Dapur Tanpa Sempadan...

Selasa, 4 November 2014

Hotel pertama buat Zahra !

 

Hotel pertama Qhaliff nginap napa eh ?? Sat google .. Wowww !! Qhaliff jugak di Terengganu ..dalam entri Hotel pertama Qhaliff di Terengganu ..

Waduhh.. bapak dia merasa tidur hotel masa kerja dengan Kementerian Pelancongan jer.. Sebelum tu , hotel Ah Tong pon tak pernah , ok !! Huhuh.. Untung budak budak skang noooo ..

Camana posing mereka sewaktu mula mula sampai bilik hotel ? Yang pasti , posing Zahra buat aku cemburuuuu !! Huhhh… Apasal diorang berlumba LIKE gambar Zahra tapi buat buat tak nampak gambar aku ??? Nak kena saman ??

Huh… Apa pun , hotel yang kitorang nginap ni best ! Kemas .. bersih … dan paling penting , ramah ! Susah nak jumpa hotel gini dah di Malaysia terutama pekerjanya adalah orang melayu !! Nanti aku review hotel ni …

Dan jutaan terima kasih atas doa kalian… Hujang lebat sewaktu datang tadi.. Tak nampak jalan ..huhu.. Eh , tetiba je ‘hujang’ .. hahaha…

Masa untuk tenangkan diri ?

 

Alhamdulillah .. akhirnya aku akan keluar bercuti juga ! Lama dah tak jenjalan jauh gini .. Huhuh.. Tapi sayangnya , cuaca yang tak menentu membuatkan aktiviti riadah mungkin dikurangkan.. Hurmm. Tak pe la.. Asalkan selamat kan ?

Destinasi ? Terengganu dan Kelantan. Walaupun tak la lebih pada ‘bercuti’ tapi sekurangnya dapat jugak refreshkan otak aku yang semakin membeku ni ! Nak menulis pun dah takde idea.. Hurmm..

Nak gi mana ? Hurmm.. Unisza dan Umk ! Wat pe ? Hehhehe.. Tu biarlah rahsiaaaa .. Hehehehe… Nak stay hotel mana ? Pon biarlah rahsia.. Tak leh nak cerita semua kan ? Hehehe.. Apa pun , akan aku update di Facebook nanti yer..

Doakan aku sekeluarga , selamat pergi dan balik ! Nanti balik , nak gi Ipoh lak.. Pastu Ahad , gi KidZania .. huhuhuh.. Padat perancangan..Confirm penat hari Isnin nanti..

Kali pertama , si kecil ni nak berjalan jauh.. huhuhu…

Hati–hati bila menulis pasal orang !

 

Aku belum dungu lagi.. Bila aku melibatkan diri dengan peguam dalam dunia blog yang aku sayangi , pastinya aku punya perancangan yang teliti mengenai. Apakah aku nak menyusahkan diri aku ? Apakah aku nak mengikatkan diri aku dengan kepayahan yang aku ciptakan sendiri ?

Lor .. Antara sebab aku tak nak kerja dengan orang , aku tak boleh berdisiplin ! Payah nak ikut cakap orang andai aku punya pendapat sendiri ! Sebab tu aku jadi blogger !

Kelab Blogger Ben Ashaari secara rasminya telah punya peguam peribadi. Untuk apa ? Hanya kami saja yang tahu.. ‘Kami’ ni , aku maksudkan ialah blogger yang ‘lepak santai ‘ didalamnya. Tiada kontrak dan tiada perjanjian. Sapa sapa bebas masuk dan keluar.. Tiada paksaan..

Apa tujuannya aku gunakan peguam ni ? Banyak kelebihan bila ada peguam sudi berkerjsama dengan Kelab Blogger Ben Ashaari ni.. Contohnya ? Hehehe.. Yang tu biarkan aku dan rakan rakan tau.. Apa keuntungan peguam peguam ni ? Eh , ada laaaa… Mesti la ada kan ? Takkan takde ..

Maka , jangan cepat buat andaian.. Peguam peguam ni tak sentuh langsung blog rakan rakan blogger .. Blogger tetap dengan cara mereka .. Mereka pun menulis dengan penuh beretika. Takde la nak main sebat jer menulis kan ? Tau tau dah jadi fitnah.. Boleh kena saman tu ! Hahahaha .. Hati hati kawan ..

Alhamdulillah .. Motif penubuhan kelab ni bukanlah semata mata untuk cari duit ! Kami gembira bersama di bawah satu bumbung !

Terima kasih rakan rakan #kelabbloggerbenashaari !

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI