Khamis, 30 Oktober 2014

Video dera bayi di Facebook

 

Tengok video yang baby dipaksa makan oleh pengasuhnya di Facebook ? Apa perasaan korang ? Video mana ? Yang bawah ni.. Tekan la ‘play’ untuk tonton ! Huhuh.. Tak leh kan ? Memang tak leh.. sebab bukan video.

Tapi kalau korang tengok , aku rasa pasti akan ada yang nak gi cari kayu beluti pastu.. gi cari perempuan ni !! Geram kan ? Geram giler aiiihhhh !! Suka suka buat gini kat anak orang ! Kalau anak sendiri tu , tak de sapa nak marah..

image

Hurmmm… Antara sebab utama aku berenti kerja , sebab sebab beginilah ! Tak sanggup aku serah kat orang pastu orang bola bolakan aja anak aku tu !!

Bukan satu dua kes.. Banyak giler ! Ada yang lepas dari tindakan .. sebab ? Banyak sebab … Maka , fikirkanlah sebelum serah anak kesayangan kepada orang yang baru kenal semalam !

Normalkah ?? Perlukah aku mengamuk !

 

Semalam , aku tengok gambar ni kat Facebook.. Tersengih.. Pergh , kalau kena kat aku.. tak tau laaaa camana aku punya muka !! Huhuhuh.. Nasib baik Qhaliff tak gitu ..

Dan tadi ..

Hasil kreativiti Qhaliff !

Persiakan masa ?

 

Hurm.. Jam 4 pagi ! Aku masih tak dapat tidur. Yang lain , jam 12 tengah malam dah lena termasuk Qhaliff yang selama ni suka tidur lewat. Tapi malam ni dia tidur awal sebab terlalu penat seharian bermain.

Tiba-tiba teringat , Qhaliff.. Dia sering ajak aku bermain bola dalam rumah. Hurm.. saat tu aku dok ngadap laptop. Aku mmg tinggalkan laptop dan bermain dengan dia sekejap. Tapi terpaksa berhenti bermain sebab dia terlalu suka hingga ganggu adik dia yang sedang tidur. Kesian dia .. Hurmmm.. kesian sungguh..

Hurm.. serba salah sering menjelma dalam diri ! Bukan mudah tugas aku. Mencari duit dan pada masa sama menjaga anak ! Kadang kadang rasa bersalah di kala Qhaliff ajak bermain dan aku terpaksa siapkan kerja ..tak kira siang dan malam ! Hurmm.. sedih !

Kalaulah aku boleh tutup laptop ni dan layan dia setiap hari … Tak perlu sibuk cari duit dan tumpukan perhatian pada dia dan Zahra ! Tapi tak boleh.. Keadaan kehidupan di negara kita makin mencabar ! Setiap langkah memerlukan duit ! Takde yang percuma dah sekarang ni ..

Bayangkan tak lama lagi dia akan masuk taska.. Mesti kena hantar dia untuk dapatkan pengalaman sebelum berada di sekolah rendah ! Dia perlu bergaul dengan rakan rakan lain untuk elakkan dia ketinggalan ..

Sekarang aku rasa apa yang bapak aku rasa ..hurmm .. Siang dia bawak bas sekolah.. malam dia bawak teksi ! Alasan dia ,  “ Kalau aku tak buat cam ni .. camna hampa semua nak sekolah ?  “.

Pengenalan Rakan Blogger Pilihan

 

Rasanya aku cuba la buat sehari sekali entri berkaitan dengan rakan rakan blogger samada baru atau lama yang ikhlas atau berminat nak ‘berada’ di dalam blog aku ni.. Dulu rajin buat tapi lepas Zahra muncul , aku payah skit nak tumpu pada segmen pengenalan rakan blogger ni ..

Camana aku pilih blog ? Aku up status di Kelab Blogger Ben Ashaari terlebih dahulu beserta beberapa syarat yang wajib ikut ! Hehehehe.. Ada yang tak perasan syarat tu .. Kemudian , alasan yang menarik dan unik membuatkan aku tertarik pada si blogger tu untuk aku klik link entrinya.. Heee..

Aku nak satu blog jer untuk aku review tapi aku tertarik pada 5 ni.. Ok , sebenarnya semua yang hantar link tu best best belaka tapi buat masa ni , aku nak usha 5 blog ni dulu .. Yang lain tu , inshaAllah lain kali.. Jangan putus asa .. Sebenarnya setiap kali anda antar link , anda secara automatik dah promote blog anda pada rakan yang lain.. kan ? Haa.. Jadi , rajin rajin laa ngorat blogger lain..

5 blog tu ialah :

Aku tak nak review bagusnya entri dia … cantiknya template dia.. ringannya blog dia atau sebagainya.. Aku akan tumpu pada cerita dia  ! Dan semua menarik ! Maka mana satu pilihan aku kali ini ?

Ok.. disebabkan mood aku masih di Paris , maka aku teruja dengan entri entri travel di Eropah ! Huhuh.. Aku jatuh cinta dengan Eropah kah ??? Huhuh.. Bukan sebab hujan emas tapi sebab .. Heheheh.. Sapa pernah gi , tau la kenapa dan mengapa !

Blog beliau , bagi aku santai .. Mudah dihadam ! Jalan cerita serta gambar membuatkan aku bertambah teruja nak simpan duit pastu gi sana tapi sebab GST tahun depan , aku kembali memikirkan perancangan aku tu.. huhu ..

Ok .. Blog mana aku maksudkan tu ? Hurm.. korang rasa blog mana ? Hehehe.. Ada 5 blog.. korang teka la sendiri yer..  Oh ya , kalau boleh .. side bar tu jangan la panjang sangat ke bawah.. Kasi seimbang kiri dan kanan… baru comey.. Pendapat aku laa..

Kalau blogger macam aku dikenakan GST !

 

Pendapatan sebulan aku berapa ??? Ada tak nampak aku tayang duit atau pendapatan aku  kat blog atau Facebook ? Takde kan ?? Jadi aku tak la masyukkkkk !

Namun begitu ,  Alhamdulillah .. Aku berjaya langsaikan hutang piutang aku setiap bulan dengan hasil dari blog ! Hurm.. Masih boleh bernafas la jugak pastu ..

Tapi kalau lepas ni blogger macam aku ni pon nak dikenakan GST , nampak gayanya terpaksa la aku pikirkan perancangan lain untuk mencari rezeki.. Yelah , nak dapatkan RM1 dari blog bukanlah semudah ABC ! Tau tau nak kena GST lak.. Dah tetiba macam cukai yg dipungut dek orang orang penghulu di zaman filem P.Ramlee.. Padahal sekarang ni pon apa saja yang aku buat , dalam tu dah terpampang cukai sana sini ! Kalau sampai pendapatan tak seberapa ni pon nak dikenakan GST , rasanya .. hurmm..

Yelah , aku tau laa … Niat kerajaan bagussss ! Nak setarafkan semuaaaa ! Tapi apakah benar benar setaraf ??? Hurmmm… Setaraf ke ? Sekarang ni pon , kalau gi beli barang dapur ..bawak RM100 dapat apa la sangat ! Takkan nak suruh gi cari kedai 1 Malaysia kot ? Nak gi naik apa ? Basikal ? Nak kena guna kereta gak kan ? Pi mai pi mai tang tu gakkk !

Print screen yg aku dapat dari group Whatsapp ni buat aku pun kembali berfikir .. Kalaulah GST yang dikenakan pada blogger ni membuatkan aku rasa tak berbaloi berblog , maka aku pon akan tutup blog dan … hurmm .. Cari kerja ? Hahahhaa.. Sama je kan ? Tetap kena bayar GST !

Tertanya gak la aku ni .. Aku ni hidup mmg untuk tolong bayar hutang kerajaan yang mana tak patut ada langsung hutang piutang tu !

Aku harap pasni  , dengan adanya GST ni segala insfrastruktur dapat diperbaiki seperti internet percuma di mana mana saja .. masuk  tandas percuma dan pastikan bersih sebab rakyat bayar GST setiap saat ,  tol dihapuskan sebab GST dah boleh cover .. Apa lagi eh.. Haaa… Hutang PTPTN takde bunga .. berapa pinjam , bayar yang tu jer ! Janji bayar kan ? Yelah , GST ni tak kira umur dah kena bayar.. Beli puting botol pon mesti ada GST kan ?

Hurmm… Apakah aku tak faham tujuan GST atau ? Hehehehe.. Sendiri mau ingat laaa .. Apa pilihan kita ? Kita memilih untuk bersuara dalam hati je kan ? Atau jadi keyboard warrior ? Huhuhu.. Tu je kita mampu selain berdoa pada Allah ..

Entah laaa.. Apa laaa nasib anak cucu aku nanti ! Sekarang ni pon duit syiling dah tak berbunyi.. entah zaman mereka , duit syiling pon entahkan wujud , entah kan tidak ? Segalan guna sekeping kad .. Situlah tunai , situlah hutang ! Huhuhuh…

Si cilik yang makin cilik !

 

Huhuh.. Bangun awal ! Pastu .. pastu.. dia mula tak tau nak buat apa ! Nak ke dapur , masih belum mampu ! Nak pasang tv , takde cerita best nak layan. Nak cari teman berbual , semua pakat bizi ! Dah tu nak buat apa ???

Apa lagi.. dia guling , guling , guling.. tetiba sampai sebelah abang dia yang dok asyik tidur ! Apakah tujuannya ??? Huhuhu.. Tak padan tak reti cakap lagi tapiiiii dah nampak nakal dia …

Dan jari jemari dia mula mengapai rambut abang dia yang panjang tu.. Er , semalam panjang laa.. Sekarang ni ? Eh , biarlah rahsia.. kata botak dah kan ? Hahahaha .. Jangan marah aaa..

Budak cilik yang berkaca mata tu.. eh , silap.. sebelah dia.. hehehe.. Berusaha sakat abang dia untuk sama sama bangun awal dan mengacau daddy lak ! Huhuhu… Adehh..

Kesannya ? Daddy awal pagi dah mengurut dada !! Menahan geram kat si kecik ni .. huhuu .. Nanti dah pandai cakap .. tak tau laaa camana aku hadapi dua dua ni .. Aku nampak gaya , aku tua sebelum usia ni.. huhu ..

Alhamdulillah.. aku tetap seronok walaupun geram kat dua dua ni .. Nak jeeee gigit pipi masing masing !

Blogger paling pemalu di dunia !

 

“ Bang .. ni la blogger terkenal  ! “.

Masa tu wife bangga giler la bila nampak blogger ni tinggalkan komen di blog aku. Aku tergaru kepala .. Takkan la sampai tahap gini punya ‘ kagum ‘ bila ada blogger terkenal mai komen.. Blogger je pon !

Hari demi hari demi hari .. aku berblog dan makin ramai kenalan di kalangan blogger… semakin seronok nak berblogging. Dan blogger yang terkenal di pelusuk dunia itu , sudah pun jadi sahabat di dunia maya ini..

Dari dunia maya , akhirnya bertemu empat mata ! Wowwww .. Hahaha.. Teruja uuuuu !! Maklumlah , nak jumpa blogger paling susah nak dijumpai spesisnya ini.. Spesis pemalu ! Nak nampak rambut pon payah ! Nampak jari tangan je selalu .. Haaa..

Dan bertemu juga di rumahnya ! Bersaksikan keluarga aku , blogger tersebut mmglah amat pemalu orangnya ! Wife sendiri pon akui yang beliau sangatlah pemalu.

Kenapa aku kata gitu ? Sebab bila borak , dia asyik pandang ke lantai sambil jari jemarinya mengentel kain alas meja ! Haaa kauuuu ! Tak caya ??? G la beraya rumah dia tahun depan ! Confirm abis alas meja dia buat gubahan punya ! Malu punya pasal !

Tapi dalam dalam malu tu , tetamu yang hadir akan pulang dengan puashati ! Tu yang bagusnya blogger pujaan gadis seantero dunia ni… Single lagi ! Ramai mak mak dara berkenan.. Dia tak nak kawin lagi katanya .. Nak simpan teruna tu elok elok.. Sampai masa , jumpa anak dara yang berjaya membuka hatinya , maka teruna itu pasti miliknyaa.. Auuwwww…

Aku tau , korang tau sapa yang aku maksudkan kan ?  Tapiii pernahkan korang melihat gambar dia bersama aku ? Ahaa.. masa tu dia bergambar dengan aku.. mata dia tak tau nak pandang mana ! Malu gituuuuu .. Maklumlah , bergambar dengan jejaka kacak .. kan ? Hahahaha ..

Ok ok.. nak tengok gambar dia ? Aku tak pernah dedahkan gambar ni pada mana mana rancangan tv gossip atau majalah mangga asam boi sekali pun ! Haaaa.. Jadi untuk kali ni , aku uppppp gambar dia .. Khas untuk korang yang sibuk sangat nak tau ! Haaa.. Jom tengok gambar dia sebelum dia delete !! Klik SINI ..

Tengok dah ? Kan aku kata dia pemalu.. Tak cayaaa ..

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI