Dapur Tanpa Sempadan...

Rabu, 5 November 2014

Ruam merah di pipi berpunca dari susu ibu ?

 

Ini anak buah aku.. Anak abang aku .. Beza dia ngan Zahra cumalah beberapa minggu.. Size , sama .. Ramah ? Zahra tak seramah dia.. Baby ni pantang orang sengih, dia punya sengih menampakkan lesung di kedua belah pipi dia ! Memang nampak manis sangat !

Baru baru ni , mak aku cerita dia kena ruam merah kat pipi dia .. Naik banyak. Punca tak tau .. tapi suspek mungkin dari susu ibu yang meleleh keluar.. Wallahualam..

Naik teruk gak kata abang aku tu .. Bawak gi klinik , kurang skit.. Mak aku bagi bedak kuning yang aku bekalkan kat dia dulu.. Dia pakai bedak tu.. kalau gatal gatal atau naik ruam , cepat hilang !

Abang aku kasi pakai… Alhamdulillah .. Elok ! Aku tanya dia betul betul.. Rasa elok sebab apa ? Bedak tu atau ubat klinik ? Dia kata bedak tu.. Hurm… tengok serasi atau tidak gak la kan ? Zahra dan Qhaliff , serasi dengan bedak ni.. Memang aku sapu selepas mandi atau sebelum tidur ..

Apa pun , dapatkan nasihat doktor dulu.. Tu yang paling penting yer adik adik ..

TH Hotel & Convention Centre Terengganu

 

Akhirnya aku sampai jugak ke hotel yang baru setahun lebih ni beroperasi. Pada awalnya  aku tak sangka la hotel ni begitu nampak ‘wow’ hanya disebabkan ada ‘Tabung Haji’ .. Ingat biasa biasa jer … Tapi bila sampai je situ , layanan staff di pintu hadapan saja dah buat aku terpikat ! Murah dengan senyuman , mesra dan sangat membantu !

Senibina hotel ni mmg buat aku kagum. Tetiba aku rasa macam tak percaya jer.. Rasa sayang pulak nak duduk sehari kat sini ! Nasib baik datang sini atas sebab kerja. Kalau tak , mau 3-4 hari gak duduk sini.

Layanan .. Aku boleh bagi 4/5 bintang. Kemudian naik ke bilik.. Masuk je bilik , terus aku … senyum ! Qhaliff lagi happy .. berlari sana sini dia ..

Kemudian aku periksa tandas dia .. Perghhh ! Cayalahhh … dia asingkan bilik mandi dan jamban.. hahaha ..

 k

Aku puashati dengan keadaan bilik ! Aku nak try room service. Aku try , wife bayar .. haaa … best kan ?

Harga ? Standard hotel la tapi sedap ke tak ?? Aku cuba mee goreng dia .. Walah weiii ! Sedappppp ! Nasi ayam dia pon aku cuba ! Sememangnya berbaloi la nginap di hotel ni.

Dan di ruang legar , kita hanya akan dengar ayat suci Al Quran dipasangkan dengan perlahan .. Sejuk jer suasananya.. Huhuh… Memang mendamaikan la duduk sini ..

Ok.. apa daya tarikan untuk kanak kanak lak ? Kolam renang dia best ? Cer tengok gambar bawah ni dan bagitau aku jawapannya..

image

Rasa rasa best tak ? Heehehe.. tapi aku tak sempat nak gi mandi sebab kepenatan. Qhaliff dan Zahra pon abiskan masa dengan tidur jer.. Kang tak cukup rehat , demam lak.. kan ?

Dan , ada kolam muslimah yer .. Hanya untuk perempuan sahaja !!

Kesimpulan …

Qhaliff tak nak balik lagi  !!! Tak puas lagi duduk sini.. huhuhu.. Semoga TH Hotel dapat kekalkan keramahan mereka dan kebersihan di hotel ini. Takde pekerja asing wooo ! Bagus kan ?

Harga ? Hehehe.. aku nasihatkan , guna Agoda ! Murah siut ..

Kenapa masih wujud kes buli pelajar ??

 

Hurmmm… 2 video kes buli dalam masa dua hari ! Berbeza lokasi tapi yang pastinya di Malaysia !! Apahal ni ????

image

image

Sakit hati sungguh la aku tengok video video ni ! Kenapa masih ada pelajar yang tak reti guna otak ni ? Menariknya , kes kes gini berlaku di asrama ! Asrama ni biasanya budak budak pandai je masuk dalam tu.. Tapi kenapa ‘tak pandai’ ??

Apakah semua ini berpunca dari pengaruh filem atau tv ? Menurut pembikin filem , mereka dpt idea ni dari isu masalah sosial masyarakat setempat ! Sapa tiru sapa ?

Dan .. jika pihak sekolah dapat tahu , apa pulak tindakan mereka ? Mengikut pengalaman aku laa kan .. biasanya laaa kan .. Diorang panggil mak ayah pastu gantung sekolah ! Laaaa.. gantung sekolah je ?? Seronok laa..tak yah gi sekolah ! Budak yg kena buli tu , dah tentu mengalami masalah psikologi ! Takut nak gi sekolah dah pastu .. Hurmmm

Aku status di Facebook yang bertujuan untuk mendapatkan pandangan rakan rakan serta pengalaman mereka.. Rata rata geram dengan masalah buli ni ! Punya la susah nak besarkan anak.. tau tau jadi mangsa sepak terajang ! Kalau ikutkan hati , mau jugak pulangkan balik buah yang dia bagi kat si mangsa tu ! Baru tau camana rasanyaaaa !!!

Ada pihak pentadbiran sekolah , diamkan kes kes gini . Janji nak amik tindakan tapi ??? Aku syorkan parents pasni , mana mana kes buli .. saman terus pihak pentadbiran sekolah terutama guru besar ! Kasi masa dulu untuk diorang amik tindakan.. Kalau takde , atau sekadar hukuman kecil .. guna je lawyer ! Grrrrr… Kita ni nak besarkan anak , nak bagi susu formula pon takut takut ! Kasi susu ibu ! Dah besar , suka suka je orang sepak terajang anak kita.. Huhhh ..

Aku cadangkan laa .. murid yang terlibat dengan kes buli ni , kasi dia buat kerja kerja kebajikan.. Baru dia sedar skit akan kehidupan di dunia ni tak seperti yang dia pikir !! Kerja kerja tu cam kasi cuci tandas awam , sapu sampah di tepi jalan raya , bersihkan rumah anak yatim .. Dan macam macam lagi.. Atau pakat pakat kumpul diorang tu , hantar gi Somalia sana tu.. Biar jadi samseng kat sana lak ! Baru tau langit tinggi rendah !

Bila bertiga di bilik hotel !

 

Wife dah gi Unisza.. Ada kerja dia nak uruskan di sana. Aku , tinggal berdua dengan anak di bilik. Awal pagi tadi , dah pakat pakat turun breakfast di bawah.. Boleh tahan gak makanan dia . Bersih , selesa dan kemas !

Lepas makan , naik atas.. Wife terus gerak gi ke destinasi dia .. Aku , siapkan dua dua .. Mandikan Zahra dan Qhaliff. Pastu , tidurkan Zahra balik.. Persoalannya , camana nak tidurkan dia ?? Buaian takde .. hurmm..

Sebenarnya , aku dah fikirkan alternatif nak tidurkan dia.. Dia ni asal ‘goyang ‘ je , mesti lena.. Atau letak atas tilam pon dia akan tidur. Masalahnya ialah Qhaliff ! Dia akan buat bising. Lompat sana sini pastu dok main dengan Talking Tom dia tu.. Confirm terjaga punya ..

Penyelesaiannya ? Jeng jeng jeng ..

Car seat mudah alih ni.. Yang ni boleh dijadikan rocker sekali ! Hahahah.. Leh buai buai gituuu… Letak dia dalam tu , tak sampai 5 minit .. Selamatt.. lena terus !

Abang dia ?

Untuk pengetahuan , dalam tab tu takde game .. banyak education dan Talking Tom yang baru download jer .. Bila boring , baru dia bukak youtube.. Tu pun tunggu aku share internet aku.. hehee..

Awal pagi , aku takde masalah.. Biasanya petang baru laaa masalah timbul. Memasing dah pakat boring dalam bilik.. Nasib baik wife kata kerja dia kat sana tak lama.. Katanya laaaaaaaa .. Harapnya gitu ler .. huhu ..

Kalau lama ?? Hurmm..

Zahra dan Qhaliff , akhirnya cemburukan aku !!

 

image

Fuiyoooo !! Daddy jeles abisss !! Apasal kalau gambar anak anak aku je diorang LIKE ? Apakah aku tidak secomel mereka jua ? Apakah kurangnya aku berbanding mereka ???

Aku up lagi gambar Zahra .. Qhaliff , dah 2 tahun puas upload gambar dia.. Skang kasi can kat Zahra lak.. Pasni adik Zahra .. lalalala ..

image

Serius ! Aku tak dengki langsung aihhh.. Aku tau , kalau aku letak gambar aku … mesti cecah beribu punya ! Dan ramai akan komen punya ahhhh .. Tanpa paksaan atau buat contest sama sekali yer .. Mereka terpesona dan terpikat dengan gaya ‘ Burberry ‘ aku ini ..

image

Tu diaaaa .. Aku jangkakan penambahan LIKE di sebelah siang nanti ! Aku perlu hide gambar gambar Zahra dan Qhaliff agar cita cita nak dapat 12 juta LIKE kesampaian !! Perghhhhh … Mampukah ? Segalanya bermula dari poyo ! Kalau tak poyo masakan impian jadi kenyataan kan ?

Temubual Ekslusif bersama Azwan Satar AF2014 !

 

Azwan tersingkir minggu lepas.. Adat pertandingan. Yang tersingkir tak semestinya tak bagus kan ? Cuma takde rezeki .. Yang penting , ilmu di dada dah ada .. kembangkan dan berusaha dengan lebih gigih untuk mencapai cita cita ! Aku jangka pada awalnya dia adalah antara yang feveret ke final .. tapi tak pe la.. Bukan berakhir dah dunia ni kan ? Hehehe..

Seperti yang korang tau , aku pernah cerita kat korang mengenai Azwan Satar. Camana aku kenal dia dari sebelum bergelar artis. Seorang yang sangat bersemangat bila melakukan sesuatu ! Aku kagum dengan dia sebenarnya .. Cara dia nak ‘berbisnes’ dengan aku ketika tu.. hehehe ..

Dan sekarang .. Satu Malaysia kenal dia dah .. Huhuhu… Rezeki manusia kan ? Sapa sangka..

Awal pagi tadi , aku sempat berbual dengan dia di Facebook.. Dan sambil sambil tu , aku korek rahsia !! Hahahaha.. Korek rahsia secara baik laaa .. Aku tanya dia beberapa soalan yang lazimnya menjadi pertanyaan orang di media sosial ..

Hehehehe.. pastu , aku goda dia .. jadi blogger dan personaliti media sosial ! Dia ramai peminat di Instagram wooo ! Ramai dah kenal dia sebelum dia keluar tv… Popular di Instagram gituuu..

Tapi jangan pandang rendah orang yang popular di media sosial terutama artis ni.. Tengok saja Lisa Surihani dan Shahezey Sam .. er , betul ke aku eja nama dia ? Huhuh.. Ala , si Sam rempit tu laaa.. haaaa.. Kan diorang ramai peminat pastu bila ada anugerah popular , jatuh kat diorang .. yang part part undi la.. heheee.. Rezeki ..

Mana tau Azwan boleh jadi lebih dari seorang artis kan ? Kreativiti ada.. idea ada .. Nak kena mula langkah jer ! Nak bergerak tu payah.. tapi kalau dah mula bergerak , mmg tak menang tangan dah .. InshaAllah ..

Akhirnya , Qhaliff dan Zahra kena buat passport !

 

Huhu.. Tak sangka ! Serius tak sangka ! Rezeki sekeluarga.. Dulu , daddy je kena buat passport .. Sekarang , semua kena buat.. Persoalannya ??? Nak ke mana ??? Jeng jeng jengggggg….

Nak citer ke tak nak eh ? Ke tunggu je masanya tiba.. Tak lama dah pon.. Minggu depan jer.. Jap , lagi dua minggu ! Hehehehhe.. Tak sabar bawak diorang gi sana .. Huhuh..

Yang pasti , sewaktu aku terima pelawaan tu .. aku tak sangka sungguh laa.. Aku ingat tawaran tu untuk aku sorang jer.. Sekali dia bagitau aku boleh bawak famili sekali !!! Aku rasa nak pengsan jap.. hahaha.. Aku bagitau wife , dia lagi la nak pengsan ! Hehehe..

Rezeki anak anak kan ? Sapa sangka , dengan blogging ni .. aku mampu capai impian aku satu demi satu ! Ada banyak lagi impian tapi setakat hari ni , syukur pada Allah .. segalanya tercapai !

Dulu orang gelakkan ‘kerjaya’ aku ni.. Kata mereka , aku membuang masa .. Sekarang , aku buktikan mereka .. ketawa mereka itu pendorong aku untuk aku buktikan , yang aku bukan membuang masa sebaliknya sedang  mengapai cita cita aku !

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI