Dapur Tanpa Sempadan...

Isnin, 20 Oktober 2014

Cerita Cinta Fyna !

 

Menarik ! Pasti akan tertanya tanya , apakah kesudahannya ! Kaannnnn.. hehehee..

Ok.. mengenai video Cerita Cinta Fyna ni , aku terus terang aku suka cara pembikinannya.. Nampak ala ala Hollywood gitu ! Huhuh.. Memang Fyna nampak hidup dan cantik dalam ni ..

Harapnya sambungannya nanti , tidak mengecewakan .. kan ? Er , kat mana nak tonton ? Klik je di SINI..

Pengaruh Youtube !

 

Hurm… Galak sungguh dengan Ultraman ! Siap tengok gaya , belajar dan praktikkan ! Nasib baik ada bola gym kat rumah aku maka itulah mangsanya ..

Adiknya ? Jangan risau.. tak berani lagi nak kacau.. Bapak Ultraman ada dok memandang setiap kali Ultraman Bingo beraksi ! Mak Ultraman kat dapur , dok geleng kepala jer.. Tu belum lagi bertukar pada waktu malam .. Rasanya ketika tu mesti dia UltraBat !

Pening daddy..

Belum lagi part ‘voice’ tab dia dimaksimumkan ! Bila suruh perlahankan , dia kasi silent terus tapi sayangnya untuk 3 saat jer. Pastu dia kuatkan balik ! Menurut kata sungguh …

Hurmm.. Memang nak kena hantar sekolah dah ni… Ketara boring tengok muka daddy dia kat rumah.. Rela lagi dia ulang tayang lagu ultraman dari ajak daddy borak pasal Neelofa ! Hurmm…

Zahra diberi rasa ‘nikmat dunia’ !

 

Rasa jus buah oren .. Manis je pon.. Kalau masam , aku tak bagi dia rasa .. Tu pun sekadar nak tengok respon dia .. Apakah dia akan menolak atau sebaliknya !

Dan ??? Apakah dia menolaknya ?? Hahahahha …. Tengok anak sapa laaa ! Siap tarik tangan mak dia .. nak lagi !! Huhhuhuh… Leh tahannn makcik ni..

Berapa usia Zahra ? Dah nak masuk 6 bulan dah.. Dulu Qhaliff baya gini pon dah mula bagi rasa jus buahan.. Namun susu ibu tetap keutamaan !

Seperkara yang aku perasan… bayi kalau menyusu ibu , mulut diorang bau manis je .. Pipi pon rasa gebu je bila dicium.. kan ? Korang perasan tak ?

Aku pun nak gak la gitu.. Nak mulut bau manis jer .. Pipi pon nak gebuuu je cam pipi baby.. Apakah aku perlu juga menyusu ibu ? Erk.. Gurau jer laaa !!

Dengki Che Ta dapat tajaan hospital ?

 

Gambar Media Hiburan

 

Masa mula aku dengar berita ni , aku tersenyum. Pasti akan meletup punya la isu ni ! Dan tentu sekali Hospital Ampang Puteri akan sengih jer.. Nama hospital tu akan jadi sebutan .. Yer , strategi menjadi !

Dari bagi kat dia , baik bagi orang yang lebih memerlukan ! Kan kan ? Huhu.. Tu kata ‘orang lain ‘ la.. Kata aku berbeza lak .. Kalau pihak hospital nak panggil dia dan bayar dia utk promosikan Hopital Ampang Puteri tu , confirm la makan puluhan ribu kan ? Dari bayar dia , baik taja je dia beranak kat situ.. Lebih kurang gak kan ?

Bagi aku semua ni cumalah strategi pemasaran. Tak lebih dari tu.. Manakala soal ‘baik bagi kat orang lebih memerlukan ‘ , mana tau pihak hospital dah pun laksanakan tanggungjawab sosial mereka pada orang awam.. Kan ? Cuma kita je tak tau.. Kang bagi tau , kata riak.. tak ikhlas.. dan sebagainya ..

Saranan NGO pada pihak Hospital supaya tarik balik tajaan tu.. bagi aku mengarut je la ! Banyak lagi menda boleh NGO amik berat kat Malaysia ni.. Yang nak kalut sangat kat Che Ta ni nape ? Adehh.. Dia nak beranak je pon .. Bukan nak beranak atas katil emas , cadar sutera atau live di tv ! Aisyhh..

Aku bukanlah peminat dia tapi aku tau la konsep ni sebab aku blogger ! Aku pun dapat gak tajaan cam home teater , telefon pintar dan sebagainya.. Nak tak nak , kena la war warkan.. Salah satu dari perjanjian kerjasama !

Kalau korang dapat sponsor camana ? Nak kata tak pe la.. bagi pada yang memerlukan walhal dah tau tu periuk nasi kita … Part amal jariah tu , biarlah kita dan Tuhan je tahu.. Part kerja , kerja betul betul.. Tak yah la dok kalut dengan orang walhal muka sendiri penuh dengan contengan ..

Pengorbanan daddy !

 

Pukul 2 pagi ! Qhaliff masih belajar membuka langkah atau kuda kuda teknik mempertahankan bumi dari ancaman raksasa ! Daddy hanya mampu melihat saja .. Sesekali daddy diserang.. Layankan aja Qhaliff tu sementara belum ada awek. Nanti dah ada awek , daddy pon tak dikisahkan lagi. Terpaksa daddy bukak langkah atau kuda kuda kat ibu Qhaliff lak ! Huhuh.. Awek ??? Jangan mengatal aihhh !!

“ Qhaliff, gi tidur kat ibu.. “ .

Terbantut terus ! Baru nak bagi buah tendangan tanpa bayang .. dah kena halau masuk bilik.. Dan dia pon masuk la ke dalam bilik .. Tak sampai 10 minit , lenaaaa ! Tu pon sebab dapat ‘susu original’.

Dan Zahra ??? Aku terdengar suara dia .. Membebel seorang diri.. Aku masuk ke dalam bilik.. Cerah laaa mata diaa ! Senyum riang nampak aku masuk .. Adeh .. Wife ? Tenaga tinggal 10% ! Dah tak larat nak tahan mata..

Wife bangun , keluar.. tidur kat depan ruang tamu. Ada aircond. Panas kot dalam bilik ? Hurm.. Qhaliff dah selamat.. Aku pun join sama la..

Namun Zahra masih belum nak tidur ! Bising mulut dia.. Akhirnya aku pasang tv dan on youtube ! ABC la jawabnya .. Dan terus dia diam !! Huhuhuh.. Pasang dalam setengah jam , aku tutup.. Tengok jam .. Dah hampir jam 4 pagi !

Aku kejut wife dan mintak dia susukan Zahra. Zahra dah nak tidur ! Aku tau ler camana dia kalau nak tidur .. huhuuh.. Dan memang pon dia terus tidur lepas wife susukan dia..

Jam 10 pagi.. Dua dua masih lena tapi daddy , dah jaga sejak subuh tadi ! Ngantuk tapi apakan daya.. kena jaga Zahra yang tidur dalam buaian..

Aku letak zahra dalam buaian belah pagi. Belah malam , tidur kat tilam jer…ngan mak dia… Hurmmm .. Masing masing masih lenaaa ! Dan aku hanya mampu melihat saja ..

Tak pe la.. demi anak anak .. huhu ..

Qhaliff selamatkan ibu !

 

Zahra , kurang menyusu badan ! Tak tau la perut kecik ke atau control cun .. Adeh..

Maka wife akan pam lebihan susu .. Bukan sikit ! Penuh dah dalam peti ais.. Tak tau la nak buat apa ngan susu tu.. Kang ada jugak susu menjadi keju nanti.. Hurmm ..

Kekadang wife bengkak susu ! Maka penyelamatnya , si Rain ni laa.. Er , Rain merujuk pada Qhaliff yer.. Hahahaha.. Dia la yang akan menyusu siang , malam .. dalam kereta , dalam bilik dan di mana saja ! Selamat ibu ..

image

Dan bestnya juga .. Daddy dah 5 bulan tak beli susu tepung ! Huhuhu.. Qhaliff minum susu ibu dia jer .. Jimat wehh.. jimaaatttt… Alhamdulillah…

Bagus Qhaliff ni walaupun kerap bertukar jadi Ultraman…Huhuh..

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI