Selasa, 28 Oktober 2014

Kereta ku dipecah masuk ?

 

Ahaa.. Aku ingat cerita aku tu dah tamat tapi rupanya tergantung ! Seingat aku , aku terberenti sebab mata tak boleh nak bukak dah semalam. Aku terus tekan noktah dan publish ! Apa yang berlaku selepas tu aku tak sedar.. Aku kembali terjaga dari tidur selepas Qhaliff tunjukkan Sony Xperia Z2 aku yang dah tercabut cover !

“ Daddy.. oshakkk… ( rosak ) “.

Arghhhhhhhhhhhhhhhhhh !! Terus terbeliak mata aku ! Mana tak rosaknya.. dia yang cabut ! Adehh.. Qhaliff ni kalau tau kat mana dia boleh kerjakan sesuatu barang tu, dia akan kerjakan hingga dia puashati ! Setakat ni , banyak dah dia berjaya kerjakan.. Antaranya cover tab , earphone samsung aku .. dah hilang getah dia ! Dan beberapa barang lagi yang aku tak nak ingat kenangan terindah bersamanya.

Oh ya.. pasal kereta aku tu.. Erh , cerita awalnya di entri Bila nyaris kehilangan kereta ! ni. Hurmm.. Sambung eh ? Aku kembali ke kereta dengan harapan takda apa yang berlaku pada kereta aku tu.. Tak larat nak keluar duit dah untuk perbaiki.. Hurmm..

Sesampainya di situ bersama Qhaliff.. wife ada kat Kenny Rogers. Menapau makanan untuk Qhalff.. Hurmm.. Ok , sambung.. sampai je situ , aku terus check pintu belakang.. Boleh dibukak ! Hurmmm..

Nampaknya , kereta tak dikunci . Aku check kat pintu driver.. kunci masih berada di tempat asalnya ! Tak berganjak pun.. Haihh.. Ini bermakna , aku tak amik kunci dan kunci kereta pon ! Hurmmm.. Ni juga bermakna kecuaian kali kedua .. Kali pertama , aku hilang terus beg sandang yang berisi laptop dan kamera aku .. Huhuh..

Nasib baik tak hilang apa apa kali ni.. Masih ada rezeki kami .. Alhamdulillah.. Salah sapa ? Sapa sapa tak penting .. lain kali dua dua kena beringat !

Cara download movie di telefon pintar semudah ABC !

 
 
Wow !!! Sangatlah mudah dan pantas apatah lagi bila telefon pintar terpampang LTE di bahagian rangkaian tu !! Menderu terus aku pilih movie terkini dan juga siri !
Tak perlu nak unzip dan tukar format dah bila guna perisian ni ! Kasi download dan pakai jer terus .. Zasssss..semudah ABC !
Tak payah dah beli kt kedai.. Jimat wehhh..  Hehehehe.. Lepas tgk , delete .. Lalalalala... Rasa nak tgk lagi , download balik ! Perghhh..gila kaya aku dgn 'kuota' internet ni ! Hahahaa..
Bayangkan kat umah ada UNIPAH atau seadik beradik dgnnya.. Mesti hardisk penuh dgn mcm mcm cerita , kan ?

Tolong fahamkan aku !

 
 
image
Apasal budak kalau budak 'sedang' berak , tak kasi kita gi kat dia ?? Bersungguh sungguh menghalang aku hampiri dia..
Hurm..jangankan nak gi dekat ..tgk pon tak kasi !! Hurmmm..

Subsidi Minyak Ikut Pendapatan Individu ?

 

Hurmmmm … Gaji wife aku .. Gaji aku … Hurmm.. Camana nak kira ? Aku tak bergaji ni ..Hurmm.. Dah tu , yang menteri menteri ni .. org org kaya yang guna driver ni , isi minyak camana ? Kalau kena bagi Mykad ..detect , sah sah driver gaji kecik kan ? Eh , dasat mekanisma kalau berjaya dibuat ni …

image

Kelemahan ada . keuntungan pon ada.. Tapi harapnya , janganlah sasar pada rakyat jelata tertentu jer.. Camana pon nanti akan ada ‘ketidaktelusan’ akan berlaku ! Macam BRIM gak laa.. Tau tau , yang tak layak pon datang amik gak ! Hurmmm..

Aku , yang tak bekerja ni pon tak layak amik sebab gaji wife.. Acaner tu ?? Walhal gaji dia , tolak pi tolak mai .. tinggal habuk ! Nampak je besar tapi ??? Zaman ni wehhhh… RM100 serupa RM10 jer !

Batook Ori untuk Qhaliff dan Zahra

 

Hurm…bagus minyak ni.. Aku sendiri pakai bila kaki lenguh atau perut kembung.. Qhaliff dan Zahra , memang je selalu pakai selepas mandi atau kalau tak boleh tidur malam ..

Aku ada syorkan pada rakan rakan blogger aku. Awalnya agak payah gak la untuk terima memandangkan dah biasa dengan minyak yuyi tapi selepas aku suruh mereka try sebotol , mereka beli berbotol botol hingga stok aku sendiri pon abis !

Hurm.. aku tak jual minyak ni ! Kalau nak beli , boleh je rujuk page Batook Ori ni .. Ada ramai agen kat situ dan kalau rasa nak jadi agen pon boleh je.. Boleh tambah pendapatan.. InshaAllah laku terutama bila ada anak kecil ..

Nak beli ? Atau tengok sendiri apa khasiat minyak ni ? Sila ke page Batook Ori ni yer..

Gunakan Waze di kala hujan !

 

Sekarang musim hujan.. Aku akan pasang Waze untuk keselamatan. Mengesan kesesakan lalu lintas dan juga kenderaan yang rosak di tepi tepi jalan ! Sememangnya berguna sangat walaupun ada yang sesat atau salah jalan bila guna Waze ni… Heheehe..

Dan aku nasihatkan wife buat begitu juga setiap kali balik dari kerja.. Apa guna handphone canggih manggih kan ? Huhu.. On jer.. Leh nampak keadaan atau bentuk jalan raya bila memandu di kawasan yang tak dikenalpasti.. kan ?

Dan paling ok , leh kesan polis yang menyorok .. hehehe.. Ada dah aku terselamat.. hehehehe ..

Superbike punya cerita !

 

Terbaca kenyataan diatas , teringat aku semalam sewaktu memandu pulang dari Cheras ke Putrajaya. Hurmmm… Berbijik bijik bikers potong kenderaan aku tanpa bagi signal pun.. Dari lorong tengah terus masuk depan aku ! Aku yang memandu ikut had laju , tertanya tanya .. berapa kelajuan mereka pulak ? Bayangkan dengan kelajuan gitu , tiba tiba ada kereta yang berada di lorong tengah , tayar meletop ! Hurmmm …

Bila memandu atas jalan raya ni , kita kena bukak mata ! Kena banyak buat ‘andaian’ untuk bersedia sebarang kemungkinan. Terutamanya pada penunggang motorsikal .. tak kira berkuasa besar atau kecil. Yang kecil ni , selalu duduk belah lorong kiri sekali. Yang besar ni , payah nak jangka.. memang tak perasan kehadiran mereka.. Tetiba je muncul .. Ikut had lajukah ??

Jalan raya ni bukan milik kita.. semua orang bayar cukai dan tol.. Maka sebaiknya , kita sama sama berkongsi guna dengan berhemah. Aku hormati kau , kau hormati aku.. Memandu dengan mengikut peraturan , mampu mengelakkan kecelakaan !

Oh yaa… yang ada lampu kuning kat kenderaan mereka tu.. tak kira kereta atau motor , pakai laaaaa !! Byk kemalangan berlaku gara gara kecuaian ni.. Malas betul nak bagi signal ! Walhal kat hujung jari dah tuuu.. Haishh…

Sudah jadi tabiat ?

 

Hurmm.. setiap malam begini ! Selagi aku tak tidur , dia pon tak tidur .. Tapi bila aku nak tidur , dia pulak kejutkan aku .. tak kasi aku tidur ! Yang lain dah tidur !

Bila dia dah tidur , aku pulak tak boleh tidur ! Bila aku nak tidur , wife aku pulak kejut dari tidur !

“ Bang .. bangun subuh ! “.

Apa cite ??? Hurmm..

Header Baru Kelab Blogger Ben Ashaari !

 

Banner KBBA-7 copy

Semakin nampak lebih ‘tersusun’ sejak dua menjak ni.. hehehe .. Kan ? Hurm.. bukan mudah sebenarnya nak ‘kemaskini’kan kelab yang ramai sayangi ni.. Hehehehe.. Alhamdulillah , sejak kemasukkan Ruby (www.ruby.my) ke Kelab Blogger Ben Ashaari ni , telah membawa perubahan mendadak ! Dari sebuah kelab blogger yang kecil , suka suka , akhirnya akan tertubuh secara rasminya .. nanti  ! Sikit jam je lagi yer …

Alhamdulillah.. orang orang kuat Kelab Blogger Ben Ashaari juga telah memberi komitmen memastikan segala usaha menjadikan impian ini satu kenyataan tidak lama lagi.

Kemasukkan penaja rasmi COSMODERM ke dalam kelab ini , telah berjaya menyuntik semangat rakan rakan blogger untuk terus bersemangat menaikkan nama kelab ini..

Banner terbaru yang dinaikkan di group fb ni , direka sendiri oleh blogger Najeeb Abdullah..  Jutaan terima kasih atas rekabentuk yang amat menarik ini ! 

Semoga KELAB BLOGGER BEN ASHAARI ini akan terus sukses !

web rasmi : www.kelabbloggerbenashaari

Instagram : www.instagram.com/kelabbloggerbenashaari

Group FB : https://www.facebook.com/groups/KELABBLOGGERBA

Pembersih muka untuk lelaki !

 

Yearghhh… macam macam aku guna dah ! Ada yang buat aku lagi stress ! Kenapa ? Melekit selepas pakai ! Hurmm.. Ada yang buat pedih muka .. Hurmmm ..

Akhirnya , aku cuba yang ini ..

Terasa kesegarannya selepas memakainya ! Muka aku jenis berminyak.. risau gak pada awalnya. Hurmm.. Cuba je la.. Nasib baik ok !

Ada kawan tanya.. kalau muka berjerawat , pakai ni boleh hilang ke ? Hurmm… Aku tak berani nak kata confirm tapi boleh cuba la.. Setakat ni takde la pulak muka aku naik berjerawat bila pakai pencuci muka ni .. Alhamdulillah.. 

Er , stok abis dah.. Ada kawan kata gi je beli Guardian.. Hehehe.. Baiklah ! Akan aku cari di situ nanti !! Hee …

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI