Dapur Tanpa Sempadan...

Ahad, 21 September 2014

Mari selamatkan telefon pintar atau tab anda !

 

Masa jatuh ke tanah ari tu , aku harap sangat yang retak tu adalah Tempered Glass Screen Protector yang aku pasang ! Huhuhuh.. Kalau skrin yang pecah , maka aku dah kehilangan dua ‘Sony’ dalam masa satu hari ! Huhuhu..

Aku post gambar ni di Facebook .. Ramai kawan ingat skrin Sony Xperia Z2 aku ni pecah tapi tidak sebenarnya .. Dan pagi tadi , lepas check out dari Agrofarmstay Melaka tu , terus aku ke Low Yatt Plaza. Tujuan nak beli tempered glass yang baru ! Retakan tu boleh merbahaya pada jari kalau dibiarkan. Kena pantas sebelum ada yg cedera..

Di Low Yatt , aku kena cari betul betul .. sebab ada kedai memang akan tekan kaw kaw harganya ! Aku dah kena dahhhh .. Hari tu beli , RM100 .. dan tadi , aku dapat cuma RM39 !! Aku rasa boleh dapat lagi murah dari tuuu ! Hurmmm .. Tapi sebab dok mengejar Qhaliff yg asyik nak meronta nak turun , maka aku malas nak cari lagi.. Terus je beli..

Tapi sebenarnya kalau rajin survey online , boleh dapat lagi murah ! Pasang sendiri jer.. bukan susah pon.. Korang yang lom pakai lagi , aku nasihatkan gunakan tempered glass screen protector ni ..

Janganlah menipu kami !

 

Hurmmm … Ada sorang rakan blogger meminta nasihat dari aku melalui private message di Facebook..

Ada satu produk review ni dah seminggu post kat blog.tp orgnya x sebut nak bayar pun lg. bg no account pun dia x reply.. buat x tau jer. nak kata dia x online.Hari2 nampak ada je update kat FB.tayang keta la.. tayang beg la..x kan tak dapat mesej sy kot . “.

Dan kes yang sama , berlaku juga pada ‘jiran’ aku , Mat Gebu .. kerja dah buat tapi bila part payment , terus senyap sunyi ! Email dah bagi.. Sms dah send. Whatsapp dah dihantar.. Namun tiada jawapan ! Apa cerita ?

Aku pon baru kena baru baru ni ! Beratus la jugak ! Perghhh.. cam ni punya manusia pon ada !! Mula mula deal nak letak banner ! Dah bagi harga . Setuju. Pastu dia kasi banner , aku up. Dia kata nak bayar hari Isni. Tetapi tak dapat sebab bank problem. Aku kata tak pe la.. Esok lusa je la.. Takkan nak paksa kan ? Esok lusa .. terus senyap !!! Aku send email pon takde balasan ! Nak pk positif , aku rasa mungkin dia dah meninggal dunia ? Mana tau diserang penyakit merbahaya.. Jadi aku halalkan je la..

Tapi kalau dia masih hidup dan membaca entri ni ..camana ? Hurmmm.. Aku tak kisah la korang nak menipu kami ni , blogger … Tapi ingatlah , korang pon hidup macam kami.. Nanti pon akan ditimbang segala amalan.. Dan bayangkan hutang dengan kami ni camana nak settle ? Hurmm .

Kalau takde duit , bagitau je laa.. Boleh bincang.. Kalau ada duit , jangan la kedekut ! Bayar je la.. Tak yah nak tahan tahan duit orang .. Keje dah buat .. dah pon selesai ! Bayar je laaa.. Apa masalah anda ??

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI