Dapur Tanpa Sempadan...

Khamis, 25 September 2014

#MYCyberSALE : Jom Shopping di Lazada !


LP_MDEC_D2_V1_090914_1000x350

Bermula 29 September sehingga 1 Oktober 2014 , Lazada Malaysia akan mengadakan jualan siber besar­‐besaran ini yang menjanjikan potongan harga yang hebat khas seperti barangan dapur rumah, barangan hiasan rumah, alatan elektronik, kamera, komputer, telefon bimbit , tab, jam tangan , bag, travel accessories, barangan sukan dan banyak lagi , khas untuk pembeli di
talian.

Yeayyyy …Tak payah beratur membayar dah kat kedai !

LP_MDEC1_V1_100914

Amacam ? Tertarik kan ? Aku pon !! Nak tengok gadget yang dijual nanti !! Apakah murah berbanding di kedai kedai atau sebaliknya ? Kalau murah seperti yang digembar gemburkan selama ini.. Er , orang kata produk yang dijual di Lazada , harganya mmg berpatutan dan cepat jugak sampai barangnya ..

Kat mana nak shopping semua barangan yang aku sebutkan di atas ?? Hehehe.. Korang leh shopping samada di Laman Web #MYCyberSale  atau pun di #MYCyberSale on Lazada ini !! Aku dah masuk tengok dah … serius ternganga aku dibuatnya ! Murah tuuuu …

Berbaloikah membeli online ? Hehehe… Bagi yang malas nak beratur , mencari produk kegemaran walhal ada je di depan mata , boleh je shopping sempena #MYCyberSale ini yang mana sebanyak 225,000 tawaran yang membabitkan 4500 penjual online dengan potongan harga sehingga 90 peratus !!!

Rugi ni kalau lepaskan peluang gini haaa .. Tunggu apa lagi ! Jom laaaa shoppinggg.. Bukan selalu ada haaa..
MDEC_LAZ_2ft_banner_100914

Bila sel sel otak daddy kembali berhubung !

 

Setiap hari , aku cukup takut jam 12 tengahari dan 4 petang ! Setiap hari melainkan bila wife ada rumah.Kenapa dan mengapa ??? Sebabnya , Zahra nak ‘makan dan minum’ ! Dia tamo susu dalam botol ! No no noooooo ! Nehi nehi nehiiiii !!

Kalau dia tamo .. paksa camana pon dia akan tolak ! Samada dengan lidah dia atau dengan tangan dia.. Dah tu nak wat camana ? Dah tukar botol pon , gitu gak..

Nak dijadikan cerita , kelmarin wife ada belikan air kotak untuk aku. Sambil aku pangku Zahra , aku minum. Waktu tu dalam kereta la.. Berenti jap kat kedai.

Dia pon sibuk nak berebut air kotak tu dengan aku.. Aku pon kasi la.. Nak tengok apa dia nak buat.. Dia nak ikut aku ! Nak minum gak.. Aku pun sua la straw tu dalam mulut dia.. Jari aku dah standby nak tarik andai Zahra berjaya menyedut air kotak tu !

Dan dia berjaya ! Aku cerita kat wife , dia tak percaya .. Huhhh.. Tak pe tak peee ..

Dan semalam .. Aku kembali ‘berdua’ dengan Zahra. Aku mmg seriau je kalau dia menjerit nak susu.. Cuak siutt.. Sebab dia nangis sungguh sungguh.. Ni bukan nangis cam mengedik.. Haaa.. Kalau jiran dengar , pasti ingat aku dok dera anak walhal anak dok dera aku..

Bila sampai masanya , aku pun panaskan susu botol yang wife dah sediakan setiap pagi.. Aku bagi Zahra. Cam biasa dia ‘reject shop’ kan aku gitu gitu jer ! Perghhh ..

Tiba tiba , di atas kepala aku ada bunyi.. ‘ Ting !!! ‘ . Tu bunyi idea dah datang ! Aku rasa bunyi ‘ting’ tu datangnya dari sel sel yang sedang berhubung.. Hurmm.. Aku rasa la..

Aku gi dapur.. bukak peti ais.. Cari peninggalan straw yang berbaki.. Walaahh ! Adaaaa … Aku pun bukak tudung botol susu Zahra. Masukkan dua potong sayur brokoli. Kemudian masukkan perencah secukup rasa. Didihkan hingga 10 minit ! Kemudian .. Eh , terlari cerita.. hehehe.. Tetiba rasa macam Mat Gebu lak.. hahahah ..

Ok ok .. sambung .. Aku bukak tudung botol dan masukkan straw dalam tu.. Bismillah.. Dan suakan pada Zahra.. Memula tu dia menolak.. Tapi bila berjaya je masuk , dia pon jalankan tugas dia yakni menyedut emas emas tak ternilai harganya , masuk ke dalam mulut ! Dua tiga tegur , dia luahkan balik air susu tu.. Yeayyyyy .. Berjayaa ! Aku cuba sekali lagi.. Yeayyyy.. dia tak nak dah ! Hahahaha.. Ok ok.. Tak kisah la.. Asalkan tekak dia dah dibasahkan. Dan sememangnya dia tak kuat menyusu belah siang.. Malam je kuat.. Daddy kena tengok jer .. Tak leh kaco laa…

Lepas tu , aku terus letak dalam buaian.. Dan , yeayyyy.. Dia tidur tanpa pedulikkan aku dah ! Sampai hati betul buat daddy gini .. Tak kisah laa..

Dan hari ni dalam sejarah , dia tidur tanpa nangis ! Haaaa… Bagi mereka yang berminat nak cari pengasuh untuk anak kecil mereka .. Boleh la hantar ke orang yang berminat.. Tak berminatkah aku  ? Er , er.. jangan.. jangan… Ada yang bungkus blog jugak nanti ! Tiba tiba ada signboard ..

“ BEN ASHAARI KINDERGARTEN ! “

Perghhh.. masyuk.. Leh ajak team #kelabbloggerbenashaari jadi pengasuh sekali.. haaa.. kan kan ?

Kejap jer mereka membesar !

 

Hurmm.. Qhaliff dah mmg macam abang long ! Ari tu Zahra menangis , dia siap jerit kat adik dia ..

“ Shut uppp ..”.

Masa bila dia belajar cakap omputeh ?? Aku dok ajar cakap utara..

“ Hang boleh tolong senyap sat dak ? “

Manakala wife dok ajar cakap Kelate ..

“ Shut up ! “ ..

Oooo… Cakap kelate rupanya ..

Dia dah pandai gi basuh tangan sendiri.. Ari tu , siap tadah tangan baca doa lagi sebelum makan.. Amboi.. cepat benar belajar eh ? Hurmmm…

Seluar dah pandai bukak sendiri.. Pernah dia nak pakai sendiri tapi amik masa setahun untuk pakai kedua dua belah.. Jadi , nanti nanti je la belajar yer.. Daddy dah lambat nak gi makan..

Bab tidur ?? Tak payah paksa .. biar dia main puas puas.. Bila dia ngantuk , dia tidur la sendiri.. Tak susah dah pon bila anak dah mula berdikari ..

Yang ni je haaa.. Amboiii.. Dah pandai ajak main ! Kalau tak layan dia , tengok la dia punya amukan ! Perghh.. jerit kaw kaw punya bingit ! Bila angkat , terus jelir lidah !! Huhhhh..

Zahra nak masuk 5 bulan.. Qhaliff dah nak 2 tahun 6 bulan.. Hurm… Dah boleh adik dah diorang ni .. Heeeee… Gatai daddy..

JAMU PENGANTIN DARA

 

Ramai yang menghadapi masalah keputihan stress bile berhadapan dengan suami.. nak pula yang mengalami masalah keputihan yang tahap berbau sehingga menjejaskan hubungan intim dan mengurangkan keyakinan si isteri untuk melayan kehendak batin sang suami.. jangan biarkan masalah keputihan ini menganggu keharmonian rumah tangga anda..

Jika anda sayangkan rumah tangga anda masih sempat lagi untuk anda iktiar untuk menyelesaikan masalah keputihan yang anda hadapi.. jamu pengantin dara rm65 mampu menarik kotoran seperti keputihan kronik,lendiran yang terkumpul, yang berada didalam faraj anda..

JAMU PENGANTIN DARA SESUAI BAGI WANITA YANG:

  • wanita yang belom monopous
  • wanita yang mengalami keputihan kronik sehingga berbau
  • wanita yg mempunyai faraj yang ternganga berlendir dan berair
  • kemaluan berbau
  • seluar dalam basah akibat air faraj dan bukan air kencing -wanita rahim kembang selepas bersalin dan period -rahim kembang tidak datang period

KESAN:

  • rahim akan mengecut
  • laluan rahim menjadi rapat dan berpasir seperti dara semula
  • bibir faraj akan menjadi rapat

Jom rawat keputihan anda dengan produk Jamu Susuk Dara insyaallah dengan izinNYA masalah anda dapat diatasi dan mengembalikan keharmonian rumahtangga anda sekali gus menaikkan balik keyakinan anda yang hilang.. suami pon semakin sayang..

Fast Respon sms/wassap: 012-2219497 fida.

FB: Fida Jamu SusukDara FB LINKS::https://www.facebook.com/jsdintan

BLOG: http://pengedarjamususukdara.blogspot.com/2013/07/jamu-susuk-dara.html

Lunch dan Dinner di PICC , Putrajaya !

 

Bila dengar je kat PICC , aku nak pergi ! Tak kiraaa.. Wife aku pernah bagitau yang makan tengahari di PICC mmg sedap ! Aku tak pernah rasa lagi.. Dan kali pertama aku rasa masa buffet Ramadhan lepas.. Memang tak dinafikan laa.. makanan kat sana memang menepati selera aku !

Dan kali ni , PICC bukan saja dah sediakan menu makan tengahari yang menyelerakan malah dah ada steamboat untuk makan malam pulak !!

masa untuk lunch ? Harga ? Steamboat lak berapa ? Harga ? Kul berapa ? Hari apa??? Banyak soalan kan ? Hehehhe.. Jangan risau .. Aku tak sediakan jawapan punya… hehehe ..

Tapi aku letak bunting mereka kat sini terus ! Hahahaha .. Tapi menariknya kan … untuk steamboat buffet yang sangat best tu , mereka bagi diskaun !! Dewasa , RM28 dan kanak kanak , RM14 sahaja.. Bawah 5 tahun , free yer .. Jangan risau .. Tawaran ini sah laku sehingga 31 Disember 2014.. Maka sila sila la cepat yer .. Heee.. Berminat ? Sila call +603 8887 6000 ..

Segar segar pilihan steamboat !

 

 

 

Chef chef yang sangat sporting !! Hahahaha .. cayalaahhhh !!

Makan timee !! Sedap giler kuah steambot ni .. Disebabkan sedap , maka mulut aku ni , gatal nak bertanya kat Chef.. Yelah , terlalu ramai kata kalau makanan tu sedap terutama berkuah tu cam tomyam , pasti guna ajinamoto atau MSG !

" Chef.. Nak tanya skit boleh ? Jangan marah yer.. Tom yam ni , chef pakai ajinomoto ke ? ".

Hahahaha.. Tak pasal pasal aku kena leter..hahahaha..

Terbaik chef Picc !! Sedap dan berbaloi makan steamboat di Picc.. Bukan steamboat je sedap. Boleh dikatakan segala juadah yang ada sewaktu lunch dan dinner , mmg sedap dan berbaloi !

Yang keje area atau berdekatan Putrajaya , jgn segan segan serbu waktu lunch atau dinner !! Makanan aneka pilihan..

Terbaik ! Sesungguhnya apa jua event di PICC , mmg aku tak pernah kecewa .. terutama sejak jadi blogger ni ! Mereka sangat sangat peramah dan memberi kerjasama ! Terima kasih PICC .. terutama Kumari dan chef chef yang berbakat besar !

Terima kasih Agrofarmstay, Melaka !

 

Hari terakhir .. Rasa sedih pulak nak berpisah dengan kawan kawan .. Huhuhuh… Maklumlah , dah rapat dan kena lak dah dok sama sama beraktiviti … Huhuh..

Sesungguhnya di sini , meninggalkan sejuta kenangan manis yang sukar dilupakan ! Terima kasih AgrofarmStay !

Walaupun dah nak berpisah , aku tetap nak bagi idea aku .. Idea camana nak majukan lagi resort ni .. Hurmm ..

En. Bari bersama ayahnya , En.Mat bertukar tukar pandangan dengan aku .. huhu .. Terbaik !

InshaAllah , kami kembali lagi ke sana .. Satu percutian yang berbaloi !

Web : www.agrofarmstay.my

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI