Jumaat, 17 Oktober 2014

Kecomelan Zahra berasal dari ..

 

Muka ketat cam ni pon leh dapat 500++ LIKES dan berpuluh komen ! Huhhhh..

Kalau senyum lagi la kan ? Orang yang tengok Zahra ni kan.. automatik akan kata ..

“ Eh , Ben.. sebijik muka kau laa .. “

Aku malas nak akui sebab ramai kata perasan ! Bila aku post gambar aku kat FB , tak sampai 100 pon LIKES .. Aku tau.. Diorang memang segan nak LIKE sebab aku ni laki orang.. Cuba aku bujang ? Confirm bergaduh bertumbuh nak LIKE dulu ..

Semua ni , dalam poket aku dah .. Neh…

Sebab tu Qhaliff dan Zahra comel.. cam aku.. kan ?

Telefon pintar makin canggih tapi ..

 

Sekarang aku pakai SONY XPERIA Z2.. SONY XPERIA Z3 dah berada dipasaran ! Makin best ! Kualiti gambar makin gempak ! Kelajuan untuk melayari internet pon makin ada ummph ! Begitu juga jenama jenama lain.. berlumba lumba mengeluarkan siri terkini..bersaing antara satu sama lain dan membuatkan pengguna seperti aku terpilih pilih mana satu yang mampu memuaskan hati untuk jangka masa panjang !

Tapi bila mengenangkan penggunaan internet di negara ni yang menggunakan sistem berkuota , membuatkan nafsu nak tukar handphone baru ..terus mati ! Lebur !! Hurmm.. Handphone laju tapi internet takde ? Tungga ada ‘ WiFi Free ‘ baru guna ??

Setakat ni , kalau nak guna internet unlimited atau tanpa batasan , boleh guna Unifi atau mana mana operator jalur lebar yang hanya di kawasan kediaman , kedai atau pejabat ! Untuk mereka yang travel atau bergerak sana sini , tiada unlimited !

Pengguna internet di Malaysia seolah  tidak diberi pilihan.. Nak guna internet , langgan ikut kuota ! Yang tawar murah tapi signal mcm guna arial tv zaman tv hitam putih ! Jap ada jap takde.. Jap ada .. terus takde ! Haihhh !!

Apa salahnya letakkan je satu harga pastu unlimited jer ! Berapa banyak sangat la dapat nak guna semua tu ?? Rugi ? Yang rugi tu biasanya servis ke laut ! Cuba servis bagus .. mahal sikit pastu unlimited.. Amik contoh cam Unifi dah la.. Orang lainggan sbb unlimited ! Baik amik pengguna setia dari dok tak abis abis bersaing dan buang duit untuk buat berlumba keluarkan iklan .. sapa lagi murah walhal pengguna dah tau dah.. mana ok dan mana tidak !

Harap handphone je canggih tapi guna wifi free ! Huh…

Wajarkah upah atau puji anak ?

 

Memandangkan Qhaliff baik semalam sewaktu di video shooting tu , daddy belanja mainan ! Aku belikan dua mainan untuk dia walaupun aku tau mainan tu takkan tahan lama.. Confirm kejap jer.. Hee.. Tapi aku tetap belikan jugak !

Tiap kali Qhaliff lakukan sesuatu , aku akan kata dia , ‘ Terima Kasih ‘ atau ‘ Pandai dia.. ‘. Pastu kasi gimme five ! Wajaarkah perbuatan aku tu ? Apakah itu akan mengalakkan dia meminta balasan atau harapan pujian walaupun niat kita nak mendidik agar dia rajin membantu atau menolong orang ?

Hurmm… Apa pendapat korang ?

Bugaboo Bee 3 untuk Zahra .. dan Qhaliff !

 

Satu stroller , kongsi dua ! Ok la tu kan ? Qhaliff bukan nak duduk sangat.. Walaupun dia selesa , tapi dia lebih gemar berlari sana sini sambil dikejar ayahnya. Bila penat baru nak duduk kembali dalam tu..

Keutamaan adalah pada Zahra.. Bila dia duduk dalam ni jer , confirm dia akan lena ! Suka benar dia tidur dalam ni.. Fabrik dia mmg lembut. Boleh dibasuh lagi kalau kotor.. Nasib baik amik warna yang terang dan gelap.. Macam warna lebah kan.. Sebab tu panggil Bee In The City kot ? Tapi tak juga sebab ada macam macam color lagi.. Cantik cantik semua !

Ok .. sebelum ni aku guna satu lagi stroller yang berjenama dikenali ramai .. Tapi sizenya yang besar dan .. hurm… mmg padat terus kat belakang bonet tu buatkan macam perlukan stroller yang lebih kecil tetapi selesa ! Dan Bugaboo Bee 3 adalah pilihan paling tepat , setakat ni !

Setelah digunakan 2 minggu lamanya.. aku mmg puashati laa.. Dari segi nak kemudi stroller ni.. tayarnya yang fleksible tanpa ada masalah buatlah aku nak guna 24 jam je stroller ni.. hehehe..

Cuma satu je masalah.. Walaupun tak besar mana tapi aku rasa kalau boleh didesign dengan lebih mudah disimpan agar ruang bonet lebih punya ruang .. tu lagi bagus !

Kalau ditegakkan , mungkin lebih ok .. berbanding baringkan gini ..

Cara begini tapi agak panjang ke depan ..Nasib baik aku guna mpv.. jadi ada ruang.. Kalau Myvi macam dulu tu ? Huhuhuh.. Mau pikir 3-4 kali gak kan ?

Kelebihan yang aku suka selain mudah nak kendali ? Ahaaa.. Mudah nak buka dan juga nak simpan ! Selain dari tu , tempat duduknya yang boleh ubah suai ke 3 posisi dari menegak ke baring dan juga tempat punggung boleh diubah juga sebanyak 3 kali dari pendek ke panjang juga membuatkan si pemakai rasa selesa sangat !

Kedua dua video tu boleh ditonton di Facebook aku.. Dah upload kat sana .. Senang nak tengok kawan kawan komen.. Hehehe .. Klik PART 1 dan PART 2 ni kalau nak tonton..

Harga ? Hehehehe.. Boleh je gi ke Mothercare mana mana cawangan. Pastu , leh deal kat sana .. Cara pembayaran dan yang penting jaminan yang ditawarkan ! Kalau anak pertama tu , boleh turun ke anak ke dua dan ketiga.. Haaa.. Berbaloi la gak kan ?

Kalau tak mampu tu , jangan paksa diri la.. kan kan ? Keseluruhan , aku berpuashati guna Bugaboo Bee 3 ni.. heee..

Bila Qhaliff pandai dah main telefon pintar ibunya !

 

Dan ini whatsapp pertama dia , ke rumah jiran aku melalui handphone baru mak dia!!

Cer teka gambar apa dia bagi ??? Ahaaa…. Selfiee koooo !!

Tu diaaaa… Hahahaha.. Dia malu malu skit.. Tak pakai baju.. Hehehe…

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI