Rabu, 8 Oktober 2014

Bersihkan cermin mata anda !!

 

Jangan bagi CSI mengesan cap jari di cermin kaca mata anda tu ! Kalau sampai nampak ada cap jari kat situ , adoiyaiii.. buruk benar laaa rupa !! Sila bersihkan dengan segera !!

Aku syorkan guna BBGR ! Senang dan tahan lama kebersihan tuu..

image

Jual kat mana ? Aku beli kat kedai cermin mata PRISMA.. Hee.. tempat lain tak tauuu ada jual ke tak..

Geram benar kat Qhaliff !!

 

Hurm… Aku nak gunting rambut dia , dia tak kasi ! Menjerit menangis !! Baru pegang gunting tuuu.. Belum nampak rambut dia berguguran di lantai .. Haaaa..

Ni dah sampai tahap nak tengok tv , kena dongak ! Adehhhh… Terseksa pulak tengok.. Kalau tau nak sisirkan rambut dia tu , tak pe la gak.. ni biar je jatuh menutup mata dia . Hurmm…

Hurm… dok pk camana laaa aku nak gunting rambut dia.. Masa tidur ? Takut terkejut pastu dia tolak gunting tu.. Haa.. kan bahaya ! Hurmmm..

Botakkan ? Huh.. Bapak dia botak tak peee…Qhaliff tak sesuai..

Kem cuti sekolah untuk si kecil !

 

Hurm.. Qhaliff baru 2 tahun lebih. Tahun depan masuk 3 tahun.. Aku perlu ada perancangan untuk dia . Aku tak nak dia membesar macam aku ! Satu kerugian gitu.. Hurmmm..

Bijak , cepat tangkap apa pon yang diajar pada dia .. Mesra dan cepat benar nak bergaul dengan rakan sebaya. Tapi disebabkan usianya yang masih mentah , aku kena bataskan dia lagi. InshaAllah , nanti aku akan masukkan dia ke kelas pembelajaran setengah hari jer.. Kasi belajar dan berkawan.. Sian dia dok rumah takde kawan..

Bagi yang ada anak anak yang dah membesar, pastinya jangan biarkan anak kita tu kebosanan di rumah ! Bila bosan , mereka akan buat perkara perkara di luar jangkaan ! Mereka tu , aset kita .. amanah dari Allah ! Jika dibiarkan , satu kerugian !

Apa kata , cuti sekolah nanti .. hantar anak anak kita ke kem motivasi ? Kem agama .. atau kem pendidikan ! Tu lebih baik dari duduk dalam rumah dan layan tab mahupun video !

Antar kem yang boleh aku cadangkan ialah KEM SUFI CILIK BESTARI. Cuba la tengok sendiri. Mana tau sesuai dengan anak korang kan ? Cepat daftar sebelum penuh ..

Tommee Tippee untuk Zahra dan Qhaliff

 

Bulan depan , Zahra akan cecah 6 bulan. Wife dah plan untuk dia .. Sama cam Qhaliff , dia akan mula makan .. Jeng jeng jeng .. Persediaan ? Tu diaaaa ..

Bekas makanan .. bekas minuman.. Sudu khas untuk dia termasuk .. satu sudu ni !! Haaaa… Explora !! Apakah keistimewaannya ? Hehhehee… Bayangkan aku bagi Zahra bubur yang masih lagi panas dan aku tak perasan.. sudu tu akan bertukar warna ! Ahaaaa.. automatik mesej sampai ke otak aku yang makanan tu , panas !! Merbahaya untuk si kecil .. haaaa… Menarik kan ? Aku tau.. aku tauu… Heeee..

Ada banyak bekas makanan untuk Zahra dan juga Qhaliff.. semuanya dari Tommee Tippee. Boleh dibeli di Mothercare yer kawan kawan.. Untuk yang tersayang , tak kisah laa.. asalkan selamat , dah … kan kan ?

Dan ada dua bekas minuman. Satu berstraw tu untuk Zahra dan satu lagi untuk Qhaliff.. heee…

Bila masuk MotherCare , memamg boleh gila jap ! Macam macam ada !! Huhuhu.. Try gi Mothercare di Bangsar Shopping Centre.. heee…

Bjorn Baby Carrier One atau ?

 

“ Baik beli xyz dari guna yang tuu.. “.

Atas sebab apa aku kena beli tu ? Semata-mata ramai kata bagus ? Kalau yang tu bagus , yang lain tak baguskah ? Perghhh.. Jangan la gitu..

Aku dah baca pelbagai pendapat , review dan paling penting .. aku kena alaminya sendiri sebelum beri jawapan.. Aku bukan jenis yang .. hurm..

Ohhh .. yeke ? Ok , ok… nanti saya beli… “.

Dulu mungkin … Setelah bertahun aku buat review mengenai pelbagai produk , sebaiknya aku ‘rasai’ dari terus percaya ! Kenapa ? Segalanya adalah ‘bisnes’ ! Maaf yer.. Aku payah nak percaya .. Sebab masing masing dah buat kajian ! Dan punya kelebihan tersendiri ..

Ketika nak cuba pakai Baby Carrier One dari Baby Bjorn ni , Zahra menangis.. Bila letak dalam tu , dia terus diam.. Hurmmm .. Apakah dia sesuai ? Aku lom boleh kata ..

“ Oh , ok…. ni sesuai untuk Zahra ! “ .. sebab aku belum pakai dengan sempurna. Kena setting betul betul kedudukan dia.. Baru boleh tahu camana..

Tapi apa yang pasti , Baby Carrier One ni lebih selesa berbanding baby carrier  yang aku pakai dulu. Kalau diperhatikan , sememangnya ada perubahan pada rekabentuk terutama di peha bayi.. lebih terletak dan selesa !

Zahra ( gambar atas ) lebih rileks berbanding  , abangnya ( gambar bawah ni ) satu tika dulu , tergantung kakinya ! Itu perubahan yang ada selain pelbagai lagi kelebihan yang ada pada baby carrier ni ..

[IMAG1204%255B5%255D.jpg]

Setiap baby carrier yang original yer.. bukan  tiruan yer .. Ada kelebihan masing masing ! Terpulang pada kita menilainya sendiri dengan mencuba terlebih dahulu ! Bukan main dengar cakap orang dan akhirnya ..

“ Saya ada jual.. nak beli ke ? Saya agen …” .

Hurmmm… Apa pun , hak masing masing .. Menasihati tu bagus tapi biarlah kita berpengalaman dengannya.. Contoh gini yer ..

“ Aku dah guna Samsung , Htc dan Sony… Dan aku lebih suka guna Sony sebab… bla bla bla.. “.

Bukannya terus menidakkan produk keluaran lain.. Atas alasan apa ? Sebab orang kata gitu ? Huh… Aku pasti setiap syarikat ada pakar masing masing .. kan ? Aku bukan pakar .. sebab tu aku kena lalui sendiri.. Letak Zahra dan tengok responnya.. Kalau dia suka , dia tak buat karenah.. Dia buat karenah , aku dalam ini blog juga bagitau .. carrier ni tak sesuai dengannya ! Mudah bukan ?

Ada kawan tanya kat mana nak beli Bjorn Baby Carrier One ni .. Boleh dapatkan di Mothercare berhampiran yer ..

Gambar bawah ni antara posisi yang sesuai untuk si kecil ! Nanti aku nak try dan aku akan ceritakan pada korang ! Jangan risau aihh.. Kalau ok , aku cerita ok.. Kalau tak , aku bagitau tak .. Ok ? Jangan marah yer .. Yang penting , kita kena bersikap terbuka ! Jangan terus pangkah produk lain walhal kita tidak berpengalaman dengannya ! Jangan amalkan gitu..

Diulangi , setiap produk ada kelebihan dan keistimewaan tersendiri ! Ok ? Hee.. kang ada yang merajuk tak nak baca dah blog aku.. Aku terima pandangan korang tapi jangan la cepat menjarum aku ye .. Biar aku try pakai dulu.. Aku bukan pakai berjam jam lamanya..

Ramly Halal Mart di Putrajaya !

 

Ternampak hari tu… sewaktu banyak kedai makan tutup sebab Aidil Adha. Pusing pi pusing mai kat Presint Dipomatik , Putrajaya .. ternampak laaa Ramly Halal Mart ni .. Hehehe..

Tapi waktu tu , takde la jual burger dan sebagainya.. Barang basah je ada.. Ok laa.. beli la gak.. boleh makan waktu malas memasak berat berat.. kan kan ?

Antara yang dibeli dan hasilnya malam tadi ialah .. heee..

Sedap meatball dia .. Huhu.. Wife tak sempat hidangkan , aku berkali kali ulang alik ke dapur angkut satu satu… hahahaha ..

Bukan aku je kata sedap.. ramai kawan kawan kat Facebook pun tak menafikannya.. Semua kata sedap ! Siap suruh jadi ahli lagi.. Leh dapat diskaun gitu.. hehe..

Nanti nak cari kat Nilai ni.. Katanya ada cawangannya.. hurmm..

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI