Dapur Tanpa Sempadan...

Khamis, 9 Oktober 2014

Zahra Nur Iman , 5 bulan !

 

Lahir 8.5.2014 . Dan semalam , genap dia .. 5 bulan ! Dan tadi gi checkup bulanan..

Berat : 7.2 kg

Tinggi : 67 cm

Kepakaran dia ? Membebel dan masamkan muka ! Senyum bila nampak daddy dia jer .. Daddy dia dah pesan , jangan mudah senyum terutama kat lelaki.. Kang Facebook penuh followers .. Tak larat daddy tapis ! Grrr…

Kuruskan diri dengan Royal Slim ?

 

Aku tak la tahap berisi lagi tapi teringin nak detoxkan badan aku.. Hehehe.. Nak try Royal Slim.. Ok ke tak ? Sapa pernah cuba ?

 

Ramai kata ok.. Ada yang kata tak.. Yeke ? Kenapa leh tak eh ? Jaga makan tak ? Bersenam ? Ke harap makan tu jer dah leh kurus ?? Hurmm..

Nak makan pastu start workout.. Nak tau gak menjadi ke tak ! Hurmmm..

Sekadar sakat Zahra ?

 

Gi Alamanda malam tadi.. Bawak stroller Bugaboo Bee Zahra jer. Baby Carrier tak bawak sebab tak rasa Qhaliff nak duduk dalam stroller tu pon.. Lebih pada dia nak berlari sana sini..

Jangkaan meleset ! Bila aku pasang jer stroller ni , dia cepat cepat nak duduk ! Tak kasi , meraung situ gakkkk ..

Mengalah ! Mak dia dukung je adik dia .. Hurmm.. Sian..

Bila sampai satu kedai ni , dia bersungguh nak turun. Pastu dia nak berjalan jer ! Hurmm.. Dan akhirnya ?

Dia memilih duduk dalam troli sambil layan tab dia .. Hurmm.. Saja nak menyakat ! Kuat menyakat gak dia ni .. Dah pandai wat lawak lagi terutama bila suruh gi mandi.. Mula la jalan macam orang tuaaaa ! Grrr…

Kesan kenaikkan petrol 20 sen ?

 

Gulp.. keciknya cili ?? Sebelum ni , cili cili dia semua besar besar belaka ! Apakah disebabkan kenaikkan harga cili maka ?? Er , cili naik gak ke ?? Hurmmm ..

Atau cili besar dah abis ? Maka dia bagi saki baki cili yang ada ni ? Hurmm… Hurmm.. Aku bukanlah berkira sangat soal makan ni tapi aku bayar harga yang sama. Takde pon diberi diskaun mahupun kompaun ! Maka selayaknya aku patut diberi sama seperti selalunya ! Kannn ??

Hari tu aku gi tapau KFC. Teringin nak makan ayam.. Amik la 2 set hidangan dinner.. Bila sampai jer rumah , wife bukak.. tengok ayam yang diberikan kecik kecik belaka ! Huk alohhhhh .. Bukan satu lagi kotak , size ayam besar dan ada extra ! Pastinya extra ni adalah untuk ganti yang ayam bersize kecik tu.. kan ? Terus wife tenang..

Sepatutnya , dalam kes gini .. maklumkanlah pada pelanggan samada cili abis , atau size besar takde hari ni.. Atau paling tidak pon , letak la dua batang cili … kan ?

Hurm.. aku tulis ni untuk peringatan rakan rakan yang meniaga makan.. Ada yang bagus. Tak kisah bab untung rugi.. Asal pelanggan puashati , dah. Macam aku selalu makan mee udang Kak D’Laila di Nilai.. sememangnya dia utamakan kepuasan pelanggan ! Bila pelanggan puas , dia akan ‘kecoh’ pada kawan kawan dia .. Apa salahnya untung skit ari ni , hari depan lagi banyak.. kan ?

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI