Ahad, 2 November 2014

Bila aku guna Bjorn Baby Carrier One

 

 

Tiap kali aku pakai dan upload gambar gini , pasti akan ada insan prihatin private mesej aku di Facebook dan turut sertakan beberapa keping poster mengenai pemakaian baby carrier ! Huhuhu .. Serius , tak larat aku nak terangkan ..

Bjorn Baby Carrier ni dulu mmg aku tak nafikan bermasalah ! Dan bagusnya mereka , mereka terima teguran dan mereka perbaiki lalu keluarkan produk baru.. Bjorn Baby Carrier One ! Aku dah google dan baca review dari mereka yang pernah komplen pasal ni .. Turut sama mereka bandingkan dengan baby carrier yang lain.. Dan ianya menepati piawaian yang dikehendaki,

Aku pakai… alhamdulillah , belakang aku tak sakit dan Zahra kelihatan amat selesa dalam tu ..

Untuk pengetahuan, aku tak pakai untuk jangka masa yang lama baby carrier ni.. aku lebih suka guna stroller.. Baby pon selesa je baring atas tu.. kan ? Hurmm ..

Kalau untuk jangka masa lama , apakah baby carrier jenis ni tak selesa ? Terus terang aku katakan , bila dah pakai , rasa malas nak bukak ! Suka jer jenjalan pakai ni  ! Tapi untuk kes aku ni , aku terpaksa bukak sebab Qhaliff suka nak berlari sana sini.. Maka aku kena bersedia untuk mengejarnya !! Huhuh..

Mana nak beli ? Gi cari di MotherCare .. confirm ada.. hehe..

Bila Pahang juara Piala Malaysia 2014 !

 

“ Yang , nak makan maggie kawin tak ? Abang masak ini malam ! Happy ni !! “ .

 

“ Aik.. Happy awat ? Macam la dia orang Pahang ! Ada ke maggie ? Yang ada Saji Mee jer … “.

 

“ Tak kisah laa.. Janji Mat Yo sepak tak masuk ! Heeehehe… Ok , siap sajimee kawin ! Tungguuuu .. “

Serius sedap ! Tak caya , beli dua jenis ni dah kawinkan ! Hasilnya pasti memuaskan perut dan anak tekak !

Tahniah Pahang dan JDT .. Harap tahun depan , lebih mereka dengan kebangkitan pasukan pasukan yang jatuh pada tahun ni.. hehehe …

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI