Isnin, 6 Oktober 2014

Siapa lagi comel ?

 

Nak botakkan Qhaliff !!

 

Misi ari ni .. ke Alamanda ! Gunting kasi botak itu rambut Qhaliff … Huhuhh…

Dan misi gagal ! Salon gunting rambut tak nak amik budak yang menangis bila gunting rambut ! Erk .. pulak ? Sebelum ni ok jer .. hahahaha.. Macam macam la perangai .. Dah maju , cam tu lak.. Sebelum maju , semua ok jer .. kan ?

Dan , Qhaliff berjaya selamatkan rambut dia.. Tak pe , nanti daddy gunting sendiri jer .. huhu … Kasi layer tingkat tingkat .. Pergh.. Macam victoria Beckham lak rambut tu nanti.. Hahahaha…

Bila isteri kerap Whatsapp !

 

Stress ok !! Baru nak keluar lepak minum dengan kawan kawan , bertubi mesej masuk ! Tak balas , gaduh.. Balas pulak berlarutan ! Uninstall ? Dia bantai call pulak.. Setiap minit ! Off ? Silap silap dia datang menyerang kat kedai tu.. amacam ?

Hahahahha .. Ada kes gini woo.. Nasib baik la wife aku tak tergolong jenis manusia gini .. Kalau tak ? Lama dah aku jadi zombie.. huhu..

Wajarkah buat laporan polis ? Hahahaha .. over sangat tu kan ? Tapi jgn tak tau pulak.. kalau dah tertekan , silap silap .. naik mahkamah pon hadoooo !!

Berpada padalah ‘mengawal’ yang tersayang yer …

Bila blogger #kelabbloggerbenashaari berhari raya !


 
Muka muka tak pulang ke kampung berhari raya atas pelbagai alasan tersendiri.. Hehehe.. Nasib baik laaa #kelabbloggerbenashaari ni berjaya menyatukan ramai blogger dan inilah antara hasilnya ! Huhuhuh..  Aku pun tak pasal pasal ada ramai kawan baru ! Best !!
 
Dan destinasi sejurus solat sunat AidilAdha adalah ke rumah kawan blogger yang tinggal di Jalan Semarak.. Gi beraya umah kapten tentera laut gitu..
 
Best bila dapat berkumpul begini.. Dan juadah yang dihidangkan , mmg amat menyelerakan ! Anak anak kecil bergembira bila ada ramai kawan .. Mak pak pun lagi la gembira.. leh rileks sat .. heee ..
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Tuan rumah sapa ? Ini diaaa ... akak kita , Puan Salina bersama suaminya.. Terima kasih kerana sudi mengadakan rumah terbuka buat kami semuaa....
 
 
Gambar oleh Shairazi .. Terima kasih ..
 
 

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI