Dapur Tanpa Sempadan...

Ahad, 14 September 2014

Ke Magic Fest Putrajaya lagi !

 

Hehehe.. Selfie sebagai tanda bukti ni ! Bukti nak ke Picc , Putrajaya untuk tengok Pro Shop Demo #2 .. live depan depan diorang buat magic… Leh tangkap la camana diorang punya trick yang selama ni kita anggap mereka mengamalkan sihir ! Haaaaaa !!

Semalam dah tengok persembahan pertandingan punya tapi yang ni di booth masing masing .. Ada banyak booth yer !

Esok hari terakhir tau ! Teringin nak mencuba atau jadi ahli silap mata pada anak anak anda ? Sila la beli barangan silap mata yang dijual di situ.. hehehe ..

Untuk jadual esok , boleh la rujuk entri aku Jom ke ‘ Magic Fest Putrajaya’ ni. Gi la bawak anak anak.. Jangan lupa tengok persembahan diorang sekali … Ada di jadual esok tau ..

Nak bermanja dengan daddy kah ?

 

Bangun seawal subuh. Lepas solat terus update blog. Pastu gerak ke Cheras utk ke rumah kawan aku. Adiknya kawin .. Dan aku kena kembali ke Sepang sebelum kul 2 sebab nak kena gi PICC lak .. Dalam tempoh tu , semalam.. aku sangat terkejar kejar ! Dengan Qhaliff yang demam , ikut sama ..

Selepas kerja di PICC jam 6 petang , balik rumah.. sambung lak kerja di rumah.. Qhaliff yang merengek tak nak duduk di rumah , aku bawak keluar jalan jalan dan beli makan malam ..

Dalam kereta dia diam.. tenang ! Berbeza bila di rumah !! Asyik menangis dan menunjuk bahagian dalam mulut ! Aku syak ulser sbb anak buah aku pun kena gak.. Aku sendiri pon dok ada satu bijik naik kat belakng bibir ! Hurmm..

Lepas pusing pusing tak tentu arah .. aku balik rumah.. Tapi Qhaliff tak nak turun .. aku keluar balik gi lepak mamak.. Nasi yang beli tadi , aku pass kat wife. Dia kata dah sangat lapar .. Suruh dia makan dulu dan aku layan si Qhaliff.. Balik , tukar syif.. Aku dah sangat penat dan mengantuk.

Lepak minum.. Qhaliff berselera nak telan air milo tu.. Tapi baru satu sedut , dia menangis ! Hurmmm.. sakit la tu.. hurm.. Terus aku abiskan air dan balik ..

Naik kereta dia diam.. Sampai rumah dia menangis ! Aiyok.. kalau gini , baik kita gi Kelantan jer !! Huhuhu.. Aku dah tak leh bukak mata dah.. Kang kalau memandu lagi , aku risau jadi kes lain lak ..

Di rumah , wife amik alih tengokkan Qhaliff.. Qhaliff menangis jer.. Aku jaga Zahra. Letak dalam buaian .. buai.. Tak sampai 5 minit terus tidur.. Wife kata Zahra seharian tak nak tidur.. nak berkepit ngan mak dia .. Ngan aku , asyik tidur jer.. heheheh..

Qhaliff , asyik menangis sehingga jam 4 pagi.. Memang naik antu gak aku … Wife kata dia sakit.. memang la sakit aku tau tapi nape dalam kereta tak nangis ??

Aku yang dah separuh sedar tu .. rasa geram je kat Qhaliff ! Astagfirullah.. Bahaya tuu.. Salah aku ! Tapi bila dalam keadaan penat , merbahaya sungguh uruskan anak yang sedang merengek ni .. Memang mintak la sapa sapa yang ada di rumah tu , uruskan .. Nasib baik ada wife yang uruskan Qhaliff… Zahra dah selamat aku tidurkan .. hurmm..

Sian kat Qhaliff .. Aku sendiri pon kena rehat sbb hari ni kena gi kerja lagi.. Humm.. Bawak dia ? Macam best gak je jenjalan ngan dia… Tapi apa pun , kena gi klinik dulu..

Sori sayang ..

Awas , anak kita sedang merakamkannya !

 

Banyak kali berlaku pada aku dan aku spontan ‘melatah’ dengan terlupa Qhaliff disebelah sedang memerhati ! Wife pantas menegur perbuatan aku tu..

Hurm… geram ! Sangat geram ! Tapi sayang perbuatan kita tu , sedang dirakam oleh anak kecil kita dan jangan hairan bila mereka akan ‘melakonkan’ kembali atau melafazkannya semula di satu saat ! Jangan terpaku dan salahkan diri sendiri ! Hurmm..

Hurmmm.. Qhaliff sangat pantas belajar dan aku kena berhati hati atas setiap tindak tanduk aku .. atau kesannya , pada Qhaliff jika aku buta hati !

Kena perbanyakkan istighfar …

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI