Dapur Tanpa Sempadan...

Sabtu, 27 September 2014

Tanya sendiri la lain kali !



Kan dah .. hurmm.. Tak tau nak kata apa dah ! Segalanya dijadikan pengajaran dan tauladan .. Segala yang berlaku mematangkan aku dan rakan rakan yang lain ! Apa jua maklumat atau info yang sampai ke telinga , lain kali … sila gi bertanya sendiri pada tuannya .. Jangan memandai mandai !


Bukan mudah sebenarnya .. Kadang kadang niat murni kita akan jadi sebaliknya !  Sebaliknya , dapatkan pengesahan dan penjelasan dari mulut pihat terbabit ! Sahkan.. baru buat tindakan ..

Hurmmm .. Sikap memandai mandai , membuatkan ada pihak yang terasa hati dan juga salah sangka ! Kesannya ? Kita takkan mampu menduganya .. kerana sekarang ni , manusia lebih gemar mencari salah dari membantu menyelesaikan masalah ..


Apa pun.. sebagai kawan , kita jangan ada sikap syak wasangka .. Bahaya sikap tu…

Makan sampai terbelahak !!

 

" Rakyat Malaysia suka membazir makanan. Bayangkan 8,000 tan atau lapan juta kilogram sisa makanan dibuang setiap hari.

Dan jumlah ini mampu menampung bekalan makanan untuk enam juta orang. Jumlah ini meningkat sebanyak 15 hingga 20 peratus pada musim-musim perayaan."

Sedih membacanya.. Kata taraf hidup makin meningkat ? Serba serbi mahal. Tapi kita masih dengan sikap suka membazir ! Kalau membazir , apa saja takkan cukup.. Duit dihabiskan untuk makan tapi makanan tak abis pon .. hurmm..

Serius , pesanan ini untuk aku jugak yer !

Selepas ni .. aku nekad nak bersederhana jer ! Bukan aku je , seluruh keluarga aku akan bersederhana ..

Hurm.. jap lagi nak makan , mee udang , satay , nasi ayam kukus kat MMA Nilai..  Wowww .. sedappppp !!

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI