Dapur Tanpa Sempadan...

Ahad, 28 September 2014

Bila isteri pergi pasar sendiri !

 

Lama dah dia nak pergi shopping sendiri di pasar .. Beli barang basah. Tapi aku tak kasi.. Aku akan bawak semua sekali kalau nak pergi..

Tapi kali ni aku lepaskan dia pergi sebab dia gi ngan jiran. Ada geng la.. Ok la.. aku lepaskan gi..

Dan pulangan bila gi sendirian ? Hahahaha .. Dia kata dia buat kali pertamanya beli kupang tu haaa.. Dan masakan ari ni , mmg menyelerakan tekak aku ..

image

Sayangnya , aku tak beberapa sedap badan. Kepala pon dok berdenyut jer.. Hurm.. Maka , skit je la aku makan .. dan satu sebab lagi , kena jaga perut dah skang ni .. huhu.. Dah makin  tua.. lalala …

Makan jangan ikut nafsu.. kan kan ?

PICC LANCAR MENU MAKAN MALAM BUFET STIMBOT



Kenyataan akhbar :


Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) memperkenalkan menu makan malam baru, bufet stimbot hari ini. Pengenalan menu baru ini adalah bertujuan untuk merangsang minat orang ramai datang dan makan di PICC terutamanya kaum keluarga dan pelancong berkumpulan untuk makan malam.

Promosi ini telah bermula sejak Ogos 2014 dengan harga RM35.00 nett untuk dewasa dan RM18.00nett bagi kanak-kanak. Bagi kanak-kanak di bawah 5 tahun, kemasukan adalah percuma. Bufet ini akan bermula jam 6 petang hingga 10.30 malam dan dibuka setiap hari Isnin hingga Sabtu

Bersempena dengan pelancaran ini, pengunjung akan dapat menikmati bufet ini pada kadar diskaun sebanyak 20%. Harga promosi ialah RM28.00 untuk dewasa dan RM14.00 untuk kanak-kanak.
Promosi bermula dari 25 September sehingga 31 Disember 2014.
 
Hidangan bufet ini menawarkan pelbagai makanan laut segar, daging, ayam, ladu dan sayur-sayuran dengan pelbagai sos buatan sendiri dan perasa untuk melengkapkan hidangan. Pengunjung boleh menikmati stimbot dengan beberapa pilihan mi seperti kuey teow, mi kuning dan bihun. Mereka  boleh memilih sup ayam dan halia atau tomyam untuk hidangan stimbot mereka.

Terdapat juga stesen pasta yang merangkumi spagethi, penne dan fettucini dengan pilihan sos Bolognese, Carbonara dan Napolitano. Pelbagai juadah pencuci mulut juga boleh didapati dengan potongan buah-buahan, kek, ais kacang dan bubur.

Selain menonjolkan bufet makan malam stimbot, terdapat juga menu ala-carte untuk pengunjung yang berselera kecil. Pilihan yang disediakan termasuklah masakan Melayu, Barat dan hidangan menu Fusion.

"CafĂ© @ PICC kini dibuka kepada orang ramai untuk sarapan pagi hingga makan malam dan kafe ini boleh memuatkan sehingga 800 pengunjung pada satu-satu masa. Kami merancang untuk menambah 'Teh Tarik Corner' sebagai sebahagian daripada jamuan hidangan minum petang dengan pelbagai sajian makanan ringan tempatan dan mempunyai persembahan tradisional dan kebudayaan di PICC tidak lama lagi. Ia akan menjadikan PICC sebagai satu kawasan ‘melting-pot’ untuk pelancong domestik dan antarabangsa di Putrajaya," kata Encik Badlishah Hj Ahmad, Ketua Pegawai Eksekutif Putrajaya International Convention Centre Sdn Bhd ketika ditemui.


Majlis pelancaran bufet stimbot ini telah diserikan dengan kehadiran Tan Sri Dato 'Seri Dr Aseh Che Mat, Presiden Perbadanan Putrajaya bersama-sama dengan ahli Sekretariat Tahun Melawat Malaysia 2014.

Sekiranya anda memerlukan maklumat lanjut, sila layari
www.picc.com.my. Untuk tujuan tempahan, sila hubungi 03-8887 6162. Untuk mengetahui acara-acara yang akan datang atau pakej yang ditawarkan, sila layari sosial media Facebook, Instagram dan Twitter rasmi PICC di http://www.facebook.com/piccmalaysia dan @piccmalaysia.

Untuk maklumat korporat PICC, sila hubungi Cik Kumari Nahu di 03-8887 6000 atau e-mel di
kumari.nahu@picc.com.my

PICC diuruskan oleh:
Putrajaya International Convention Centre Sdn. Bhd.
Dataran Gemilang, Presint 5
62000 Putrajaya
Tel: 03-8887 6000
Fax: 03-8887 6499
Laman web: www.picc.com.my

Facebook / Instagram / ​​Twitter: piccmalaysia

Zahra tertekan dengan abangnya ?

Hahahaha.. Muka seolah berkata ..


“ Aku nak tidur pon payahhhh… apalah dosa aku diganggu tidur aku gini ? Aku nak tidur je ponnnn .. “

Yang si abang .. kebosanan.. Maka diciptalah pelbagai mainan.. Antaranya , selimut jadi raksasa.. dan dia jadi ultraman .. Dan dalam bakul tu , tak tercapai dek akal aku apa dia punya anganan .. Dulu masa aku buat gitu , aku angan jadi kura kura .. Dia ? Aku tak tau.. Hurmm ..



Ada sebarang idea apa yang dia main tu ??

Mee Udang D’Laila Suppower lagi ??


Waahh.. makin terkenal akak kita ni yer .. Hehehehe.. Seorang demi seorang blogger singgah kedainya di MMA Corner , Nilai ! Ternyata , mee udangnya ada aura tersendiri ! Huhuhuh..





Sekali lagi , aku sekeluarga termasuk orang tua aku.. er , adik aku sekeluarga.. er , abang aku sekeluarga jugak turun ke MMA Nilai semata mata rindukan mee udang Kak Laila ni ..

Bila nak gi sini , aku kena mesej dia dulu supaya dapat booking table dulu.. Kalau tak , jangan mimpi laa nak dapat duduk terutamanya , malam minggu.. Huhuh.. Memang meriah la situ ..

Malam ni , aku try pekena sup keting dulu. Saja nak rasa .. Sup keting ni , kedai sebelah yang jual.. Tapi camana pun , aku nak jugak kena makan mee udang kak Laila ni.. Kalau tak makan , confirm tak lena malam ni sbb akan teringat punya !

Alhamdulillah.. mee udang dia tak pernah berubah rasa .. Tetap sama macam kali pertama aku makan .. Rasanya pasni , nak wat perjumpaan #kelabbloggerbenashaari je kat sana .. Macam macam pilihan ada kat sana .. Cuma nak parking kereta je la susah skit .. Huhuh..


Oh ya.. Selamat Hari Lahir yer kak Laila.. Dah cecah 20an akhirnya .. Eh , 20an ke ??? Hehehehe ..

Zahra Nur Iman dah jadi anak dara ..

 

Olololo…. Sebijik mak dia ! Tang pipi laa .. Tang lain , wife sendiri akui dia serupa muka aku.. Hahahaha .. Terutama bila masam .. Hahaha.. Adeh..

Tak lama lagi masuk 5 bulan.. Tapi gaya dia dah jauh matang .. Jauh lebih cepat dari abang dia .. Patut la orang kata , anak perempuan ni cepat membesar dari anak lelaki .. Hurm..

Tapi apa yang aku nampak la.. Zahra ni bakal buli abang dia dan abang dia , akan jauh lebih sabar .. Hurm.. Harapnya Qhaliff dapat kawal adik dia nanti bila aku takde .. hurm..

Menutup aurat dari kecil yer .. Belajar dari skang.. Kang naya daddy dalam kubur.. huhu .. dah la daddy sendiri banyak dosa .. huhu ..

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI