Dapur Tanpa Sempadan...

Isnin, 27 Oktober 2014

Bila nyaris kehilangan kereta !

 

Gi Alamanda malam ni… Nak cari sedikit barang untuk Qhaliff.. Makanan di kala dia boring.. hehehe.. Sian dia.. asyik bukak peti ais .. Sampaikan belacan pon di sangka coklat ! Huhuh.. Sah anak aku .. Aku pernah gak bedal belacan gara gara kebuluran walaupun makan banyak dah !

Sampai tempat letak kereta , aku turun dulu. Gi amik stroller untuk Zahra. Kemudian pakaikan Qhaliff kasut. Pastu aku nak tolak Zahra , wife suruh amik beg sandang.. Aku pun gi la amik dan pakai terus beg tu..

Pastu masing masing bergerak masuk ke dalam mall. Dalam tu , sibuk la memasing pilih barang keperluan.. Amik apa saja !! Huhuhuh… Yang pasti bukan Alamanda yang bayar !

Settle beli barang , tapau makanan Qhaliff. Aku disuruh kembali ke kereta bersama barangan yang dibeli. Aku check seluar aku.. cari kunci ! Takde !!

Aku syak aku tak kunci kereta.. Terus aku kembali ke kereta dengan harapan kereta selamat ! Huhuhu.. Dan sampai je ke kereta , aku try bukak pintu.. Ternyata tak berkunci..  Dah la banyak barang beharga seperti spek itam aku.. er , spek itam aku dan spek itam aku.. huhuhuhu…

Polis berjanji jalankan siasatan.. hummm.

Hurmmmmmm….

Tak berminat melancong luar negara !

 

Terpandang cenderahati yang aku beli dari Paris… Terasa rindu di dalam hati ! Hehehe.. Sekarang aku dah tau camana rasanya bila orang kata rindu kat Paris.. Huhuh…

Hurmmm… Dulu aku tak pasang langsung cita cita nak pusing Eropah. Aku lebih suka nak pusing Malaysia dulu baru plan nak ke luar dari Malaysia.. Sekarang ? Hehehe.. Kalau boleehhhh.. esok jugak aku nak gi !

Di Paris ari tu , pertama kali aku pijakkan kaki aku di negara orang , baru aku faham kenapa ramai rakan rakan boleh kata begitu.. Rindu nak gi melancong luar negara ! Antara faktornya ialah merasai sendiri perbezaan budaya negara orang dan negara sendiri . Secara tidak langsung , kita akan lebih sayangkan negara kita sendiri..

Walaupun terasa banyak perbezaan , namun bila berada di luar negara .. kita lebih rasa rileks ! Bolehlah merehatkan kepala otak jap terutama yang semak dengan kerja kerja yang menimbun di pejabat tu .. Maka , sesekali silalah gi bercuti luar negara.. Dalam negara , bila bila je boleh .. kan ?

Seperkara yang aku sesalkan .. kan best simpan duit masa muda muda dulu pastu pusing dunia ! Sayangnya duit abis dok belanja awek jer.. Huhuhu.. Eh , Acah jer .. lalala …..

Serius .. simpan duit masa muda ! Kalau nak gi melancong dengan isteri , gi la masa muda muda .. atau masa berdua .. seronok jalan sana sini … Nanti dah ada anak , leh gi lagi.. kan ? Seronoknya pasti berbeza..

Blog pilihan BEN ASHAARI !

 

Heee.. lama aku tak wat entri gini.. Ari ni aku nak perkenalkan seorang blogger yang juga pegawai tentera di TLDM ! Respek sebab dalam berpangkat pon masih sudi nak bergelar blogger ! Ramai yang berpangkat ni anggap blogger ni satu kerjaya yang bertujuan nak menyebarkan fitnah semata mata atau nak dapatkan populariti !

Hurmm ..

Ok.. Maka dengan ini, aku nak perkenalkan KISAH SI PONDOK KECIL yang dimiliki oleh Puan Salina Johari . Beliau juga seorang ibu kepada 3 orang anak yang comel comel belaka .. heee.. Alhamdulillah…

image

Sapa kata blog ni hanya untuk mereka yang banyak masa ? Sapa sapa boleh jadi penulis blog asalkan ada minat dan kemahuan.. kan ? Dari buang masa layan page page di Facebook yg membuang masa tak tentu hala , baik buat blog.. karanglah segala apa yang dirasa di situ.. Luahkan ! Mana tau , ianya berguna untuk rakan rakan pembaca , kan ?

Huawei Honor 6 atau Sony Xperia Z3 ?

 

Mana aci ! Sony Xperia kelas lain.. Honor 6 kelas lain !!! Haishhh.. Perbandingan yang tak betul ni .. kan ? Hehehehe.. kan kan ? Hurmm.. Aku tauuu .. rileks ..

Terus terang promosi yang dasyat giler di Facebook membuatkan ramai tergoda dan terpengaruh untuk membeli Honor 6. Aku salah seorang dari mereka ! Nasib baik la duit perlu digunakan ke arah yang lebih penting .. Kalau tak ???

Tapi aku lom tentu akan membelinya kalau ada duit lebih ! Kalau ada duit lebih laa.. hehehehe .. Kenapa ?

Huawei Honor 6

Tak dinafikan ada banyak kelebihan Honor 6 berbanding telefon pintar dalam kelasnya tetapi bagi aku yang memerlukan sesuatu yang ‘pantas’ dan ‘berkualiti’ pastinya telefon ni bukan plihan aku..

Aku belum pegang dan  try lagi telefon ni tetapi dari beberapa video review yang aku tonton di Youtube , aku dapati kualiti kameranya tidak mencapai tahap yang aku inginkan !

Kalau untuk kaki game , sesuai la Honor 6 ni.. Tapi untuk aku yang bukan kaki game ni , aku memilih Sony Xperia Z3. Antara sebab lain , boleh masuk air la kan .. hehehe.. Kualiti gambar low light juga memainkan peranan penting memandangkan aku dah malas nak usung kamera dslr ke hulu ke hilir .. Hurmm ..

A premium smartphone

Alang alang nak memakai.. baik simpan duit dan beli sesuatu yang benar benar puashati ! Pastu , tunggu 2-3 tahun lak baru beli baru.. kan ? Heeee..

Bila dua boss bergaduh !

 

Hurmmmm… Bos kecik ni ! Bos besar , dah mula jeles !! Sering bergaduh kat belakang , berebutkan mak dia .. Adehhh .. Daddy yang kat depan , sakit kepala ! Huhuhuh…

Sapa menang ? Abang atau adik , bila daddy masuk campur ? Sapa yang daddy lebih kan ???? Hurmmm..

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI