Khamis, 23 Oktober 2014

Mintak Ben Ashaari tolong review kan produk !

 

“ Kalau saya kasi produk , boleh tak Ben tolong reviewkan ? “.

Tergaru jap kepala aku.. Review percuma atau nak bayar ? Kalau percuma , aku nak makan apa melalui blog ni ? Takkan dia je nak untung ? Kos produk pon berapa je sangat ! Hurmm .. Nak jawab camana eh ?

Kadang kadang ada yang siap cerita keuntungan berganda hasil jualannya pastu nak mintak aku tolong promosikan lagi.. Kemudian , dia tanya harga .. Kita bagi je la harga kita kan ? Terus terkedu dan ingat harga tak semahal itu ! Hurmmm ..

Mahal ke ? Kalau nak letak puluh puluh ringgit , baik aku sendiri je meniaga ! Buat apa susah susah promote orang punya kan ? Ingat mudah ke nak promote barang ni ? Blogger letakkan harga diri , maruahnya setiap kali promote sesuatu produk terutama produk yang kena makan ni ! Apa apa , dia kena dulu ! Pastu bila produk tu tak kena dengan si pembeli , dikatanya blogger tu menipu ! Berbaloikah ???

Bayangkan kalau aku amik dengan harga yang murah .. Er , aku tak amik mahal pun .. segalanya boleh dibincangkan.. Aku ok jer .. Ok , sambung.. Bayangkan kalau aku amik harga murah jer.. Dah tu , blogger lain camana pulak ? Camana diorang nak cari makan ?

Dan kalau aku amik murah , confirm aku terpaksa amik banyak job untuk dapatkan ‘gaji bulanan’ aku kan ? Semua aku sebat ! Pastu , kualiti hancur !! Yelah , bayar murah .. dapatlah kualiti setandingnya .. Hurmm . Nak promote sungguh sungguh , bila dah meletup.. Terus blah macam tu ! Segala janji , dah lupa ! Berbeza sebelum meletup.. kita tolong atas dasar persaudaraan .. Tapi bila dah berjaya ? Huhuh.. Maka sebab tu aku letak harga yang sesuai ! Meletup atau tidak , tu rezeki masing masing ! Takde perlu nak dipertikaikan pastu ..

Dan kalau aku amik murah jer .. baik aku tutup blog , aku cari kerja jer ! Lagi berbaloi !! Ingat mudah ke ngadap komputer hari hari.. Telefon pintar hari hari untuk terus promote  ‘ BEN ASHAARI ‘ ??? Nak muntah ok !!

Kalau nak maju , jangan kedekut ..

Seronok bila manfaatkan Facebook !

 

Aku ternampak status Yasalma di Facebook. Teringat aku masa lepas SPM dulu.Tak tau nak buat apa.. Takde sapa nak tolong guide atau bagi petunjuk apa yang patut aku buat selain tunggu keputusan SPM . Maka masa dibazirkan begitu saja ! Hurmmm .. Oh ya , aku kerja di syarikat unit trust .. KL MUTUAL FUND dan KN Kenangan. Heee..

Sepatutnya aku kena cari ilmu kemahiran supaya berguna di masa hadapan ! Kalau kerja dengan orang , maka aku akan terus bekerja dengan orang .. Hurmm ..

Maka , aku share saja status Yasalma tu ..

image

Hasilnya ? Alhamdulillah.. Tersenyum aku melihat perbualan anak beranak ni .. Penuh toleransi gitu ! Huhu.. Terharu aku ! Sekurangnya aku berjaya manfaatkan Facebook aku ni ..

image

Sekarang ni , aku tengok makin ramai pengguna Facebook mengupload atau berkongsi menda yang tah hapa hapa tah .. Mungkin lucu atau sinis perkongsian mereka tapi bermanfaatkah ?

Hurmm.

Kenapa kita tak boleh suka suka pegang anjing ?

 

Itulah menariknya ISLAM ! Segalanya dah diceritakan dalam Al Quran . Bila Tuhan kata jangan , maka jangan la buat ! Segalanya bersebab !! Bila disuruh buat , maka buatlah .. Pun bersebab !!

Islam bukanlah agama yang kejam seperti mana sesetengah pihak dok fikir gitu. Kalau dikaji Islam dengan cara yang sebenarnya , anda yang berfikiran begitu akan jumpa jawapannya.. betapa Islam ini indah ! Bukan kaji pengikutnya yer ..

Ok.. Kenapa tak boleh suka suka sentuh anjing ni ?? Apakah anjing ini menjijikkan ? Hurm.. Aku sendiri tak pernah anggap anjing ini menjijikan. Aku sendiri suka tengok anjing.. Comel .. Ianya makhluk Allah juga kan .. Cuma ada peraturan yang perlu dipatuhi ..

Kenapa ? Cuba tonton video Why You Shouldn't Simply Touch A Dog dan fahamkan .. Akan jumpalah jawapannya .. Dah tertulis dalam Al-Quran terlebih dahulu dan para saintis mengesahkan !

Pandangan anak-anak tentang masalah penceraian ibu bapa

 

Aku terima satu email baru-baru ini .. Aku kongsikan di sini yer ..

 

Salam Abang Ben Ashaari ,

Saya ada terbaca satu post abang dekat blog pasal “Akhirnya bercerai juga”.Saya terpanggil nak bagi pendapat saya tentang isu ini.Seperti yang kita faham,memang betul ramai pasangan berkahwin mengambil langkah untuk bercerai semenjak kebelakangan ini.

Seperti yang kita dapat lihat,bila ada pasangan yang bercerai je mesti akan ada komen-komen seperti:-

1)Kenapa bercerai?

2)Kenapa ego sangat?

3)Kenapa pentingkan diri sahaja?

4)Tak ingat anak ke?Tak kesian anak ke?

Itu sudut pandangan masyarakat untuk pasangan yang bercerai berai.Tetapi jarang kita dapat lihat pandangan anak-anak tentang masalah penceraian ibu bapa mereka.

Saya dibesarkan oleh ibu saya dimana dia merupakan seorang ibu tunggal.Ibu bapa saya bercerai sewaktu saya berumur 6 tahun.Memang benar saya tidak faham ketika itu.Saya akui jua bukan senang untuk hidup tanpa seorang ayah.Paling susah bila dekat sekolah bila kawan-kawan,cikgu semua tanya mana ayah,kenapa ayah tak duduk sekali.

Waktu bersekolah dulu memang saya akui hidup saya agak tertekan dengan masalah penceraian ibu bapa saya.Waktu tu memang saya anggap ibu bapa saya bercerai kerana tidak suka saya.Saya juga amat membenci diri sendiri dan saya juga membenci pada ibu bapa saya.Tetapi bila saya semakin dewasa,saya cuba melihat penceraian ini dari sudut positif.Saya cuba memahami masalah ibu bapa saya.Ibu bapa saya bercerai kerana tiada persefahaman.Saya lihat dari sudut positif,mungkin mereka terpaksa bercerai kerana ini adalah jalan yang terbaik buat kami sekeluarga.

Saya terima penceraian ibu bapa saya kerana tahu mereka sangat menyayangi saya.Saya tahu mereka inginkan yang terbaik buat saya.Jika mereka masih bersama sekarang ni dan jika mereka masih tidak dapat penyelesaian masalah persefahaman mereka,adakah mereka mampu memberikan kebahagiaan sepenuhnya kepada saya?Adakah mereka mampu untuk menggembirakan saya jika mereka sendiri tidak gembira?

Tidak semua penceraian mendatangkan keburukan kepada anak-anak.Terlalu ramai yang menghakimi pasangan yang bercerai kerana hanya mementingkan diri sendiri sahaja.Mereka tidak lihat dari sudut yang berbeza dan tidak fikir untuk kesan jangka panjang.

Pada pendapat saya,stigma dan diskriminasi masyarakat terhadap kami (anak-anak yang mempunyai ibu bapa yang bercerai) yang menyebabkan kami berasa rendah diri dan merasakan masyarakat membenci kami.Kami dihakimi dengan pandangan budak yang mendatangkan masalah kepada masyarakat.Ini adalah perkara yang benar Abang Ben.

Saya sendiri pernah dibenci oleh ibu bapa kawan-kawan saya kerana ibu bapa saya bercerai.Mereka melarang anak-anak mereka untuk berkawan dengan saya kerana mereka kata saya anak bermasalah dan jahat.Saya dikeji dengan bermacam-macam panggilan hanya kerana ibu bapa saya bercerai.Dan yang paling menyedihkan bila saya dengan bekas kekasih tidak mendapat restu dari ahli keluarga dia kerana saya datang dari keluarga bermasalah hanya kerana ibu bapa saya bercerai.

Penceraian ibu bapa saya lah yang menyebabkan saya semakin kuat untuk berdiri di atas muka bumi ini dan membuktikan pada dunia walaupun saya datang dari keluarga yang berpecah belah,saya juga berjaya seperti anak-anak yang lain.Tidak semua yang datang dari keluarga yang bermasalah juga akan menjadi masyarakat yang bermasalah.

Ini hanyalah cerita dan pendapat saya sahaja.Email ini juga tidak bermaksud untuk menyalahkan mana-mana pihak.

Terima kasih.

Bila Ultraman bertukar jadi Hulk !

 

Pukul 12 tengah malam ! Zahra baru saja nak melelapkan mata tiba tiba Qhaliff yang dah tidur jam 10 malam tu ,terjaga.. Dan terus masuk ke dalam bilik .. tersengih.. Amik telefon mak dia dan..

Hurmmm.. Tak bagi ? Kan situ gak meraung .. Dah bila meraung , semua pakat jagaa la kan ? Dah jaga , maka.. Pukul berapa nak tidur ???

Jam 2 pagi ..

Masih ceria !! Huhuh.. Daddy , dah mula mengantuk ..

Photo

Adehh… Nasib baik laaa pagi semalam dah cover tidur untuk seminggu ! Huhuhuh.. Cover tidur penting woo.. Sebab sakit kepala , stress kalau tak cukup rehat ni.. Hurmmm …

Kalau tak nak tidur je tak pe.. Tapi ni nak suruh dukung dia.. Huhuhh.. Sakit pinggang daddy ni haa ..

Semuanya nak ‘free’ !

 

Dugaan blogger macam aku ni banyak wooo ! Antaranya ? Heheheh.. Antaranya eh ? Hurmmm.. Nak mintak review mereka punya produk tapi menariknya tiada bayaran ! Kiranya bagi produk saja dah mencukupi !!

Hurm… Ingat nak dapatkan followers atau pembaca berkualiti ni mudah ke ? Pembaca berkualiti ??? Eh , ada ke ?? Adaaaaa.. pembaca berkualiti ni bagi aku , mereka setia ikuti setiap penulisan kita tanpa kita sapa kita .. tanpa kira rupa , fizikal sebaliknya mementingkan isi kandungan blog .. Selain dari itu , pembaca berkualiti yang aku kategorikan ini ialah  mereka punya kuasa untuk membeli apa jua produk yang kita reviewkan !

Dah la payah nak menyakinkan pembaca. Nak cerita , kena jujur dan ikhlas lagi.. Perghhhh .. Ingat pembaca ni mudah nak ditipu ??? Hurmmm.. Sekali mereka tahu kita ni menipu , mereka akan terus ‘unfollow’ kita !!

Sebab tu ramai blogger kenakan bayaran bila mintak review sesuatu produk.. Amik contoh review makanan.. Banyak kali dah aku dapat jemputan untuk review makanan di hotel dan restoran besar.. Nama grand.. Gempak ! Tapi sebut je kena bayar , terus diam !!

Haahahaha .. Hampeh laaaa… Ingat bagi makan je dah cukup ??? Blogger bukanlah lembu , kawan ! Kasi makan rumput banyak banyak.. Dah mencukupi .. Bukanlah berkira , kawan .. Tapi bergerak pon kena guna minyak.. Masa lagi ! Hurmmm .. Agak agak la kan ?

Kalau blog berkualiti , mmg patut la dibayar ? Ehh .. Kawan , kalau dah terima jemputan tu , nak panggil apa blog tu ? Saja saja dijemput ? Dari beratus ribu blog dalam Malaysia ni , apasal dia jemput beberapa blog jer ? Panggil blogger lain.. Bukak je jemputan tu kat Kelab Blogger , contohnya ..

“ Sapa berminat nak datang makan free pastu buat kerja , di Restoran 7 bintang kami .. sila tinggalkan email ! “.

Aku pasti akan ramai blogger bagi email mereka ! Tapi bila dah buat macam tu , takde kesan .. jangan kata tak berbaloi guna blogger lak yer ! Nak free , maka ..dapat la free !

Beza antara free dan bayar ? Yang free akan datang ‘free free’ jer la.. Datang makan pastu balik ! Yang berbayar lak , datang dan buat kerja !! Takde la datang sekadar untuk ‘bergembira’ saja ..

Hurm..Kadang kadang , ada jugak la team #kelambbloggerbenashaari ni bagi muka. Gi buat review makanan di tempat tempat ekslusif.. Pastu pihak sana pon berjanji macam macam .. Dan aku saja saja laaa menagih janji.. Hehehe.. Terus diam weh ! Hahahaha … Adehh.. Takde jawapan .. Membisu terus !

Semua ni pengalaman bagi aku la..Baik aku deal dengan usahawan kecil dari company yang besar besar ni .. Nak suruh review tapi kedekut nak bayar ! Aparaaa …

Masa , petrol , idea  .. air liur bukan percuma tau ! Nak update blog lagi ! Dah la nak update secepat mungkin ! Demand la pulak suh letak itu ini.. Tulis elok elok.. Kasi ramai baca dan datang .. Amboi..

Fikir fikir la yer.. Nak win – win tu , biarlah adil dan saksama ! Blogger pon kerja .. Awak pon nak kaya.. Apa masalahnya keluar modal skit untuk nak majukan bisnes awak tu.. Kalau takut , jangan panggil blogger datang review ! Ingat , zaman ni .. setiap orang akan gunakan GOOGLE untuk mencari ulasan atau sesuatu review..

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI