Dapur Tanpa Sempadan...

Selasa, 16 September 2014

Laman web KELAB BLOGGER BEN ASHAARI dilancarkan !

 

Alhamdulillah.. impian aku semakin menjadi kenyataan ! Sebuah lagi cita cita aku , dah terlaksa ! Sekali lagi dengan usaha rakan rakan seperjuangan ! Banyaknya tanda seruan.. huhuh..

Laman web rasmi KELAB BLOGGER BEN ASHAARI yang dikendalikan sepenuhnya oleh blogger Hafiz Rahim dan dibantu oleh Rubiah .. Sat.. Rubiah ke nama betul ? Ke Rabiatul Adawiyah ? Ala yang blog dia Ruby dot My tu… Rabiatul la kan ? Haaa.. Dia la yang jadi tulang belakang dan Hafiz jadi paru parunya ! Aku , jantung laa kan ? Haaaa .. Blogger blogger yang bersatu di bawah KELAB BLOGGER BEN ASHAARI adalah otak kepada segalanya ! Tanpa mereka , kelab ni takde apa makna pon ..

Ok.. tujuan penubuhan ? Hurm… banyak nak cerita .. Aku akan cerita satu persatu nanti ! Bukan apa.. kang kalau cerita awal awal , ada pulak yang kata kami ni poyo ! Tapi Alhamdulillah , setakat ni .. segalanya menjadi kenyataan dan terbukti dengan bahawa jika blogger lebih bersatu , maka mudah untuk mendaki gunung ! Tak kisah la gunung belakang rumah atau gunung Kinabalu.. janji leh panjat ..

Camana nak join ? Ok .. mula mula sila join group tertutup di Facebook , KELAB BLOGGER .. tunggu admin approve , pastu silalah naikkan blog anda dengan bijak.. Nak cepat dikenali , rajin rajin komen di post FB di dalam page tu.. inshaAllah !

Dan , buat yang tak tau .. hastag rasmi #kelabbloggerbenashaari pon dah lama digunakan dan tersebar.. Alhamdulillah ..

Dan t shirt rasmi setiap kali gi event ..

Atau baju koperat ..

Selangkah demi selangkah.. Dah 6 tahun usaha ini dilakukan.. Alhamdulillah.. berkat usahasama dari rakan rakan blogger #kelabbloggerbenashaari , ianya semakin menjadi realiti .. Terima kasih semua termasuk rakan rakan pembaca yang setia menyokong aku dari dulu lagi .. Hanya Allah saja mampu membalasnya !

Banyak dah aktiviti kami jalankan .. termasuklah kerja kerja amal.. Alhamdulillah.. Tahniah semua !

Bisinglah dia !

 

Kul 3 pagi.. Akak di bawah ni terjaga.. Terus laaa dia bising ! Bukan nangis tau.. Bising memanggil manggil orang disekelilingnya ..

Kenapakah ? Aku bangun tengok pastu zasssss , terbaring balik ! Tak ingat apa dah .. Terlalu penat .. huhu …

Dan tadi , wife bagitau.. rupanya dia bising sbb mintak suruh tukar diapers dia .. hahahaha.. Lepas tukar tu , terus dia tidur semula ! Ahaaa…

Pengajaran utk mereka yang baru ada baby.. anak bising / menangis  , sila tukar diapers tu dulu.. kalau masih menangis , cek perut dia .. kembung ke tak.. kalau masih menangis lagi , sila rujuk pada mereka yang lebih pakar.. heee.. Mungkin lapar ? Huhhu..

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI