Isnin, 29 September 2014

Kena jaga pemakanan !

 

Sabtu lepas , aku gi ziarah kawan aku di Institut Kanser Negara, Putrajaya. Sian dia.. Kanser er.. lupa lak apa namanya tu.. tapi berkaitan dengan pemakanan katanya.. Bukan usus yer..

Katanya lagi , dia akan ada dalam tu untuk jangka masa 3 bulan.Alhamdulillah , layanan dan keadaan bilik wad 3 , amatlah selesa. Aku sendiri pon tengok best. Nurse nurse pon comel dan mesra gitu. Orang sakit pon lekas sembuh gini.. huhu ..

3 bulan untuk rawatan kimoterapi. Kepala pon dah botak. Kulit pon dah gelap.. Bayangkan bapak aku yang radioterapi pon dah kata sakit.. kimo ? Tapi demi utk sihat , kena la terima ..

 

Azam baru yang lama dah aku buat tapi terkubur sejak sejak sibuk jaga anak .. ialah kembali bersenam dan jaga pemakanan ! Isteri perlu memainkan peranan membantu suaminya makan makanan berkhasiat .. kalau tak , nurse jaga kat wad ! Haaa.. Dah la suami kacak .. haaaa …

Mulakan hari anda dengan bubur nasi ! Hehehehe…

Berbaloi guna BATOOK ORI !





Bukan dia je yang ulang nak beli.. Aku sendiri pon dah berbotol pakai.. Untuk Zahra, Qhaliff dan aku sendiri bila rasa kembung dan lenguh lenguh..

Panas ke ? Tak laaa… selesa je bila pakai minyak ni.. Bau pun tak menyesakkan hidung.. Hehehehe.. Memang aku syorkan la mana mana kawan yang ada baby , tak payah guna yuyi.. beli je minyak ni ..


Mana nak beli ? Hurm.. Order je kat agen dia di Pati Batook Ori.

Bersyukurlah , Ben Ashaari !

 

Hurmm… Kesian ! Ada ibu bapa tiada pilihan. Terpaksa cari pengasuh untuk jaga anak anak mereka ..Tapi bila pengasuh aniaya anak kita tu , apa yang mampu kita buat ?? Bukanlah mudah nak buat mereka mengaku… Hurmm..

Hidup aku , tak la semewah mana pon. Tapi aku bersyukur. Aku dapat jaga anak aku sendiri dan punya pendapatan walaupun tidak tetap ! Yang penting , kedua dua anak aku ada ditangan aku sendiri.

Bukanlah mudah untuk berkorban terutamanya lelaki.. Setiap hari duduk rumah , jaga anak sedangkan dulu .. kehidupan aku berbeza. Keluar pagi gi kerja .. Lepak ngan kawan kawan.. Petang balik rumah.. Gi gym pastu.. Sekarang segalanya dah berubah , terutama bila anak dah dua ..

Aku tak kisah .. itu namanya pengorbanan..

Carilah duit sebanyak mana pon.. Anak anak bukanlah perlukan duit untuk mereka gembira.. mereka perlukan mak ayah mereka untuk mereka gembira !

Zahra.. payah sungguhlah dia nak senyum dengan orang tak dikenali. Nampak je muka ayah dia , terus terukir senyuman..

Kembali atur perjalanan hidup kita. Sampai bila kita nak mengejar kemewahan dunia ?

Bahaya sup keting pada aku !

 

Aku tau dah.. tapi saja gatal nak makan lagi sup keting ! Nak rasa punya pasal .. atau lebih tepat lagi , mengidam ! Hehehehe.. Saja je la order ari tu masa makan kat MMA Santai , Nilai.. Sedap !

Tapi tak lama kemudian , sakit kepala yang amat sangat ! Hurm… Aku rasa tekanan darah mesti naik . Ni kalau gi klinik ni sah sah dia suruh g hospital dan confirm kena tahan duduk dalam wad !! Huhu..

Aku try minum misai kucing .. lega la skit tapi pastu sakit balik.. Nak tak nak , aku kena makan ubat utk tidur .. Lega la skit pastu.. Tapi tak leh tengok skrin..

Tetiba aku teringat ..

DSC00718

Hehehe.. aku bancuh 2 sachet ! Alhamdulillah… Hilang terus sakit kepala ..

Insaf..pasni no more sup keting !! Tamo tamo tamoooooooooooo !

Panjang sudah rambutnya ..



Panjang dah rambut ni.. Hurm.. Dok pikir camana laaaa nak gunting rambut dia .. aku tak nak gunting pendek sangat.. Nak 'edit' skit jer rambut dia .. Bagi aku , muka dia sesuai dengan rambut gini.. Sementara belum bersekolah , biar la dia dengan kecomelan rambut kpop ni.. Nanti dah sekolah , kasi pendek .. heee ..

Nak kena cari kedai gunting rambut yang ... budak leka dan tanpa disedari , rambutnya telah selamat dikorbankan ! Aku gunting sendiri ? Er.... tak mungkin.. Mau satu taman perumahan ni dengar suara dia meraung ! Huhuhuh... 

Aku rasa .. bukan aku saja yang alami masalah ni.. Seingat aku , aku dah masuk darjah 3-4 baru senang nak digunting rambut. Kalau tak ? Pergh.. memang seksa bapak aku nak ajak gi kedai gunting rambut.. 

Hurm..

Perangai buruk orang kita ?


Yeker orang kita buat gini ??? Letak troli di belakang kereta orang lain ??? Hurmm.. Buruk benar perangai gini.. Tapi nak kata , orang kita yang buat .. aku rasa macam .. hurm..sebab yang datang ke supermarket ni bukan saja orang kita.. orang bukan kita pon ada haaa ! 

Tak kisah la sapa pon .. Kita yang berakal , berpendidikan ni .. jangan la sesekali buat perangai gini ! Buruk benar orang tengok ! Tak nampak sekali pon , ada cctv ! Kalau diorang nakal , diorang upload ke Facebook , camana ? Sapa malu ? Agak agak la skit .. Kalau malas sekali pon , tolak la kat dlm lorong pejalan kaki tuuuu ...


Kekadang kan , aku sendiri pon pelik .. Apakah kita semakin hilang rasa timbang rasa dengan orang lain ? Makin mementingkan diri sendiri ! Menda menda gini kita leh nampak atas jalan raya ! Tak kira pemandu atau pejalan kaki .. Haaa .. Bila orang kasi lintas tu , nak balas dengan senyuman atau angkat tangan sebagai tanda terima kasih , pon berat ! Apa nak jadi ?? Bukanlah dambakan pujian tapi sekurangnya cuba ada perasaan berterima kasih ! Adoi.. tu pon susah ! Bayangkan anak sendiri tak ucapkan terima kasih pada ayah dia bila ayah dia bagi hadiah ! haaa ..

Payah aih.. takkan kerajaan asik nak kena keluar belanja bagi mengadakan kempen berkaitan moral rakyatnya ni.. Iskh... Takkan seteruk tu kot ? Hurmmm ...

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI