Dapur Tanpa Sempadan...

Jumaat, 12 September 2014

Nasi Mandy ‘ home cook ‘ sedap !

 

Lama dah nampak gerai ni tapi tiap kali nak beli , tak bukak ! Dan hari ni , wife berjaya membawa pulang 2 bungkus nasi mandy ni .. Dia tau aku cukup suka nasi mandy ni .. Ditambah lagi , lauknya adalah kambing ! ( Dulu tak suka kambing.. skang giler kambing lak ! )

image

Aku makan dulu.. Wife layan Qhaliff jap.. Nak makan sama , tak tau bila boleh.. tengah malam baru dapat kot ? Hehehe.. gitulah bila ada anak kecil..

Sesuap masuk ke mulut… dua , tiga dan .. hurm…

“ Sedap laaa … Daging kambing dia pun lembut jer ! “.

“ Haa.. memang laa.. tadi dia buat pon ada beberapa bungkus je.. memang tak buat banyak banyak pon.. “

Dan akhirnya tinggal tulang ! Aku jeling wife punya nasi yang tak terusik.. Kang aku makan nasi tu kang , ada jugak gi cari batu belah batu bertangkup.. hahaha ..

Ok.. memang sedap nasi ni ! Kat mana beli ? Hurm… Kalau aku cakap pon , bukan korang tau.. Cuba call je nombor pakcik Abu Hussein tu.. Kot kot la nak buat tempahan anak nikah ke.. ke korang nak nikah lagi ke..

Alaa.. nak tau gak kat mana ? Korang tau Jenderam Hilir tak ? Tau kan ? Ok.. takde kaitan dengan Jenderam Hilir .. Tapi dekat dekat area tu la.. Ala , kalau dari Putrajaya tu , masuk ikut Kajang Lama tuuu.. Huh , tak tau ? Aku kata daaahhhh … penat jer cerita ! Dah , call ke pakcik tuuu.. tempah la sekawah … wat jamu masa raya nanti.. hehehe … Jangan lupa jemput aku yer..

Glasses Online: Ray-Ban RB3095 untuk isteriku !

 

Patutlah ramai orang suka beli online jer sekarang ni ! Masuk web , tengok mana berkenan .. pilih.. dan bayar ! Pastu tunggu ! Tak puashati , sila hubungi mereka untuk dapatkan penjelasan ! Ahaaa .. Tak yah nak ulang alik kedai gitu ..

Maka , aku gi tgk la design design cermin mata yang ada di Glassesonline setelah dicadangkan oleh seorang rakan blogger. Terus terang , aku tak suka beli cermin mata melalui online ni.. Tak puas ! Tapi aku nak try gak setelah dia tunjukkan kat aku spek yang dia dapat ! Amboiii ..

Aku berkenan Ray-Ban. Lama dah nak try tapi belum terbuka hati nak cuba .. hehhe.. Aku lebih berminat dengan gaya Oakley yg lebih moden rekabentuknya.. Tapi apa salahnya cuba gaya lama kan ?

Masuk ke laman web Glassesonline , aku belek satu persatu .. Perghh.. Giler murah ! Siap bagi diskaun lagi .. Aku selalu je tengok kat kedai cermin mata.. Harga , mmg telan air liur je laa.. Huhuh..

Ada banyak brand kat sana.. antaranya ,Ray Ban ,Oakley , PradaPersol , Carrera ,Super , Gucci ,Emporio Armani ,Maui Jim ,Tom Ford , Police .. iskh.. banyak laa.. Dari A-Z punya jenama !

Ok.. aku dah buat keputusan ! Aku nak amik Ray-Ban RB3025 Aviator Large Metal 001/57 Polarized ni !

Ray-Ban RB3025 Aviator Large Metal 001/57 Polarized

Harga ?? Mahal ke ???

image

Amacam ??? Hehheheh .. Murah kan ? Aaahh .. Kata dah .. Selesai part pilih barang , checkout .. settlekan part pembayaran dan .. tunggu barang sampai ! Penghantaran , percuma yer .. Kita akan dapat email pemberitahuan mengenai pembelian dan juga penghantaran ! Jangan risau ..

Tak sampai seminggu  ( macam aku punya dah bagitau 2-3 hari jer ) , cermin mata aku tiba jugaaa di tangan aku ! Happy laa … sebab kali pertama nak pakai  Ray-Ban ..Ala ala Tom Cruise dalam Top Gun gitu.. hahahaha .. Asyik tengok kawan kawan je pakai kan ?

image

Terus bukak .. dan try !!

Photo

Amacam ? Sesuai tak ?? Hehehehe… Orang kata , Ray-Ban ni , perempuan pakai pon sesuai ! Hurmmm.. aku kasi test wife pakai.. Amacam ? Dia sesuai tak ?

image

Memandangkan sekarang ni , dia je yang memandu kereta .. maka cermin mata yang aku dah jatuh cinta ni , aku kasi dia je la.. Aku beli lain nanti ! huhuhuh… Sukaaaa dia !!

Ray-Ban tiruan ke yang aku beli ni ? Hurm.. aku dah tgk kat Youtube dan bandingkan.. Aku senyum selepas tu .. Lalalalala …

Amacam ? Berminat gak ? Hehehe.. Gi survey je dulu.. Tengok tengok .. Kot ada yang berkenan atau leh syor pada kawan kawan .. Yelah , kalau dah murah , beli la kan ?

Nak tau lebih lanjut , sila ke http://www.glassesonline.com.my/ .. Cepat , kang abis stok kang… Haaa… Aku syorkan , amik yang polarized !

Terbantut kari kambing !

 

Yummy… Terima kasih kak D’Lalila ( tokey Mee Udang di MMA Santai Corner , Nilai ) , sebab tapaukan kari kambing semalam .. Gi sana semalam sbb dia kirim beli Nutri Goat Miracle 8. Dekat je ngan rumah , tu yang leh gi antar ..

Sedap mee udang dia ! Serius .. Kalau kat rumah , memang aku hirup abis kuah mee tu.. hahahaha ..

Haaa… dia bagi aku kari kambing ! Wife panaskan pagi tadi.. Siap dengan nasi panas.. Pastu dia gi keja.. Dan aku keseorangan ! Hehehe.. Yang lain masih tidur..

Masa untuk sarapan.. Letak nasi , taruk kuah.. Bau semerbak ! Hurmmm.. sedapppp ! Duduk , bismillah… Satu suap ke dalam mulut ! Allah.. sedapnyaaaa..

Nak masuk ke dua jer .. terdengar sesuatu .. dan !

Photo

Budak ni dah jaga ! Dok memangggil dari dalam bilik ! Cepat cepat basuh tangan dan gi amik dia ! Mampu tengok nasi dari jauh jer ! Hahahaha !! Adehhh ..

Tak kiraaaaa … aku duduk dan pangku dia .. makan tetap makan ! Aku letak atas tilam , menjerit dia ! Tamooo .. nak dukung gak.. Adehhh …

Patutlah banyak ibu ibu kurus walaupun beranak pinak.. Tapi bila anak anak dah besar panjang , berubah terus bentuk badan.. Dah boleh makan dengan tenang ..siap tambah lagi.. kan ? Hahahaha ..

Setiap hari aku sebagai suri rumah …

 

Awal pagi .. yakni subuh .. Pastikan bangun dalam keadaan yang cukup segar ! Kalau tidak , akan menganggu emosi seharian ! Dan mangsanya adalah anak anak ..

Mandi .. siap siap ! Wife keluar je dari rumah , confirm Zahra akan bukak mata .. Confirm ! Bila dia dah jaga , aku dah mula dup dap dup dap ! Budak ni , bangun tidur mmg comel.. tapi nak tidur balik lagi comel ! Bangun , diiringi dengan senyuman. Nak tidur, diiringi dengan tangisan ! Kenapa gitu ? Sebab dia nak menyusu badan ! No botol botol ! Daddy nak bagi , tak leh.. lama dah ‘susu menjadi keju ! ‘.

Part mandikan dia tu , senang jer .. Suka dia kena mandi .. Aku dapat rasakan dia ni nanti berjam dalam bilik air bila dah dewasa ! Sila tinggalkan handphone di luar ! No handphone handphone dalam bilik air !

Bila dia dah settle , abang dia lak.. Abang dia ni kalau jaga , sejam jugak nak kasi fresh ! Mengeliat sana sini dulu. Tengok sana sini . Pandang sana sini. Apa dia mimpi pon tak tau laaa … Dah la kuat ngingau .. ikut mak dia la tu ( Mesti wife kata.. Semua diaaa.. walhal aku ! Hahahaha )

Photo 

Zahra akan tidur selepas mandi hingga tengahari. Dia bangun , aku letak atas  tilam. Masa ni dia akan sengih sengih selama sejam. Pastu nak tidur balik ! Camana la pipi tak tembam ! Nak tidur tu , aku kena berusaha kasi dia susu.. Masa ni laaaaaa aku mula diduga ! Adeh.. Tak semua orang boleh yer ! Mak aku pun cuak bila dia nangis.. Aku sendiri pun , kalau boleh nak pakai ear plug .. bingit siut ! Berdesing kepala kejap.

Dan Qhaliff , masa ni jugak dia buat bising .. Adoiyaiiii… Puas la aku suh dia diam , dia suh aku diam .

“ Qhaliff… syyyyy… adik nak tidur ! “. Sambil aku letakkan jari  di hujung bibir.

“ Syyy…. “. Dia buat balik kat aku.. Kecik besar kecik besar jeee tengok dia ni !

Kalau aku dapat tidurkan dua dua , dalam kul 2 petang tu , satu kenikmatan tak terhingga ! Aku baru boleh tarik nafas lega .. Baru boleh nak solat .. kemas kemas sikit rumah setelah ditunggang terbalikkan dek Qhaliff ! Aku nampak Zahra pon akan join sama sebab setiap kali abang dia wat sepahan , dia akan sengih ! Daddy pon sengih gak.. sengih nak jadi Tarzan ..

Aku harap dua dua dapat bangun jam 5 petang. Zahra bangun jer , akan nak susu ! Lapar dah tuu.. Tunggu mak dia balik.. Dapat je susu badan , kaki dia akan terangkat naik punyalaahhh ! Tu diaaa.. punya nikmat susu badan ni pada baby.. huhu ..

Qhaliff ? Hurm.. join sama Zahra dan aku ?? Ni la masa aku untuk berehat seketika.. hehehehe ..

Ni la rutin aku dari hari Isnin hingga Jumaat. Syukur giler kalau ada cuti umum .. Huhuhh..

Bayangkan isteri anda di rumah .. yang jadi suri rumah sepenuh masa atau yang bekerja , balik rumah tapi tak rehat .. terus buat kerja rumah .. Suami ? Kalau membantu , Alhamdulillah .. Kalau sampai je rumah , gi sambung kat kedai makan .. kononnya nak release tension.. acaner ? Orang lain punya tension nak release gak.. Haa..

Bila dah berumahtangga ni , buat perangai berumahtangga .. sesekali tu , ok la.. kalau hari hari , rumah boleh hilang tangga tauu ! Haa..

Segmen Ben Ashaari : Aku , seorang BLOGGER !

 

Ok…  Jom mulakan bersegmen pagi ni !

Aku bagi tips untuk korang ‘berjaya’ dalam setiap segmen yang aku anjurkan ini . Korang tak leh harap orang sangat  akan masuk ke entri korang buat tu .Apa yang korang kena buat , blogwalking satu satu , baca entri mereka dan ulas ! Ulasan yang menarik akan membuatkan si blogger dan pembaca mereka ke blog anda pulak ! Itu cara untuk mendapatkan reader yang baru untuk blog korang !

Ikut jer syarat syarat ni .. Tak ikut , aku tak senaraikan yer .. Jangan marah nooooo.. Sapa suruh tak lengkapkan ‘borang’ !

1 . Letakkan header blog aku ni di permulaan entri .. Tujuan supaya orang kenal ni segmen dari Ben Ashaari . Jadi takde la nak keliru dengan segmen rakan rakan lain .

BEN ASHAARI

2. Tajuk SEGMEN BEN ASHAARI :  AKU , SEORANG BLOGGER ! dan linkkan ke entri ini ..

3. Terangkan secara ringkas peranan anda sebagai seorang blogger kepada orang sekeliling anda , masyarakat dan negara .. Apakah isu yang ingin tekankan terutama sekarang ini !

4. Jika anda mampu dapat pendapatan dari blog sehingga ribuan ringgit , apakah anda akan berhenti bekerja dan menjadi blogger sepenuh masa. Apakah bisnis yang akan anda lakukan sebagai Backup Plan masa depan ?

5. Ceritakan sedikit mengenai harapan anda sebagai seorang blogger terhadap dunia blog ini ?

Tu jer .. ! Senang kan ? Kalau dok takde idea nak update blog , boleh la layan segmen ni !  Ok ?

Tarikh tutup ? 12/9/2014 , jam 6 petang ! Lebih dari masa yang aku bagi ni , aku tak dapat nak up link tu yer.. Sebab masa tu.. aku nak rehat dari tengok laptop.. hehehe ..

Senarai blog yang join :

Tamaatt !! Yeayyyy .. Selamat membaca !

     

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI