mahal , takkan simpan wat tukun tiruan kan ? Haaa..

Hurmm… Ok , serius ! Kalau aku yang guna .. confirm aku simpan dalam kotak ! Hahahaha… Banyak sangat butang nak kena tekan haaa.. Mcm time bomb lak ..

Tapi , kalau ada buku resepi ni.. aku rasa … hilang segala masalah !

Hurm.. mana beli ? Aku pun tak pasti la wife aku beli mana .. Lupa lak nak tanya.. Tokey dia pon tak suruh aku promote .. tapi memandangkan dah ada yang tanya , sila la google tajuk buku tu.. InshaAllah akan jumpa pemiliknya ..

Perlu ke stroller untuk anak kecik kita ?

 

Gi Mothercare di Bangsar Shopping Centre. Ada sedikit urusan di sana.. Hurm.. Bila masuk dalam tu , tergamam jap wife ! Biasa dok gi Mothercare Alamanda jer.. Sekali tengok kat situ , besar giler ! Macam macam pilihan ada !

Dan bukan wife aku je tergamam.. Qhaliff pon sama !! Jadi rambang jap dia .. Berlari lari anak dia dalam tu ! Hahahah .. Abis semua dia nak kaut ..

 

Dan Zahra jugak nampaknya dapat menyesuaikan diri di situ.. heheheh ..

Urusan aku bermula .. Hurmmm .. Penerangan diberikan dan tanya je la apa aku nak tanya ..

Test letak Zahra dan Qhaliff.. Heheh.. Dua dua leh guna ni .. Ternyata Zahra lebih selesa di dalam tu manakala Qhaliff , masih jual mahal.. Ni perangai aku ni.. Berlagak skit awal awal.. Bila orang takde , baru nak ‘waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaahh’ pastu berebut !

Lagi pun , Qhaliff dok teruja dengan mainan yang ada di dalam tu .. Hehehe.. Daddy pon ‘teruja’ gak nak membayarnya !

Hurm.. Qhaliff dah nak masuk 3 tahun.. Perlukah dia gunakan stroller lagi ? Zahra camana pulak ? Mana lebih sesuai ? Guna baby carrier atau stroller ?

Berkenaan dengan harga pulak.. hurm.. ada yang kata stroller berjenama ni mahal giler ! Baik beli murah .. Aku ada dua dua .. mahal dan murah.. Bila guna , mmg ada beza.. Yang murah lak ( murah tu tak la murah gak..beratus ) , baru pakai jap .. tayar dah mula wat hal .. Rasa menyesal lak beli.. Hurm.. Selesa ? Qhaliff nak duduk jap je dalam tu ..

Perlu ke guna stroller ni ? Hurm… Apa pendapat korang ? Mana lebih berbaloi kalau beli ? Cam yang berjenama ni , ada jaminan bertahun dari segi hardware dan material.. Yang murah ni , rosak je.. buang.. Huhuhu…

Takut di jam 4 petang !

 

Setiap hari , aku doakan jam 5.30 petang cepat sampai .. Kalau pagi tu, ok lagi.. Zahra mudah tidur.. Qhaliff lak suka layan phonic video dan disusuli video feveret dia .. hingga jam 12 tengahari.. pastu dua dua lena.. Baru aku leh tarik nafas lega

Pagi pagi.. Zahra mmg suka wat muka cute..

Mai petang ? Perghhh..Kul 4 ke atas terutamanya .. Dua dua dah mula kepanasan bontot !

Photo

Tunggu mak diorang balik ! Dua dua nak susu original ! Tak kira la camana pon.. nak gak ! Hurmm.. Pening aku time ni ! Hahahaha.. Mengusung la dua dua.. Sorang tarik kaki.. sorang asyik berdukung .. hahaha ..

Masa masa gini , terus terang.. kena banyak istighfar..bersabar ! Kalau tidak , kita akan menyesal ! Hurmm..  Sebenarnya , lelaki mmg payah nak jaga anak kecil terutama yang masih menyusu.. Perghhh.. Kalau ada yang mampu jaga gitu , silalah respek dia.. Aku tak suh respek aku.. tapi yang berjaya tu.. Aku lom berjaya .. Huhuhu..

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI