Dapur Tanpa Sempadan...

Jumaat, 3 Oktober 2014

Sampai bila BENASHAARI.COM akan wujud ?

 

Setakat ni , aku dah perbaharui domain aku sehingga 2019 !! Tu diaaa … Amik kauuu .. Projek jangka panjang ni .. InshaAllah .. banyak dah perancangan untuk majukan blog ni dan juga #kelabbloggerbenashaari. InshaAllah , jika diizinkanNYA..

Jika aku pergi dulu , maka blog ini akan terhenti hingga entri terakhir aku update … Semoga ianya memberi manfaat dan juga kenangan terindah buat kita semua ..

Kalau diperatikan perjalanan blog ni.. boleh nampak perbezaan ‘Ben Ashaari’ . Sesungguhnya , kalian telah mendewasakan aku ! Terima kasih atas sokongan yg tidak berbelah bagi. Anda semua semangat saya untuk terus menulis ..

Ingat suri rumah jaga anak jer ?

 

Bangun seawal pagi. Tidur selewat yang mungkin. Kenapa ? Tidur lewat sebab ‘kerja’ ! Aku kena update blog. Kemaskini media sosial. Cari idea untuk pastikan blog terus beroperasi. Bila terus beroperasi , maka adalah pendapatan untuk aku.

Pada masa yang sama , aku kena jaga dua orang anak dan seorang isteri. Nasib baik ada sorang jer isteri. Kalau lebih ? Perghhh.. leh kejang jap medula oblogata aku ! Tak reti nak bahagi bahagi masa aku ni !

Semalam , dua dua tidur lewat ! Wife , yang keletihan sebab paginya di pejabat sibuk dengan tugasan .. dah tak mampu nak bukak mata ! Nak tidur kejap katanya .. Aku , sambung tugas aku iaitu jaga Qhaliff dan Zahra.

Qhaliff tidur jam 1 pagi.. Zahra tidur jam 3 pagi !! Zahra yang dah tidur seawal jam 10 malam tu , terjaga gara gara abang dia yang sibuk berkuntau dengan bantal.

Aku tidur jam 4 pagi. Siapkan kerja. Kul 630 kena kejut dah ! 2.30 je tidur.. Pergh… apakah mental aku bersedia untuk jaga anak anak aku nanti ?? Bahaya kalau tak bersedia.. boleh stress wooo terutama bila Zahra menangis non stop action punya !

Kul 8 pagi.. wife gi kerja. Dia pon bangun lewat.. Terbangun lewat.. bukan sengaja.. Jadi kelam kabut skit nak bersiap. Aku masih blur dan kemengantukan.. Zahra dan Qhaliff masih lena diulit intan.

Bila wife gi kerja , dua dua bangun serentak.. Best part , dua dua menangis ! Aku nak amik mana satu ni ? Dua dua mintak didukung.. Ok , mmg aku tertekan masa ni ! Dengan tak cukup rehat .. ditambah dengan keadaan gini , apakah yang patut aku lakukan ?

Aku mandikan Zahra .. meraung raung dia ! Selsema satu hal… Dan aku tau , dia tak cukup tidur ! Aku kena segera siapkan dia ! kalau tak , leh naya aku atau dia .. Dia sendiri nangis sampai tersedak sedak.. Bahaya tu..

Siap je mandi , terus pakaikan pakaian dia.. Masukkan dalam buaian. Tak sampai 5 minit , dia lena ! Perghh.. lega aku… Part Qhaliff lak.. Dok sibuk tarik aku gi peti ais .. Nak Magnum ! Dah bagi , tak nak makan pulak .. Aku jugak kena makan.. Mana tak boroi ??

Kepala aku makin pening .. kalau dapat tidur , sedap ni tapi sayangnya tak leh sebab Qhaliff tak tidur ! Bahaya biarkan dia seorang diri.. boleh abis rumah dia geledah ! Hurmmm ..

Apa yang aku nak sampaikan .. Walaupun ‘suri rumah ‘ duduk rumah , mereka tetap bekerja ! Ingat dapat tidur cukup ??? Tu belum part sakit perut .. atau mandi ! Hurmm..

Bila Qhaliff bermanja !

 

Badan dia panas tapi tak demam. Macam nak demam tapi tak demam .. Hurmm.. Kelmarin , bawak jenjalan sambil cari makan.. Terhenti di Mr.Kebab & Briyani. Teringin nak makan dan Qhaliff leh bermain dalam tu.. Pastu hilang panas dah badan dia bila dia berpeluh.

Malam ni , dia panas balik.. Aku bawak dia jenjalan.. Bila  keluar rumah , dia ok ! Hahahaha .. kena virus ‘ wajib keluar rumah hari hari ‘ la ni ??

 

Sampai kedai mamak tu , aku letak dia atas kerusi. Dia tak nak .. Terus duduk atas pangkuan aku. Pastu air milo ais kurang manis sampai .. dia kemam ais jer.. Air tu , aku minum.. Kurang nak minum sangat .. mungkin tak sedap mulut.. Huhuh..

Mee goreng kambing sampai , roti planta siap dibungkus .. balik .. makan beramai ramai ! Dan dia , kembali ceria walaupun di rumah , dia ceria.. Dapat keluar kejap pon jadi la.. Hahahaha .. Psst , ni perangai mak dia ! Hahahaha …

Cara mudah buat duit di internet !

 

Perhatikan tarikhnya ! 7/10/2012 ! Puan Yasalma atau nama sebenarnya Siti Salmah Noordin dah mula promosikan perniagaannya dengan caranya tanpa rasa segan silu !

image

Dan 2 tahun kemudian , Puan Yasalma kembali dengan penuh keyakinan dan memintak aku review produknya di dalam blog aku ! Sebelum ni dia tawarkan kelas percuma dan kali ni dia nak bayar ! Nampak tak kelainannya ?

Perniagannya iaitu sekolah menjahit secara online iaitu ‘ Yasalma Online Sewing School ( YSS ) ‘ dikenali ramai dan salah seorang rakan #kelabbloggerbenashaari sendiri pernah belajar menjahit di bengkelnya !

Apa yang aku nak sampaikan pada korang ialah , internet ni lombong rezeki halal dan juga haram . Kita tolak yang haram , cari yang halal dan diberkati Allah ! Banyak dan bersepah !!

Contohi Puan Yasalma ! Dia tak mengenal erti payah .. Berusaha untuk menaikkan perniagaannya dan akhirnya berjaya mencapai impiannya .

Sedikit latar belakang mengenainya ..

image

Semoga ianya menjadi pembakar semangat kita untuk bergelar usahawan satu hari nanti !

Bila wife sakit kepala !



Kelmari.. Jam 12 tengah malam , wife mengadu sakit kepala .. Aku suruh dia tidur dulu sementara aku jaga budak budak. Tapi Zahra masih tetap tak nak tidur. Menangis mencari mak dia .. Aku tak tau masa tu , kalau pasang youtube ABC , dia akan senyap. Boring la tu asyik tidur kan ?
Aku bawak Zahra dan serahkan pada dia untuk susukan Zahra. Dia kata masih sakit kepala Teringat kata kata Mat Gebu di siang hari sebelum tu..

“ Kalau Ben sakit kepala , sapu je losyen yang Mawardi bagi tu.. “

Terlupa pulak aku pada losye Intense Energie BC100 Body Cream yang dia kirimkan pada aku hari tu.. Terus aku cari dalam almari dan jumpa. Kemudian aku sapukan sedikit kat belakang tengkuk aku dan juga wife..

Alhamdulillah , tak lama kemudian terasa hilang sakit kepala wife   dan lenguh di leher aku tu.. Wife  susukan Zahra dengan tenang dan dua dua lena ! Esoknya , takde komplen pon sakit kepala kat aku.. Kalau tak , mmg MC la dia sebab sakit kepala..



Nak tau pasal losyen ni ? Leh tanya dia sendiri di Facebook dia sendiri.. id MAWARDI YUNUS .

Bila subsidi petrol dikurangkan ..

 

20 sen jer pon ! Skit kan ? Ok la.. aku malas nak komplen apa apa .. Redha jer la .. Apa apa pon , kita cerita kat ‘sana’. Tengok meter kata dashboard kereta makin menjunam sejak semalam . Nak isi semalam , ramai dah pakat beratur kat stesen minyak. Dapat jimat RM10 pon jadi laa.. sapa nak bagi kan ? Tapi aku tak sampai hati nak anak anak aku tunggu dalam kereta lama lama.. Isi hari ni je la. Tak banyak beza pon .. Pujuk hati aku..

Dan tadi , gi isi minyak.. Aku tunggu punya la lama nak penuh ! Biasanya kejap je penuh.. Bila tengok meter .. Tu dia !!!

Biasanya aku isi RM50 je dah cukup atau nak penuh terus dalam RM65 la lebih kurang.. dari takat bawah tu.. Tapi kali ni ??? Hurmmm..

Nampak gaya , wife kena kurangkan dah balik waktu tengahari untuk susukan Zahra dan Qhaliff. Hurm.. Nasib baik aku dah kurangkan ‘trip’ ke rumah orang tua aku nun di Cheras tu.. Kalau tak ? Dua hari sekali , tangki penuh ! Berpeluh dahi weh ! Huhuh..

Syukur pada Allah .. Tu je la mampu aku lafazkan.. Alhamdulillah…

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI