Khamis, 6 November 2014

Belum rezeki mereka ..

 

Dapat mesej semalam .. Tempat pelancaran  produk tu , diubah dari ‘situ’ ke Malaysia . Ini bermakna , tak yah gi ke sana ! Hehehe.. Maka tak perlulah buat passport ! Hehehe.. Lom rezeki Zahra terbang .. Qhaliff dah merasa banyak kali dah .. Sabar ye nak..

Sebenarnya aku bersyukur gak perubahan ni.. Ada hikmah rupanya. Ada satu job aku pun berubah tarikh ! Sepatutnya minggu depan tapi berubah ke tarikh yang hampir dengan event yang memerlukan kehadiran aku tu.. Huhuh.. Dah pakat rapat rapat pulak event ni..

Aku lega gak la .. Kalau tak terpaksa la tolak salah satu.. Tolak , rugi wooo ! Sebaiknya aku tak leh tolak ! Dan berharap la salah satu berubah tarikh.. Huhu..

Zahra dan Qhaliff .. Jangan risau ! Nanti ibu sambung phD , kita gi lepak luar negara eh ? Pulau Pinang pon ok la.. Janji ‘over sea’.. kan ? Hahahaha ..

“ Daddy , sila bertenang..Zahra cool jer ! InshaAllah ada rezeki kita gi Europe sekeluarga eh ? Heheheh.. “

Batook Ori untuk anak anda !

 

Wife dah yakin dengan Batook Ori. Kemana saja kami pergi , minyak Batook Ori ni pasti dalam beg dia .. Maklumlah , ada 3 anak kecil .. Memasing dok lenguh sana sini apatah lagi dengan musim hujan ni.. sejuk ! Bila pakai , terasa lega gituuu ..

Aku dah syorkan pada ramai kawan dan Alhamdulillah , mereka kata bagus minyak ni.. Ni bukan minyak untuk batuk jer tauuu.. Macam macam kegunaannya kecuali untuk memasak !

Nak tau lebih lanjut kegunaan Batook Ori ni , leh ke pagenya iaitu , Pati Batook Ori .. Tanya la apa jua nak tanya ! Aku tak jual tauu.. Aku tolong promote jer .. Nak aku promote ke produk korang ? Boleh bolehhh.. Sila email ke benashaari@yahoo.com .. Hehehe.. Sempat tuuu !

Layan sotong celup tepung di ICT , Teluk Ketapang !

 

Wife ajak ! Teringin dah katanya.. Rileks , rileks.. bukan mengandung yer ! Huhuhuh.. Marah doktor nanti.. Dah lama nak cari tempat ni tapi asyik gagal jer !

Dan kali ni , berjaya akhirnya !! Alhamdulillah..

 

Tempat ni terletak di belakang lapangan terbang Kuala Terengganu. Haaa.. Tiap petang , tak kira hari apa.. memang akan dipenuhi pengunjung. Tadi , ramai pelajar UiTM datang makan . Aku rasa sebab sukan kot ? Huhuhu..

Malangnya aku dah tak lalu nak makan sangat sebab dah petang. Dalam kepala aku , nak cepat sampai Kelantan dan berehat. Jadi aku makan skit jer la..

Sedap tak ? Ok.. terus terang , sedap ! Segar gituuu.. Murah tak ? Hurmmm… Aku tak berani nak kata murah ke mahal tapi yang pasti harganya macam dah campur GST je  ? Hahahahhaa … Belajar belajar la terima GST yer ..

Ada macam macam juadah yang dihidangkan di sini. Aku rasa macam nak singgah sini je nanti masa balik dari Kelantan atau akan datang bercuti lagi di Terengganu ni sebelum musim tengkujuh datang.. huhuh..

Nak ikut ? Jom konvoi..

Zahra di MotherCare Malaysia !

 

Tomeey gitewww ! Hahahahaha.. Apahal kena pelat  lak eh ??? Hahaha.. Hurmm.. Mak dia tanya kenapa Zahra makin kerap up di FB skang ni ? Qhaliff ???

Qhaliff tak kasi dah amik gambar dia .. Dia kata hilang seri nanti ! Orang naik bosan tengok , katanya lagi.. Letak gambar daddy lak laaa .. bisik dia !

Aku jawab.. “ Daddy bukan tak nak letak tapi daddy tak larat nak tengok anak anak dara melting abis.. Cam ais krim Magnum cairnya ! Tak sampai hatiii .. “.

Dia senyum.. Dia tepuk bahu aku sambil berkata.. “ Daddy , sudah sudah la tu syok sendiri.. Zaman daddy dah berlalu.. Bagi kami pulak merasainya yer.. “.

Disebabkan kecabulan mulut dia tu , aku blocked dia dari muncul di FB dan blog aku untuk sementara waktu ! Dia perasan tindakan aku tu lalu memboikot aku !

Kaannnn !

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI