Selasa, 14 Oktober 2014

Qhaliff sengaja cari pasal !!

 

Sedap sungguh dia duduk dalam ni.. Sampa dah buat hak mutlak dia dah Bugaboo Bee ni ! Walhal ni Zahra punya .. Tak pasal pasal kena dukung Zahra jer.. Dah la ‘makcik’ tu ngantuk sangat… Hurmm..

Masuk Parkson.. Dia buat hal.. Meraung kaw kaw punya.. Serupa macam orang kena culik lak gayanya.. Abis semua orang dok tengok aku.. Aku tahan geram je ni…

Punca ? Tak tauuuuuu.. Wife kata dia nak tolak stroller tu.. Adik dia ada dalam .. Aku tak berani la.. Hurmmm… Bila tak kasi , dia punya menangis , memang non stop action punya…

Kesannya.. aku jadi geram giler kat dia ! Akhirnya aku bawak dia keluar dari situ.. Gi Cold Storage yang terletak sebelah Parkson.. dengan harapan , dia diam.. Dan memang dia diam laa..

Tapi bila nampak wife datang dengan Zahra , dia kembali ‘meracau’ ! Grrr… Akhirnya tau kenapa ! Sebab Zahra dalam stroller tu !! Dia nak duduk dalam itu stroller laaa… Mana boleh orang lain duduk.. Dia je nak duduk ! Hurmm…

Letak dia dalam stroller , terus tenang dia .. Haihhhh..

Bila lelaki jaga muka !

 

Apahal aku rasa .. pelik semacam jer ??? Takkan aku salah pakai kot ? Iskhh…. Betullah kata wife , membazir jer aku pakai ! Kalau tau , dia pakai dulu .. huhu..

Tak sampai 1 minit , aku cabut buang ! Huuhuhuh…

Pukul 2 petang !

 

Pukul 8 pagi , selepas wife mandikan dia.. Aku tidurkan Zahra semula.  Pastikan dia dah menyusu terlebih dahulu dan layan ABC kat tv.. Feveret dia ! Cerita lain , dia tak layan. Camana aku tau ? mudah jer.. Bila ABC , dia tumpu pada tv.. Aku tukar cerita lain.. dia mula mengesot mencari menda nak bermain !! Hahahaha…

Dia akan tidur sehingga jam 12 tengahari gitu.. Lenaaaa ! Pastu akan jaga.. Aku tukar diapers dia. Main main ngan dia .. biarkan dia bermain sendirian pastu pasang ABC lagi..

Bila dia mula nak teriak .. tu tanda dia nak susu .. Aku akan bagi susu yang wife dah sediakan di dalam botol Tommee Tippee bertangkai bagi memudahkan dia pegang.. Saja nak ajar dia pegang. Nanti nak travel dengan dia , mudah dah..

Tak banyak dia nak minum tapi sekurangnya ada la.. Sian pulak nak biarkan dia kelaparan dan dahaga atau kesian kat wife asyik nak kena lari balik jer.. Minyak pon dah mahal skang ni.. Huhuh..

Dia nak gak pegang sendiri tapi masa nak sua ke mulut tu , kita kena tolong la. Bukan dia reti dah.. Baru 5 bulan je pon.. kan ? Hehehehe.. Usaha tangga kejayaan !

Botol ni boleh didapati di mana mana butik Mothercare..

Britax First Class Plus : Car seat Zahra yang baru

 

Untung anak dara sorang nih… Huhuhhu….

Seronok dia dapat car seat yang baru.. Takkan nak guna yang abang punya kan ? Hehehehe … Bukanlah banya duit tapi yang lama tu , dah agak lusuh dan macam tak adil la pulak kan ? Macam aku la.. Aku anak no 2.. selalu guna yang sedia ada.. Maka , sediakan yang baru untuk Zahra !!

Britax First Class.. boleh didapati di premis Mothercare yang berhampiran..

Fabrik dia dah best dan kelihatan sangat mantap ! Dinasihatkan untuk fahamkan cara pemakaian dan setting keselamatannya dengan melihat video di Youtube. Mudah difahami. Sebelum tu pon leh mintak staff Mothercare bagi tunjukajar..

Dari pandangan depan.. Car seat ni memang kelihatan selesa sama sekali.

Bila buang cover hitam , anak yang dah berusia setahun ke atas , boleh guna dengan penuh senyuman ! Cam Qhaliff , confirm sukaa tapi tak lehh.. ni Zahra yang punya !

Heeee . Bagi yang macam Zahra , kena setting betul betul.. Kalau tak ? memang baby akan asyik nak keluar jer ..

Cara setting keselamatan yang aku buat ni salah selepas aku menonton video di Youtube yang ditunjuk ajar sendiri oleh Britax. Maka , aku kena setting balik ! Huhuh.. Sangat senang sebenarnya ! Jangan pasang dalam keadaan kelam kabut ! Rileks dan tonton sambil ikut caranya ! Mudah !!

Video  : Britax FIRST CLASS plus Forward Facing dan Britax FIRST CLASS plus Rearward Facing

Ini tidak sepatutnya berlaku sama sekali !

 

Gambar ni aku rasa lebih pada lakonan semula untuk kempen kesedaran sivik yang semakin teruk di kalangan kita. Semakin teruk yer !  Antara kita sedar atau tidak jer. Maka , jangan maki pulak orang dalam gambar ni ..

Realiti ! Memang kerap berlaku. Tiap kali kalau aku gunakan pengangkutan awam , kerusi khas yang disediakan untuk mereka yang tidak berkeupayaan, mmg ada ‘ penghuninya’. Segak , sihat dan bergaya lagi..

Sememangnya aku akan kosongkan kerusi ni. Baik berdiri jer.. Bukan lama pon nak berdiri , kan ?

Mulai saat ni , pengguna pengangkutan awam kena alert ! Jangan pandang dan kutuk dalam hati. Tegur je andai ini berlaku depan mata kita. Tegur .. bukan marah tauu.. Cakap elok elok..

Dan yang kita pulak .. pandai pandai la tengok kiri kanan ! Jangan dok asyik dengan ‘dunia kita ‘ jer.. Ok ?

Ujian setiap malam untuk si ibu !

 

Hahahaha … Asal malam , dia payah nak tidur ! Nak layan youtube ? Huhuhu… 

Stress wife … Aku punya part belah siang.. Hehehehe.. Dia malam .. Nasib baik ada aku.. Kalau siang ? Seorang diri cam aku ? Perghhh.. Ujian wooo kalau dengar si Zahra meraung ! Hahahaha .. Leh pecah gegendang telinga !

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI