Khamis, 16 Oktober 2014

Pelik kenapa suami senyum je tgok isteri sibuk layan smartphone setiap malam

 

Menjahit ? Perghh.. Aku nak belajar menjahit ? Biar benar ? Heee… Tapi best apa mejahit ni .. Kalau dah mahir , boleh jahit pakaian anak bini sendiri kan ? Heee.. jimat ! Dengan taraf hidup yang semakin meningkat ni , kita kena cari alternatif untuk kurangkan lagi kos perbelanjaan.. Antaranya , jahit pakaian anak anak sendiri !! Kan kan ?

ysspama1

Ok.. YASALMA SEWING SCHOOL.. Tertanya gak aku camana ianya beroperasi.  Aku terima job untuk review ni  sebab ni job yang unik ! Aku terus terang ni .. Haaa… Aku malas nak menipu , ok ! Aku diminta menulis mengenai YASALMA SEWING SCHOOL ! Maka aku kena buat sedikit research mengenainya..

YASALMA SEWING SCHOOL yang dimiliki oleh pereka fesyen  YASALMA, menjalankan kelas mengajar menjahit secara online!  Silibus kelas jahitan khas untuk mereka yang langsung tiada asas dalam jahitan. Hasilnya...lebih 500 pelajar mereka telah menghasilkan pakaian mereka sendiri malah ramai  mulakan bisnis pakaian mereka secara kecil-kecilan  mahupun secara pukal !!

Menariknya semua pelajar adalah dari seluruh Malaysia serta luar sempadan negara seperti Saudi Arabia,Norway, Australia, UK, Brunei, Singapore dan lain2.  Lagi menarik sebab tidak sedikit juga bekas pelajar beliau berhenti kerja ofis dan buat biz sendiri dari rumah secara online dalam bidang jahitan.

" Dunia tanpa sempadan. Wanita seharusnya terlebih bijak menggunakan Smartphone " -Yasalma-

Perghh… panjang intro ! Ok ok .. Aku ada tanya sendiri salah seorang pelajar YASALMA SEWING SCHOOL di Facebook ,Puan Norasyikin Azmi dan ini jawapannya ..

 

Secara ringkas nak belajar buat dress sndiri n nak prevent dr beli dress online.. Lagipun mahal kalau beli online.. Apa salahnya try buat sndiri.. at last mmg dh dekat 2 tahun dh saya tak pernah shopping baju online ,offline sbb seronok hasilkan baju sndiri..nk corak mcm mana,size apa,xperlu risau nk alter ke apa..lgpun bajet lg murah..

Dgn ekonomi skrg ni..org perempuan..nk berbelanja pun kenalah fikir baju sehelai xkan sampai 180..200..300..walaupun kita tak ambil duit suami..tapi rasanya ada alternatif lain kalau dah minat sgt beli baju..

Mudah faham atau x..saya last pegang mesin jahit hampir 8 tahun yg lalu..tu pun kelas kemahiran hidup .. hehehe.. Istilah jahit ? Zero..
Tapi masa masuk "kelas" cikgu Salma..dh faham terus. 1 hari je buat baju.mcm xpcaya..tapi tulah..kena percay
a. “.

 

Soalan seterusnya aku pada dia buat aku terkedu jap !! Perghhh !!!
Soalan aku berbunyi gini haa …  “Suami tak kisah dok mengadap depan laptop sewaktu 'kelas' ? Anak anak camana lak “.. Dan jawapannya … gulp !

 

Mana ada ngadap laptop.. Whatssap thru phone.. Hp saya cikai je..Nokia Express music tahun 2009.. Saya pinjam smartphone dia je wassap dgn cikgu dlm 'kelas'.. Masa dia kerja dia bawa phone dia.. saya kt rumah jaga anak , masak.. dia balik keja..saya pinjam hp kejap update kelas .. tapi petang selalunya xda kelas.. malam baru start kelas..

Kalau ank tak tido lg tunggu sampai kul 11 ke.. Whatssap le cikgu..masa tu kebanyakkan geng2 ibu dlm group pun tgh aktif.. ikut time la.. bukan 24 jam mgadap hp/laptop.. sbb download nota,print,baca bila senang.. time tu dh faham dah buat baju mcm mana.. bila ank tido.. gunting kain,jahit je.. simple. “.

 

Untuk pengetahuan , YASALMA lah pengarang buku cara paling mudah buat baju kurung menurut banyak sumber... yang bertajuknya ‘ Oh Mudahnya Buat Baju Kurung ‘ terbitan Alaf 21 dan buku terbitan sendirinya yang terbaru, ‘ Jom Buat Palazo ‘.

IMG_78318648024134 IMG-20140812-WA0022IMG-20140812-WA0021 IMG-20140812-WA0023

Amacam ? Tertarik ? Sebenarnya , aku pun minat menjahit ni ! Menjahit menajamkan pemikiran dan fokus ! Kalau banyak khayal semasa menjahit , entah apa la rupa kain tu nanti kan ? Hahahaha…
Kalau nak tahu dengan lebih lanjut mengenai YASALMA SEWING SCHOOL ni , boleh ke fan pagenya di SINI.

 

 

IMG-20140413-WA0079 testimoni2

testimoni9

image

Zahra merajuk dengan daddy ?

 

Semalam , aku sangat stress dan pening kepala ! Waktu tu , aku bertiga je kat rumah.. Memang kepala rasa nak meletup jer.. Hurm.. Muka abis berubah jadi macam Hulk dah ! Kena pulak Zahra tambahkan lagi ‘ajinomoto’ kat perasaan aku tu.. Maka ,meletus la gunung berapi !

Pagi tadi.. dah ok skit.. Tapi masih ada pening pening .. masih tak leh nak tengok skrin komputer sangat .. Huhuh.. Aku gi kat Zahra.. senyum kat dia .. Pergh.. dia wat keras je muka.. Puas senyum kat dia.. Wat dek jer.. Huhuhu..

Patut la semalam masa angin tu , dia pandang jer muka aku .. Tertanya gak aku masa tu dalam hati..

“ Zahra ni umur berapa sebenarnya ? Takkan 5 bulan dah boleh tenung dan tau bapak dia tengah angin satu badan ? “ .

Dia pandang aku dengan air mata meleleh keluar.. Huhuh.. Dia menangis sebab cari susu .. Tak nak susu botol ! Aku bagi dah.. Siap guna shrink lagi.. Minum tapi tak puas ! Menangis kaw kaw bunyinyaaa …

Aku pujuk la balik pagi tadi.. Lama gak la nak senyum.. Huhuhu.. Ni kalau dah besar.. mau kering gak hati ni.. Hurmm.. Tapi dalam hati ada taman.. huhu ..

Khasiatnya tidak perkatakan lagi, itulah MADU KELULUT

 

DSCN2707

Rasanya masam-masam manis. Ya, MASAM-MASAM MANIS. Tidak seperti madu lebah biasa yang mempunyai rasa manis. Itu lah kelainan rasa madu kelulut. Malah lebah kelulut juga tidak berbisa/bersengat seperti lebah biasa malah saiznya juga lebih kecil. Tak caya anda boleh ke page De Imans Enterprise-Madu Kelulut.

Perasan tak kini banyak pokok buah-buah yang berbuah tidak mengikut musim dan stok sentiasa ada, antara sebab utama adalah kerana lebah kelulut. Kelulut pada mulanya diternak bagi tujuan pendebungaan oleh MARDI. Tapi setelah kajian dan pemerhatian dilakukan, pihak MARDI mendapati kelulut mampu menghasilkan madu yang sama banyak seperti madu lebah malah khasiatnya dikatakan lebih tinggi berbanding madu lebah biasa. Jangan terkejut jika harganya pada masa kini pernah mencecah RM500 sekilogram!

Betul ke madu kelulut ni khasiatnya cukup tinggi?

DSCN2660 DSCN2647

Satu kajian telah dilakukan di bawah pengawasan Prof. Madya. Siti Amrah Sulaiman dari USM menunjukkan penggunaan madu kelulut boleh menurunkan paras glukos pesakit diabetes selain berkesan untuk mencegah kanser dan gout. So, kalau ada mak ayah, sedara-mara atau kenalan cadangkanlah untuk mencuba madu kelulut. Mungkin tidak sembuh sepenuhnya tapi atleast dapat mengawal.

Antara khasiat lain madu kelulut adalah :

· Baik untuk batuk

· Lelah dan semput

· Darah tinggi

· Sakitsakit sendi

· Meningkatkan metabolisme badan (nak kurus secara semulajadi)

· Menambahkan tenaga batin (tapi kenalah amalkan selalu)

· Menjaga kecantikan (Sebab lebah mengutip debunga yang terbaik)

· Menguatkan wanita yang baru bersalin

· Merawati pelbagai penyakit dan kecederaan dalaman.

Cukup banyak khasiat madu kelulut ni kan! Jika inginkan rawatan alternative selain ubat-ubatan moden apa salahnya kita kembali kepada makanan Sunnah. Adakah itu lebih baik. Tapi kenalah amalkan selalu, janganlah baru makan sesudu dua dah nak harapkan keputusan yang menakjubkan.

DSCN2729

Berminat nak dapatkan madu kelulut original? Jom ke page De Imans Enterprise – Madu Kelulut. Dengarnya 13 orang yang terawal membeli madu kelulut akan menerima diskaun 10%. Ini menikmati diskaun ini anda perlu PM page De Imans Enterprise – Madu Kelulut dengan kata laluan “Saya nak diskaun sbb saya follower Ben Ashaari“ atau whatsapp di talian 012-9552183 dengan kata laluan yang sama.

Berat Madu : 150 gram – RM 45

200 gram – RM 65

300 gram – RM 85

Harga tersebut adalah termasuk KOS PENGHANTARAN dan SEBELUM diskaun 10%.

Apa tunggu lagi segera dapatkan madu kelulut keluaran De Imans Enterprise kerana harga ini adalah special untuk pembaca blog Ben Ashaari.

Hidup kini lebih sihat dan bertenaga!

LINK UNTUK RUJUKAN PIHAK ANDA :

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0520&sec=Timur&pg=wt_01.htm#ixzz3CDR9frV3

http://www.hmetro.com.my/articles/MARDIkumpul30spesieskelulut/Article

http://www.lebahkelulut.com/blog/

Beza dua anak blogger !!

 

Ni Zahra !

 

Ni Mikhail .. anak blogger Dkna dan suaminya yang kacak itu.. Eceh.. Hahaha ..

Kenapa ? Apakah isunya ?? Hehehe.. Ari tu , Dkna mengadu la.. si Mikail ni , malam tidur nyenyak ! Tak nak main nak mak ayah dia .. hehehe..

Zahra lak ??? Zahra ? Zahra malam , berjaga.. Ajak mak ayah dia bermain tapi sayangnya , mak ayah dia lak nak tidur ! Penat wehhh.. hahaha ..

Zahra , aku jaga sendiri.. Maka siangnya cukup nyenyak tidurnya ! Cukup nyenyaakkkkk ! Ini disedari oleh kak Yati Kapoor yang biasa jaga anak kecil yang mana menurutnya , kalau budak banyak tidur siang , malamnya berjaga .. dan budak kurang tidur siang , malamnya … tak yah cakap la kannn.. confirm lena !!

Hahaha.. Terbalik sudah ! Si Dkna ajak bermain .. Si mak Zahra , cukup masa .. jom tidur ! Bukan tak nak main dengan anak tapi dia selalu bangun jam 4 pagi untuk siapkan keperluan keluarga terutama anak anak .. Sebab tu kena  tidur awal.. Dan bapak dia , siang hari dok jaga diorang kan.. huhu .. Dapat lelap jap pon dah syukur ! Huhuh…

Tak kisah la.. janji anak anak sihat kan ?

Bila sakit kepala memuncak !

 

Ini salah satu pengorbanan yang perlu para suami tau bila isteri mereka yang bergelar suri rumah tidak sihat cam sakit kepala , demam atau sebagainya ! Mereka tetap jaga anak mereka walaupun nak bukak mata pon dah tak larat !!

Aku semalam merasainya lagi.. Kali ni ditambah dengan Zahra yang tetiba buat karenah.. Aku rasa dia lapar kot.. Nak susu ! Kasi susu pun dia tak nak.. Dia nak direct ! Bayangkan dia meraung camana !! Bingit telinga .. ditambah dengan sakit kepala yang mana sampai tangkap kat mata ! Nak tengok skrin handphone pon tak mampu !!

Ya Allah.. masa tuuuu.. haihhh.. Allah je tau camna rasa .. Aku letak Zahra atas tilam nun di lantai .. pastu masuk bilik.. Baring ! Terpaksa !! Tengok jam baru pukul 4 lebih petang ! Lama lagi wife nak balik.. Camana rasa ?

Di kala ini .. kalau isteri anda telefon dan mengadu hal begini .. sila amik berat ! Mereka menjaga zuriat atau waris anda di rumah ! Bayangkan jika mereka pengsan  ? Atau hilang kawalan diri ?? 

Sila amik berat bila isteri anda telefon dan mengadu. Mana lebih utama ? Kerja atau keluarga ?

 

Aku jadi tetamu dalam rancangan masakan ?

 

Waduhh waduhhh…. Takkan nak jadi blogger masakan kot ? Sat nak ingat resepi apa yang pernah aku derhaka.. Hurmm… Ahaaaa ! Maggie kawin !! Aku buat dulu tuuuu.. Campurkan 2 jenis maggie ! Tetiba skang dah dipopularkan .. Ecececeh.. Tak caya kan ? Takpee… aku sedar diri…

Ok ok… Alhamdulillah.. Semalam , selesai sudah job yang menakutkan aku ! Iaitu … iaitu… Jeng jeng jeng…

Bila rancangan ni akan keluar ??? Dan rancangan apakah ini ?? Jeng jeng jeng …

Rancangan ni ada 12 episod dan aku salah seorang jemputan.. Satu satunya blogger yang dijemput ! Yang lain , selebriti gitu… heehehe.. Rezeki kan ?

Terima kasih blogger #kelabbloggerbenashaari , Najeeb Abdullah kerana sudi jaga Qhaliff.. Qhaliff pon bagus tak buat karenah.. hehehe.. Nanti daddy belanja Note 4 untuk Qhaliff eh…

Sampai masanya , aku cerita eh.. Hehehe.. Tak sangka lak leh terlibat dalam rancangan melibatkan resepi ni.. hehehe…

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI