Dapur Tanpa Sempadan...

Jumaat, 31 Oktober 2014

Dilema seorang ibu…

 

Dua dua nak menyusu ! Dan nak tidur atas pangkuan mak dia .. Sapakah yang layak ???

Dan daddy terpaksa masuk campur ! Hurmm..

Sesudu dua madu tualang setiap pagi !

 

 

Hehehe.. Malam detox , siang layan madu ! Sejak dua menjak ni , gitulah aku ! Nak mengembalikan keremajaan gituuuu ! Hehehehe.. Ok pe la kannn.

Apa rasa dia ? Leh tahan sedap ! Tak la rasa cam .. er , nak termuntah ke … Dulu ada ! Aku rasa masa aku beli tu , jenis madu campuran. Kena tipu aku haaa…

Yang ni ? Hurmm.. yang ni boleh gi tengok sendiri di facebook mereka .. Mereka kata original… ehehe.. Harapya gitu la.. Aku bukan pakar nak menilai campuran dan original ..hurmm..

Bagus minum madu pagi pagi .. campur kan dengan telur ayam kampung gitu.. hehehe.. cara orang dulu dulu.. Masalahnya , payah nak jumpa telur ayam kampung di bandar ni.. kan ? Hurmm…

Hantar Zahra ke rumah pengasuh !

 

Penattt ! Ingat jaga baby ni senang ke ? Lebih lagi aku tak leh nak menyusu dan dia lak tak nak menyusu dari botol susu.. Guna straw je dia ok !

Bila dia tak nak minum susu , dia kelaparan .. Bila kelaparan , dia menangis kaw kaw bunyinya ! Serius , memang bingit telinga. Mampu mendatangkan tekanan perasaan sejam lamanya ! Huhuh..

Bayangkan jika aku hantar dia ke rumah pengasuh.. Apakah nasibnya ? Menonton nasib anak anak kecik yang semakin kerap di dera di rumah pengasuh , membuatkan aku tak perlu fikir panjang untuk meneruskan hajat tu !

Oh ya.. aku memang takkan hantar diorang ke rumah pengasuh ! Hurmmm.. Takkan.. aku jaga sendiri !! Tekanan pon tekanan la.. kena ‘enjoy’ dengan tekanan tu..

Yang mendera budak budak ni.. harap korang akan rasa semula camana didera satu hari nanti !

Men’detox’kan diri ini dengan Rejuvy !

 

Hurm.. makin payah benar nak kawal makan ! Selagi aku tak kembali ke gym , selagi tu la aku main belasah je makan ! Pakai la apa pun.. losyen itu ini .. makan la ubat apa pon.. kalau tak jaga makan , memang parah !

Dan baru baru ni , kawan aku perkenalkan satu produk.. Revujy ! Aku baru minum sekali.. Boleh tahan gak la rasanya ! Sedap.. hehehe.. Kesannya ? Pagi esok tu , terasa mudah membuang .. hehehe .. Memang mendetoxkan diri benar !

Kebelakangan ni memang ada macam macam cara nak detoxkan diri.. Mak aku dah lama dah buat dengan air limau .. huhuh.. memang terkulat kulat la masa minum tuu.. huhu…

Terpulang pada diri sendiri.. mana sesuai untuk detoxkan diri korang.. hehehe.. Lebih baik ada daik biarkan diri penuh dengan .. huhuh.. Sendiri mau ingat la yer ..

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI