Ahad, 26 Oktober 2014

Berbual santai dengan big boss ‘UPIN IPIN’

 

Rezeki bawak anak anak makan kat Restoran Lala Pan hari ni .. Sewaktu aku dukung Zahra ke sana sini , aku disapa pengurus restoran tu. Kemudian berbual santai dengannya. Aku bagitau aku ni blogger dan mintak kebenaran amik gambar dalam restoran tu untuk review di dalam blog.

Kemudian dia ada bagitau aku , pemilik Les Copaque ada di dalam bersama keluarganya. Terkejut jap aku sebab dia kata nak kenalkan aku dengan mereka. Terus aku gi ke kereta dan amik kad.

Dan satu lagi peluang aku menjual ‘ Ben Ashaari ‘ pada mereka yang berpengaruh terbentang luas di depan mata ..

image

Dan …. bermulalah episod berbual santai dan bertukar pengalaman termasuk mencuri ilmu perniagaan darinya.. Menarik sekali ! Macam macam cerita ada . Hurmm…

Hurm… Dan sekali lagi , persoalan aku yang selama ini bermain di dalam kepala aku terjawab ! Dijawab sendiri oleh ‘orang besarnya’ dan aku bersyukur..

Sememangnya Allah menjadikan aku begini , bersebab ! Dan sesungguhnya , aku perlu perbaiki kelemahan diri .. kelemahan yang sangatlah banyak kekurangannya ! Semoga aku sempat perbaiki sebelum aku dijemput pulang ..

Restoran Lala Pan , Ayer @ 8 Putrajaya

 

Hari ni , aku sekeluarga makan pagi + tengahari  + petang di Ayer @8 , Putrajaya. Restoran pilihan kali ni ialah Lala Pan. Aku tertarik nak makan kat sini sejak semalam.. Masakan kampung gitu..

Apa tu Lala Pan ?

Apa menu dia ? Antaranya ialah … Er , aku order masak lemak cili padi.. Nak gak tau camana rasanya kan ?

Hurmm.. Mahal ke murah ? Heheheh.. Air lak camana ? Apa yang menarik ?

Hurm.. Suasana tenang.. Tak ramai lagi orang tau tempat ni .. Masih baru.. Tapi menurut ‘orang besar’ restoran ni , waktu pejabat memang penuh ! Haaa.. meriah gitu..

Bagus laa kan ? Settle makan , aku ada urusan sedikit sebelum balik. Aku mintak wife tolong settlekan bil … Sampai rumah , aku mintak bil.. hehehe .. Tengok bil .. Standard Putrajaya. Macam kat Paris dah ni …

Mahal eh ? Nak murah , masak sendiri ! Hahahaha.. Sesekali .. Er , sesekali kah ? Semalam ? Huhuh.. Sehari sekali la ni ??? Masyukkkkk .. hahahaha ..

‘The Walking Dead ‘ Season 5 semakin kejam !

 

Hehehe.. Antara siri yang aku gemar dari dulu.. Selain Walking Dead , aku layan The Arrows , Supernatural dan Grims .. Lain lain , malas nak follow..

Musim 5 punya The Walking Dead , bermula dengan sangat best ! Perghhh.. Memang sangat menarik kali ni. Tak macam dulu punya ! Adeh.. Baru nak ‘best’ , dah bersambung ! Pergh.. memang sakit hati !

Musim 5 , episod 1 , 2 dan hari ni akan keluar 3 memang mendebarkan ! Dah muncul watak kanibal iaitu manusia makan manusia !! Bukan zombie yer tapi manusia yang tiada bekalan makanan mula makan manusia yang lain ! Hurmm..

Manusia makan manusia.. Hurm.. aku tak hairan dah pun.. Zaman ni , mmg ramai dah manusia makan manusia yang lain ! Tak kira kawan , saudara atau jiran tetangga.. Makan tetap makan ! Asal perut senantiasa terisi .. Hurmm..

Ruginya aku ..

 

Awal aku keluar rumah ari ni.. Lama dah tak keluar seawal gini.. Hurm.. Destinasi , Stesen ERL Putrajaya. Nak gi amik adik ipar aku yang baru sampai dari Kelantan.

Dalam perjalanan , aku bukak tingkap kereta. Nak hirup udara segar.. Tak sampai 5 minit , aku tutup balik.. Hurm… Udara tercemar ! Haihhh…

Kemudian aku terkhayalkan Qhaliff.. Gelagat dia meniru Ultraman membuatkan aku tertawa sendirian. Hurm.. Sesalan datang selepas itu .. Haihh .

Kenapa ? Aku lebih banyak abiskan masa dengan mengadap laptop dan handphone berbanding dia sekarang ni ! Ni semua gara gara nak dapatkan duit lebih… Hurm.. aku tak boleh salahkan keadaan ! Aku yang sepatutnya mengawal keadaan dan bukan biarkan keadaan mengawal aku ..

Aku berdoa agar dapat pulang dengan selamat nanti.. Dan bernekad ,  keluarga aku adalah keutamaan aku ! Handphone ? Aku akan jarang jarang tengok ..

Persoalannya , mampukah ??? Yer , aku kena mampu agar tidak sesal belakang hari ! Andai mereka tiada lagi disisi , apakah handphone akan membahagiakan aku ? Hurm…

Mesti wife aku suka bila aku berfikiran gini.. Mesti dia ingat aku nak kensel beli Sony Z3 ! Hehehehe.. Yelah , mmg kensel ! Simpan duit wat nikah lagi bagus.. kan ?

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI