Dapur Tanpa Sempadan...

Rabu, 24 September 2014

Bila takde internet abis !!

 

Hahahaha .. Youtube tak leh pasang dah ! Tak leh nak layan ABC dan Ultraman dia .. Terus terkedu.. Dia bagi aku.. Aku kata dah tak boleh .. Haaaa haaa !!  Terus dia bosan …  Tak tau nak wat apa ! Maka pilihan permainan dia ialah , guling guling …

Bila kawan aku dah tolong settlekan .. dan dia … kembali …

Anti sosial ???

Anak dara atau Janda pilihan saya ?

 

Wife aku cerita kat aku satu perbualan yang dia terdengar ketika sedang membeli barangan di sebuah kedai .. Melibatkan seorang pekerja kedai dengan penduduk taman perumahan di situ..


" Kak , kalau ada kenalan yang janda , rekemen la kat saya.. Hehehe.. "


" Eh , kamu ni .. anak dara kan ramai .. Kenapa nak janda lak ? "
" Ala kak.. anak dara sekarang , lom tentu dara.. Hantaran dah la mahal.. Tu pon belum tentu tau buat kerja .. Kita pulak nak kena ajar nanti. ".

Aku cuma mampu tersenyum..

Aku paham maksud pekedai tu. Dulu pon aku berfikiran gitu. Yelah , dengan gaji kerja gitu.. nak himpun pastu nikah.. Hantaran bukannya murah sekarang ni. Tu belum masuk part belanja kawin lagi..

Tapi bila bab buat kerja , tak tau apa apa pun ! Last last suami kena ajar balik ! Ada lelaki tak suka ! Ada lelaki tak kisah pon nak ajar. Lelaki yang  tak suka , baik kawin dengan janda jer. Tak yah nak ajar apa apa pun. Serba serbi dah tau apa nak dia buat.

Ok , fine.. tak perlu nak bertekak dengan aku.. Aku paham maksud korang dan aku paham maksud dia .. Pendapat aku mudah jer.. Anak dara ni , dari kecil lagi patut rajin rajin bantu ibu di dapur ! Belajar dengan ibu soal urus rumah tangga ! Bila ada ilmu ni , lelaki tak boleh nak ‘tembak’ dah  part ni ! Kan ? Tak perlu ego ..

Aku dulu camana ? Wife aku dulu cuma ala kadar je part pandai memasak ni tapi dia belajar sedikit demi sedikit dan aku pun tak kisah sangat part makan. Asal makan kenyang dah la..

Anak dara atau janda .. dua dua ada kelebihan. Zaman ni , janda makin bijak berhias .. Kalah anak dara ! Dah la part rumahtangga, mereka berpengalaman !  AAhaaa.. anak dara perlu lebih selangkah di hadapan untuk pastikan calon pilihan hatinya tidak berkata padanya nanti ..

“ Baik kawin je ngan janda macam ni .. “ .

Haaa…. inilah realiti sebenarnya.. Ramai je kawan aku , kawin dengan janda. Maksudnya , anak teruna akan memilih janda sebagai teman hidupnya..

Wahai anak dara , belajar tinggi saja tak cukup kalau part dapur tak reti apa apa ..

Mampu senyum je aku..

Berbaloikah PRUClinic care ?

 

Dapat jugak akhirnya kad PRUClinic Qhaliff ni .. Agen kami , En. Addy yg senantiasa pantas memberi respon tiap kali aku atau wife ada pertanyaan mengenai insuran.

Baru baru ni , masa Qhaliff tak sihat , aku bawak Qhaliff ke klinik Medivron , Nilai .. salah satu panel PruClinic Care , ditemani En.Addy. Masa tu kad ni lom dapat walaupun dah didaftar. Dia uruskan part pembayaran dengan mengatakan Qhaliff adalah pemegang PruClinic.

Alhmdulillah.. settle.. tak perlu bayar dah.. Kalau nak bayar , Rasanya dekat RM30 la gak.. Hurm..

Berbaloikah amik PruClinic ni ?? Ada yang kata , baik gi hospital kerajaan jer.. Ok , fine … memang betul pon .. murah tapi nak kata cepat tu.. hurmmm .. Rasanya , kalau sakit demam selsema batuk tu , baik gi klinik swasta je dulu.. kan ? Kalau tak sihat jugak pastu baru gi klinik kerajaan.

Teringat satu kes .. Kawan ni , gi klinik kerajaan.. anaknya tak sihat. Batuk batuk gitu laa.. Doktor yang rawat kata , batuk biasa jer.. Kawan ni tak puashati lalu gi klinik swasta lak.. Di sana ,pemeriksaan rapi dibuat dan doktor telah mengesan ada jangkitan di paru parunya .

Bagi aku , bab kesihatan melibatkan anak ni terutamanya.. kena bersungguh sungguh. Jangan pandang sipi sipi jer.. Kalau tak sihat tu , dapatkan sekurangnya dua pendapat perubatan.. Kerajaan dan swata bila anak masih tak sembuh lagi .. Macam macam penyakit muncul sekarang ni .. Sian budak budak .. hurm…

Berbaloikah amik pakej ni ?

Sony Xperia Z3 atau Sony Alpha a5100 ?

 

Buat masa ni aku guna Sony Xperia Z2 dan Sony Alpha a5000 aku dah lingkup ! Dalam kepala aku hanya dua benda ni je aku nak beli.. Kalau aku beli Z3 , Z2 ni aku bagi kat wife ! Kenapa nak beli Z3 lak ?? Er …. kenapa eh ? Sebab kualiti low light dia .. Ahaaa .. Maklumlah , suka amik gambar di mana mana saja ..

Dah tu , kenapa tak beli Sony Alpha 5100 je ? Kan harga lebih kurang je ? Hurmmm…. banyak sangat gadget nak bawak ! Itu ini nak kena bawak.. Kan nanti jadi macam kamera lama.. Tergolek dok ke lantai ! Terkedu terus aku dan Qhaliff… huuhu ..

Ada banyak perbezaan berbanding dengan yang lama .. Huhuhuh.. Dan dan eh ? Hehehehe.. Selfie pon cun wooo pakai ni … Ni nanti nak masuk Taman Negara , kena pakai kamera mcm ni.. Nak snap pon laju.. Kualiti gambar pon dipertingkatkan dah ..

Hurm.. maka.. nak amik mana satu ni ??? Haih.. pening ! Perlu sbb aku pakai ke sana sini ..

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI