Selasa, 21 Oktober 2014

Nak beli rumah banglo melalui blog ?

 

Aku suka blogwalking melalu page KELAB BLOGGER BEN ASHAARI .. Alhamdulillah , ramai je blogger promote entri terbaru mereka di sana .. Macam macam cerita menarik ada ! Suka suka ! Yang mana mengarut , mmg akan dicantas sama sekali ! Dan sesekali akan guna EDISI BLOG.  Apatah lagi , dengan kelajuan internet 4GLTE  dihujung tangan , pantas je buka satu demi satu blog yang menarik untuk di baca !

Pastu ternampak satu blog ni .. aku pon masuk la nak baca .. 5 kali aku berusaha nak baca entrinya namun gagal sama sekali ! Klik CLOSE X ? Dah dik oiiiii !! Bertubi iklan pulak keluar ! Adehh.. Ni nak pasang cita cita nak beli banglo dan Ferari melalui blog ke ?

 

Nak dapatkan duit dari blog , aku alu alukan ! Apatah lagi menulis dengan idea sendiri .. bukan copy paste artikal bulat bulat ..100% tanpa ada bagi apa apa ulasan mengenai artikal tersebut ! Baru seronok orang baca kalau ada ulasan dari blogger tu sendiri ..

Aku dulu pun copy paste artikal gak .. tapi aku pastikan ada ulasan mengenai artikal tu.. bukanlah bulat bulat aku tampal dalam blog ! Hurmm..

Dan mintak la rakan blogger check blog masing masing terutama bila buka melalui mobile.. Ok ke tak ? Janganlah seksa pembaca senyap macam aku ni .. Huhuh.. Kang tak masuk , kata sombong.. Nak masuk , tol sana sini .. baru dapat baca.. Sekalu rupa entri copy paste jer !

Hurm… Nak jadi blogger tu mudah .. Tapi nak bergelar blogger tu payah !

Demi anak anak tercinta !

 

Jam 2 pagi.. Zahra masih tersengih sengih ! Qhaliff , dengan kekuda Ultraman manakala ibunya dah bertukar menjadi raksasa sebab anak anaknya tak nak tidur .. Esok nak bangun awal !! Mau pergi kerja .. Diorang berdua tak pe laaa.. Bangun kul 10 pagi !!

Daddy pun kena bangun awal gak.. huhu

Bangun jer , kena gi restoran mamak.. Cari nasi lemak , buat tambah lemak .. huhu ..

Photo: Wife tak sempat masak. Maka , roti canai dan nasi lemak la jwpannya..

Nasi ok dah tapi disebabkan masih mengantuk .. Nafsu teruja lebih pada bantal dari sambal ikan bilis ni haa ! Syioknyaa dapat sambung tidur ! Kang aku nak tidur, Zahra bangun lak.. huhu …

Esok je laaa… Esok cuti !!

P1 Internet di mana saja aku berada !

 
Sebagai seorang blogger , internet sangat penting untuk aku. Aku memerlukan internet 24 jam , 7 hari seminggu ! Tanpa internet , aku rasa 'semacam'. Ini kerana internet menghubungkan aku dengan keluarga dan rakan rakan di mana mana saja !
 
Antara alternatif yang ada untuk menghubungkan aku dengan internet ialah P1 Connect  yang menawarkan pelbagai pilihan yang menarik pada sesiapa saja yang memerlukan internet tanpa kira masa dan aku pastinya memilih P1 ToGo  yang mudah dibawa ke mana saja.
 
 
 


P1 Intenet mempunyai pelan P1 ToGo Broadband yang menawarkan kadar yuran yang amat berpatutan bagi mereka ingin gunakan internet dimana saja. Walaupun rangkaiannya belum meliputi semua kawasan namun di kawasan kebanyakkan bandar besar dan kecil ada rangkaiannya. Dapatkan khidmat nasihat di pusat jualan sebelum melangganinya.

image

Buat pengetahuan korang ,  P1 Internet ada  3 pakej pelan internet yang ditawarkan iaitu ToGo 39 yang mana yuran bulanannya hanyalah RM29 ( kuota 2GB) , ToGo 69 dengan yuran bulanan sebanyak RM69 ( kuota 5GB+1GB ) dan ToGo 99 dengan yuran bulanan RM99 ( kuota 10GB+4GB ).

Mereka yang berminat nak melanggani P1 ToGo akan diberikan wireless mudah alih yang sangat ringan dan bersize kecil. Ini membuatkan pengguna senang nak membawanya ke sana sini tanpa bersusah payah. Itulah antara kelebihan P1 Internet !

Menariknya , MiFi yang diberikan mampu dijadikan hotspot dan berkongsi sehingga 7 pengguna internet. Tak kira la telefon pintar , laptop , tab dan sebagainya.

 

 
Kecil dan mudah ! Letak dalam poket jer. Pakai di mana mana saja yang ada rangkaian P1 Internet tanpa perlu risau masa guna. Kuota yang diberikan adalah flexible. Pakai je waktu bila nak.. Sama je kelajuannya..
Bagi yang berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai pelan  P1 Internet ini , sila ke P1 ToGo. Sebarang kemusykilan atau pertanyaan , sila kemukakan je di sana.. Mereka akan membantu anda.. Tanya segala-galanya supaya tidak terkeliru di hari depan.
 
 

Akhirnya bercerai juga ..

 

Aku dapat whatsapp dari kenalan aku ..

“ Ben , kami dah bercerai talak satu .. “

Aku tarik nafas dalam dalam dan lepaskan perlahan lahan.. Sayangnya .. anak dah dua .. Besar dah pon. Tak lama lagi nak sekolah dah !

Punca ? Hurm.. Hurm… Payah la nak kata .. Masing masing ada ego sendiri. Yang jadi mangsa anak ! Anak kecik kecik lagi .. nasib baik la ada atuk nenek duduk sekali.. Kalau tak ?? Terabaikah ?

Sepanjang sebulan dua ni , aku dah jumpa beberapa orang begelar ibu tunggal. Dan menariknya , mereka semakin bersemangat dan berjaya membuktikan mereka mampu hidup tanpa ‘suami’ !

Walaubagaimana pun , bagi aku.. berjaya camana pon , perlulah ada orang tersayang disisi. Tak lengkap kehidupan ni kalau tak sepasang ! Hati perlu diisi dengan kasih sayang sesama manusia ..

Percayalah.. akan ada jodoh untuk kita juga nanti.. Segalanya hak Allah.. Berdoa sajalah ..

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI