Sabtu, 4 Oktober 2014

Juadah di malam raya !

 

Aiskrim jer ! Hahahahah .. takde ketupat lemang .. Tahun ni beraya kat KL jer.. Plan nak balik Kelantan tapi tak jadi sebab cuti singkat dan Selasa nanti ada kerja nak kena buat ! Lagi pun Qhaliff tak sihat.. Demam tetiba..

Dengan hujan yang lebat .. Nak beli lemang kat tepi jalan pon tak sempat .. Takut kereta tak perasan bila kita berenti.. Bahaya lak kan ?

Tapi untuk raya esok , ada plan dah ! Cun punyaaa … hehehehe … InshaAllah .. Kalau semua sihat sejahtera , lepas solat raya , rakan blogger #kelabbloggerbenashaari akan serbu rumah sahabat blogger di kuaters tentera .. Tu diaaa .. Tentera ( Navy ) pon ada #kelabbloggerbenashaari.. Sapa kata dalam #kelabbloggerbenashari cuma ada budak budak je ??? kannnn …

Ok ok.. Jom makan aiskrim dulu.. kasi sejukkkkk ..

#kelabbloggerbenashaari , bukan sekadar blogger !

 

Yup.. kami bersatu bawah satu nama , sudah lama yer.. Bukan semalam baru bikin ini group ! Bukan sekadar blogger ! Dah macam adik beradik .. Faham faham je la camana adik beradik.. kan kan ?

Lokasi , seperti biasa.. kami ke restoran Lava Grill di Sri Serdang , milik Razman Mamu. Suka makan sini ! Terkenal dengan burger bakarnya ! Yummy … makin lama makin sedap !

Untuk pengetahuan , #kelabbloggerbenashaari ni ada ramai blogger ! Satu Malaysia ada .. Dipecahkan kepada beberapa zon negeri termasuk di Sabah dan Sarawak. Dan yang area KL/ Putrajaya ni aktif berjumpa.. sebab ramai dan mudah nak disatukan.

Dalam #kelabbloggerbenashari ,  ada macam macam orang haaa .. Mereka bukan sekadar blogger.. Ada penguatkuasa Kpndkk , Tentera Laut , Pegawai SPRM , Pegawai Kerajaan , Guru , Jurutera , pelajar IPTA dan macam macam lagi ! Di letakkan dibawah satu logo , kami sering bertukar pendapat dan pengalaman kehidupan … Menarik kan ?

Jangan lupa , kami bukan sekadar blogger ! Jemput singgah baca , kisah dan pengalaman kami di www.kelabbloggerbenashaari.com.

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI