Ahad, 19 Oktober 2014

#kelabbloggerbenashaari dah ada penaja rasmi !

 

Alhamdulillah.. Akhirnya ! Sebuah syarikat produk kesihatan dan kecantikan yang terkenal berminat nak menjadi penaja rasmi KELAB BLOGGER BEN ASHARI ini !

Nak dijadikan cerita , semalam .. lepas photoshoot tu , aku terus ke Concorde Hotel di Shah Alam untuk berjumpa big boss .. Puan. XXXXXX ni..  Sebelum tu ada la staff dia mesej bagitau Puan nak ajak lunch. Tak sangka jugak aku sebenarnya.

Puan ni pada pertama kali aku jumpa nampak gaya gaya mak datin VVVIP gitu. Aku jadi segan la.. Tapi bila jumpa semalam , untuk kali kedua .. rupa rupanya sangatlah peramah dan bagus sekali orangnya ! Huhuh..

Sambil makan , perbincangan dilakukan dan .. termeterailah perjanjian !!! Beliau bersetuju untuk menjadi penaja rasmi KELAB BLOGGER BEN ASHAARI ! Serrrrrr !!! Terharu guee ! Ternyata perjuangan aku selama ini , berbaloi … Huhuhuh…

Berkat bawak isteri dan anak gi meeting..

InshaAllah , #kelabbloggerbenashaari akan lebih maju pada tahun mendatang. Segala perancangan ada di dalam kepala otak disamping bantuan rakan rakan seperjuangan yang tidak putus putus membantu dan sama sama menaikkan nama kelab ini 

Jutaan terima kasih atas kepercayaan korang semua ! Nanti aku umumkan sapa penaja rasmi tu yer .. Heee

Alhamdulillah..Syukur pada Allah.

Photoshoot untuk majalah MASKULIN

 

Fuh.. 2 minggu dapat ‘notis’ Tengok perut.. Aiseyman.. Tengok otot , aiseyman ! Gagal sungguh niih ! Hahaha .. Ancur ancur.. Bikin kena gelak masuk Maskulin gini.. Masboroi namanya ni !

Hurmmm .. Nak gi gym , badan rasa berat ! Mood ke laut.. Dah 5 bulan offline workout sebab jaga Zahra .. Hurmm… Camana nak buat eh ??

Nasib baik laaa ada dua jenis produk untuk aku guna minit minit kecemasan ni ! Aku pun try laaa … Sambil sambil bersenam skit kat bilik khas aku tu.. hehehe …

Dan semalam , aku ke KarangKraf , Shah Alam dengan Zahra dan wife.. Huhuh.. Sampai sana , aku dimekapkan.. Pastu dimintak pakai baju tight warna putih yang aku bawak sendiri ! Huhuhuh… Risau jer guee.. !

Pakai je laaa .. Dan hasilnya ? Huhu ..

Hurmm… ok la kan ? Tak la terbelahak perut tu.. Huhuh.. Dan disebabkan dah mula membakar lemak perut tu , aku kena rajin kembali membina otot ! Fuhh.. cabaran ni !! Bukan mudah nak kembalikan mood … Hurmm ..

Terima kasih MASKULIN untuk peluang ini .. Tunggu bulan Disember yer .. Heeee..

Mudahnya Zahra !!

 

Ingat lagi aku sewaktu Qhaliff baya Zahra.. Adehhh.. tiap kali keluar gi shopping , confirm akan berpeluh atas bawah ! Ketiak dan tapak kaki maksud aku !

Kenapa ??? Sebab Qhaliff sejam dua mesti nak kena susukan dia ! Maka kena cari tempat tempat yang menyediakan tempat menyusu.. hurmm.. Tak pe la.. anak kan ? Jangan berkira.. Kan kan ? Murah rezeki si Qhaliff ni ..

Zahra ? Huhuh.. Bawak la gi mana pon .. Dia ok jer ! Rileks jer.. Hahahaha.. Takde nak meraung punya laaa.. Tenang je tengok sana sini.. Bila boring , dia tidur jer dalam stroller tu.. huhuh..

Sekarang ni , kalau nak gi mana mana tempat yang memakan masa , aku akan bawak Zahra.. Kalau nak gi tempat kejap kejap.. maka , sesuai Qhaliff ..

Kenapa tak Qhaliff ? Sebab dia asyik nak berlari kooo !! Sekejap je nak duduk atas stroller tu.. pastu , nak turun dan berlari ! Ser…. berpeluh lagi gueee ! Kalau tempat tak ramai orang , ok laa.. Ni kalau ramai ? Adehh.. bahayaaaa…

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI