Dapur Tanpa Sempadan...

Isnin, 3 November 2014

Bila si isteri tak sempat memasak !

 

Hurm… Kesian tengok wife , tiap kali balik rumah .. dia nak memasak itu ini . Nak makan luar selalu , tokey balak pon leh letak jawatan sebagai tokey balak , kan ? Hahahaha ..

Tadi , aku jumpa kawan aku. Dia baru buat bisnes sampingan. Dia yang dari dulu idamkan nak berniaga , dah ada pon produknya antersendiri ! Apakah ???  Hehehe.. Katanya produknya tu sesuai untuk mereka yang tak sempat memasak terutamanya bagi  mereka yang berkerjaya ! Ini bukan makanan segera yer.. hehehe ..

 

Ada 4 jenis pes yang bakal keluar pada 15hb nanti ! Antaranya pes Mee Bandung Muar , Pes Kari Kepala Ikan , Asam Pedas dan satu lagi , Masak Merah ! Haaaa !! Sedap sedap belakaaaa !!

Harganya ? Mana nak beli ??? Murah murahhhh .. Mana nak beli ? Sila buat tempahan sebelum kehabisan stok !! Heee… Kat mana eh ? Kat page Facebook Tok Mommy's Kitchen.

Apa apa pun , aku nak kasi kat wife dulu.. Kasi test power .. Nanti aku review ehhhh ..

Bakal jadi kawan baik ?

 
Zahra dah pandai tarik rambut abang dia. Qhaliff tenang jer.Tak membalas pon. Ajak bermain Zahra tu tapi Qhaliff ni jenis cepat kusyuk bila buat sesuatu.. Tu pasal takde respon pada perbuatan Zahra ni..
Rasanya Qhaliff boleh masuk dgn Zahra tapi risau Zahra ni jer..hurmm..

Zahra Nur Iman , 6 bulan

 

 

Lagi beberapa hari , genap 6 bulan. Dia lahir 8.5 dan sekarang dah 3.11 .. Hurmm .. Nanti nak kena gi check up lagi. Kali terakhir timbang , 7kg .. Sekarang tak tau la berapa ..

Badan kurus , tapi berat.. Tak macam abang dia dulu.. Qhaliff , setiap usianya sama beratnya. Contoh , 5 bulan , 5 kilo.. Hahahaha.. Adik lak berat lagi. Silap silap adik lagi tinggi dari abang.. Macam aku dengan abang aku la.. aku jauh tinggi dari dia.. hehee.. Tapi dia jadi pujaan gadis gadis zaman dia remaja dulu.. Hahaha.. aku ? Serupa Zainal Abidin Hassan.. gelap kooo ! Sibuk main bola tengah panas !

Hurm.. Alhamdulillah , setakat aku jaga dua dua orang anak aku ni .. mereka sihat .. sesekali je demam dan kena penyakit berjangkit.. Hurm..

Perlukah #kelabbloggerbenashaari saman itu blogger ?

 

Woww ! Peguam ? Blogger ? Biar betul ?? Hahahaha .. Perlu keeee ? Sampai tahap gitu sekali haaa ! Jeng jeng jeng … Perlu atau tidak.. perlu atau tidak ?

Berdasarkan pengalaman aku yang dah nak jejak 6 tahun dalam dunia blogging ni , macam macam kes dah ada melibatkan peguam ni ! Ada kes saman laa.. sebab melibatkan fitnah , melibatkan maruah dan macam macam lagi laaa ! Kes politik pon ada gakk ..

Aku pon ada kena gak cuma masa tu tak de la terfikir sampai nak gunakan khidmat peguam ni. Maklumlah , besar mana sangat la dunia blogging di Malaysia ni kan ? Pi mai Pi mai Tang tu gakk.. kan kan ?

Jadi untuk apa #kelabbloggerbenashaari adakan usahasama dengan peguam ??? Haaaa .. Nak tau ?? Betul nak ??

image

Sewaktu berbual santai bersama dua orang peguam , Puan Wan Noor Haryanti dan Puan Wan Roslina , mereka ada menerangkan kepada aku dan Ruby mengenai peranan mereka terhadap kelab blogger kami tu. Mereka akan membantu blogger dari pelbagai aspek perundangan dan inshaAllah akan cuba dapatkan satu lesen khas untuk copyright. Kiranya kalau ada kes curi gambar makanan , mereka boleh tolong saman ! Panjang skit part ni kalau nak cerita.. hehehe ..

Dan akhirnya , kami sama sama telah bersetuju untuk bekerjasama ! Alhamdulillah.. Makin ke depan #kelabbloggerbenashaari ..

Sekitar sesi fotografi Kelab Blogger Ben Ashaari

 

Lokasi studio : Mycreativepixel studio , PV 128 , Setapak.

Penaja : Cosmoderm , @wiidaribbon , @shazaamalina , @etty_garib @yanneskay , @tyasalmid.

Jutaan terima kasih kepada para penaja solekan , shawl dan juga makan pagi yg menyelerakan sangat ! Aku tak leh nak makan banyak sebab nanti nampak perut.. hehehe.. Ikat perut jap yer .. Makan pagi , disediakan oleh catering yang dimiliki oleh ibu blogger Ruby, Intan Catering 

Bermula jam 11.30 pagi , sesi bergambar bermula ! Sebelum tu , kasi mekap dulu.. kasi cun cun gitu ! Yang tak cun , nampak cun ! Yang cun , kasi bertambah cun ! Malangnya, takde yang tak cun pulak hari ni untuk dijadikan bukti bahawa solekan mampu mencunkan seseorang ! Aku ingat aku nak try ! Maklumlah , aku kan tak cun.. hehe.. Tapi diorang tak nak mekap lelaki.. Huk huk.. Perempuan only okeh !

image

Dan , tadaaa .. siap semua ! Bermula sesi yang ditunggu tunggu ! Perancangan ni disusun atur dengan moleknya oleh blogger Lan Careno . Perfecto ! Thanks bro !

Menariknya ada blogger sanggup turun dari Pulau Pinang , Kelantan dan juga Johor semata mata menghadiri sesi fotografi ni ! Huhuh.. Terima kasih Faizal Fredly , Lisa dan ErazFadli..

 

Ada yang sibuk tengok dan amik pengalaman.. Ada yang sibuk .. er , makan ???

Dan berselfie bersama sama rakan blogger yang selama ni berbual di Whatsapp .. Jarang nak berjumpa ! Huhu ..

Seorang demi seorang bergambar .. Akhirnya tiba ke sesi penutup ! Beramai ramai !! Legaaaa .. hahahaha ..

Hehehee … Macam macam adaaa ! Tunggu je la hasilnya yer ..

Bagi yang berminat nak tempah studio atau nak buat fotografi cam ni .. dengan keluarga atau kawan kawan atau pon nak kawin .. leh jer contact bro Aiman di 012-3602384 atau terus ke page mereka iaitu Mycreativepixel studio.

Bila Qhaliff ikut daddy pergi kerja !

 

Kul 6.30 pagi ! Dia dah standby .. Macam tau tau jer daddy nak keluar pagi tu .. huhu … Ikut je ke mana daddy pergi !

Kul 9 pagi.. Dah mandikan dia.. Dia dah ready depan pintu. Takut ditinggalkan. Dah biasa kena tinggal .. hehehe ..

Dan , akhirnya dia berjaya ikut aku gi ke photoshoot Kelab Blogger Ben Ashaari di Mycreativepixel studio yang terletak di  PV128 , Setapak.

Dalam kereta , dia terus tidur.. 45 minit jam kemudian , sampai la sanaa ! Tak susah nak cari kalau guna Waze.. Hehea.. Alhamdulillah .. Cuma , bila dah tidur tu .. paham paham je la.. Kang dah berjaga , mau sejam gak la nak kembalikan mood !

Dan memang ianya terjadi.. Qhaliff asyik nak suruh dukung jer ! Aku ni tak leh nak dukung dia sangat. Bukan ringan dah.. dah 17-18 kilo dah berat dia.. Sekejap sekejap ok la.. Nak lama lama , sakit belakang aku .. mmg pon skang ni aku dok sakit tang belakang . Mungkin berpunca dari duduk terlalu lama .. hurmm .. Tidur atas tilam yang tak ok pon leh jadi masalah kepada sakit belakang ni..

Di sana , selepas 2 jam baru dia nak ok.. Nak gi bermain dan kacau orang lain ! Hurm.. Budak ! Kena ajar dia bergaul dan berkomunikasi dengan kanak kanak lain. Part ni sebenarnya dia ok cuma bila nampak gadget je  akan timbul masalah. Dia nak dia sorang jer ! Huhuhuh… Walaupun gadget orang lain.. Yang ni aku kena cepat pantau . Tadi dah terlepas pandang .. Dah menangis si Zayyan , anaknya si blogger Angah.. Maaf yer .. Salah daddy dia.  Dok sibuk pantau sessi photography !

Kadang kadang , timbul perasaan tak nak bawak anak gi event event cam ni tapi bila tak bawak , orang cakap macam kita ni lupa keluarga ! Hurm.. walhal kita pergi tu untuk bekerja ! Hurmm.. tah laa.. penat sebenarnya menda menda gini ..

Akhirnya dia dah ok.. aku pun dah boleh relaks.. Aku tahu , dia mengantuk sebenarnya.. Tu dia buat karenah .. Masa dia tertidur dalam kereta , aku tak jauh dari rumah .. Nak je patah balik hantar tapi macam kesian pulak.. Hahahaha.. Tak pe la.. Bagi dia pengalaman berharga ni ..

  

Qhaliff ok sebenarnya. Sangat ok ! Cuma nak tunggu mood dia stabil tu , aku boleh jadi Hulk jap ! Haih.. tapi bila tengok karenah dia , kita kembali sejuk.. Itulah anak ..

Lama sangat kat sana.. dia pon naik bosan !

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI