Dapur Tanpa Sempadan...

Rabu, 15 Oktober 2014

Bilakah usia sebenar bayi boleh mula makan ?

 

Wife kata , tunggu cukup 6 bulan baru ok.. Logiknya kasi organ dalam kuat dulu.. Yeke ??? Ada parents dah mula bagi bayi mereka makan.. Kesian sebab tengok baby terliur.. Benarkah mereka terliur ??

Dan tadi , ada sahabat blogger tinggalkan komen di satu status aku.. Menurutnya pendapat bayi perlu lebih 6 bulan baru boleh makan tu adalah mitos jer .. Makin menarik pulak pendapat rakan rakan ni..

Seperti biasa , aku google je la.. Cari infomasi mengenai isu ni.. Hurmm .. Dan jawapannya ..

“ Terdapat banyak kekeliruan tentang bilakah selamat untuk memperkenalkan sesuatu makanan untuk bayi. Ibu yang mula memperkenalkan pepejal awal kepada bayi mereka sering mendengar rayuan menderu-deru "telur tak boleh, kacang tak boleh, buah sitrus tak boleh, gandum tak boleh, kismis tak boleh, kiwi tak boleh", dan senarai pantang larang ini kian bertambah. Kadang-kala nasihat yang diberikan khusus untuk bayi yang mempunyai kesulitan tertentu, contohnya, bayi dari keluarga yang mempunyai sejarah alergi yang ketara, langsung diterima dan digunapakai untuk semua bayi.

Jika keluarga anda menghidapi penyakit asma,ekzema atau alergi makanan, adalah baik jika anda berbincang dengan doktor keluarga untuk mengetahui sama ada bayi anda perlu mengelakkan makanan tertentu untuk masa yang lebih panjang.

Kementerian Kesihatan mengesyorkan penyusuan badan selama enam bulan. Bacalah artikel kami tentang memperkenalkan pepejal untuk maklumat lanjut.

Jika anda memilih untuk memperkenalkan pepejal lebih awal dari enam bulan setelah berbincang dengan doktor anda, ada sebilangan makanan yang anda patut elak sebelum usia enam bulan. Bacalah artikel di sini untuk maklumat tepat supaya boleh membezakan antara fakta dan dongeng. “ – BabyCenter

Maka , dapatkan pandangan doktor terlebih dahulu..

Kreatif atau tak reti jaga harta benda ?

 

Walkie talkie.. Harga hampir RM30. Jangka masa hayat , tak sampai pon seminggu ! Hurmm… Bila beli , mainnya sekejap. Tapi gi umah orang , berebut.

Yer .. tu la budak budak ! Tak perlu nak terasa sangat dengan perangai mereka .. kan  ? Ada rezeki dan duit lebih.. beli je la .. kan kan ?

Biasanya anak sulung gini akan dapat kelebihan. Datang kat adik , mula dah tak bagi.. Hurm.. Mula berjimat.. Huhuh.. Kesannya ? Adik akan memendam rasa .. kan ? Cam aku la.. hehehe .. No 2 selalu gitu.. heee.. kan kan ? Nasib baik , adik Qhaliff perempuan. Kalau tak ? Huhuh… Main mainan abang je la jawabnya..

Nak kata tak reti jaga , tab dia pandai pulak jaga.. Tang mainan ni jer.. Suka benar kopek kopak sana sini.. Kuat benar keinginan dia nak menerokai menda menda ni .. Ni cam perangai aku jer .. Heee..

Tak pe la.. selagi ada duit.. ok la.. kan ?

Makan kari dah dia !

 

Terkejut gak aku memula.. Dia datang kat aku , mintak ikan yang sedang aku ratah. Tak sangka lak dia nak makan ikan yang dimasak dengan kari tu.. Sedap dan pedas skit kari tu..

Skit skit dia datang mintak. Pastu abis !! Aku gi amik nasi dan bubuh kari. Aku suap dia.. dia tak nak ! Nak makan sendiri..

“ Takk.. takkk… sinii.. “ . Dia suruh letak depan dia.. Hurm.. Aku letak dan sediakan air .. Botol khas untuk dia .. Kalau letak dalam cawan , dia akan tuang air dalam cawan tu ke lantai ! Eksperimen !!

Dia makan .. Suap siap bertadah lagi ! Huihhh.. Dasat ! Mana dia belajar pon tak tau laa.. Er , aku la tu yang ajar .. ke mak dia ..hehehe ..

Nasi dan kuah kari… pedas gak tu.. Dia bedal selamba jer.. Pastu cari air !

 

Yang penting .. aku lega tengok dia makan ! Walhal aku risau jer dia punya selera makan yang tak menentu ! Skang ni dah tau dah.. dia gemar mee sup dan nasi berkuah ?

Tapi ada syarat bila nak kasi dia makan.. Jangan kasi air manis manis sebelum tu.. Dia mmg taknak makan dah.. Yelah , perut dah kenyang.. nak makan camana kan ? Huhuhu…

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI