Jumaat, 7 November 2014

Bila rakan blogger #kelabbloggerbenashaari kemalangan ..

 

Pagi ni , dua rakan blogger dari Kelab Blogger Ben Ashaari patut ke Masai , Johor untuk hadiri event melibatkan penaja rasmi kelab iaitu Cosmoderm. Dua rakan tersebut , Ruby dan Emas Putih ( Uzu ) akan cover bagi pihak #kelabbloggerbenashaari . Kalau aku ada kat KL , aku akan join mereka.

Sayang seribu kali sayang.. Dalam perjalanan mengambil Ruby , kereta Uzu mengalami kemalangan. Katanya , kereta depan dia berenti tak pasal pasal ! Dan dia … hurm…

 

Tak pasal pasal ! Kereta yang dia langgar tu , terus blah macam tu jer ! Tak turun pon .. Hurmm… Bila dah eksiden gini , pastinya Uzu jadi cuak dan mengelabah.. Tau la kan sapa akan datang nak amik kesempatan apatah lagi bila tengok orang yang terlibat tu perempuan..

Nasib baik ada seorang rakan blogger #kelabbloggerbenashaari berada berdekatan lokasi kemalangan. Pantas Potia Casadelarosa gi bagi bantuan. Terima kasih Potia !

Hurm… pada masa sama , aku mesej peguam Kelab Blogger Ben Ashaari . Maklumkan pada dia .. mana la tau kan ! Haaa…

Alhamdulilah , majoriti rakan blogger dah tau apa patut dibuat bila berada di situasi begini. Aku pun pernah mengalaminya.. Tenang dan gi buat report polis ! Tapi jangan pelik yer.. Kalau kita langgar belakang kereta orang lain , kita automatik salah dan dikenakan saman .. Bayar dan buatlah claim insuran untuk perbaiki kereta tu.. Kalau boleh deal luar dengan pemandu kereta depan , deal tapi hati hati ! Ada yang kata nak settle luar .. dalam diam dia buat report polis ! Kita yang kena nanti..

Dan job untuk hari ni terpaksa dibatalkan.. Aku tak bagi diorang pergi walaupun ada Uzu berniat nak pergi jugak.. Haip !! Dah dah.. Gi tenangkan diri .. Tak pe takde rezeki tang tu tapi syukurlah kemalangan tadi tak seteruk orang lain yang mungkin ada melibatkan fizikal !

Sedih dia .. Nak cari duit cover ‘ perbelanjaan belajar ‘ dia .. Bukan mudah nak dapat RM1 dari blogging !

Bila blogger jadi ‘retis’ !

 

Hahahaa.. Aku tak la sangka sampai tahap rasa gini . Aku memahami sangat perasan mereka bila blogger atau artis yang kita minat , komen kat FB , Instagram kita.. Rasa tetiba terawang tanpa diminta sama sekali ! Automatik kooo !  Kan kan ?

Aku , tak pernah anggap diri cam selebriti atau retis ! Huh.. aku sekadar seorang penulis blog je pon..kan kan ? Tapi bila terima reply dari rakan rakan dunia maya , aku tersenyum jer.. Seronok dan gembira bila dapat buat mereka gembira ! Alhamdulillah ..

Sebab tu aku jarang nak komen kat blog kawan kawan atau di FB mereka.. mahupun IG mereka.. Haaa… Boleh tak terima alasan gini ? Heheheh ..

Tak perlulah nak berlagak popular atas dunia ni.. Sekejap je semua ni ! Kalau kita dok poyo semacam jer.. memang tak kekal lama la dalam bidang yang diceburi tu..

Rileks jer…

Kalau dia dah ‘nak tu’ !

 

Di Wakaf Che Yeh semalam .. Mata Qhaliff seperti satelit.. mengesan dengan pantas apa yang dia inginkan ! Dan dia berjaya mengesan satu objek yang membuatkan dia berdiri di situ dengan berminit lamanya ! Turut sama berdiri ialah mak pak dia ! Dia nak mainan tu !! Dia nak yang display tuuu.. tak nak yang baru !! Arghhhhh ..

Berdiri kat situ sampai dia boring ! Dan akhirnya dia boring.. Bila dah boring , dia bukan nak berlalu terus.. dia nak air milo yang dijual di sebelah gerai tu pulakkk .. PErghhh..

Bila dah dapat , baru dia nak bergerak.. Pusing pi pusing mai .. masa untuk balik.. Dalam perjalanan balik , dia nak jugak tapau lagi mainan ! Dan nak tak nak , aku belikan jugak laa.. Teringat video si cilik Indonesia Junior Idol tu buatkan aku terus belikan mainan untuk Qhaliff tanpa banyak cerita..

“ Bapak kamu , bagaimana orangnya ? “.

“ Bapak saya , baik banget . Dia selalu belikan mainan buat ku.. bla bla bla.. “.

Tersentuh bila aku teringat video tu.. huhuu.. Terus aku belikan dia tanpa banyak cerita..

Best part ! Dia nak yang display punyaa ! Tak nak yang baruuuuu ! Bagi la yang sama pun , dia nak yang display tuuuuu ! Huk alohhhh.. Aku tau.. dia mengantuk sebenarnya… Pakcik tu amik dan twistkan .. dengan yang display dengan yang baru.. Dia amik gak akhirnya..

Dan pagi ni , wife tunjuk kat aku .. mainan yang aku beli semalam ..

Dah boleh masuk tong sampah dah !

Allah dah rancang yang terbaik buat kita !

 

Ikutkan esok ada satu job yang membolehkan aku tukar handphone baru tapi diberitahu semalam , ianya dibatalkan atas sebab sebab tertentu . Sedih ? Takde pon.. Aku redha dan anggap takde rezeki. Kemudian , jemputan ke majlis yang di Singapura pon dibatalkan kerana dibuat di Malaysia jer… Sedih ? Tak pun ! Aku senyum jer.. Aku bagitau wife dan dia kata ok jer sebab ikutkan tarikh berikutnya dia ada kursus di INTAN. Pastinya akan jadi kelam kabut sebab nak kejar masa.

Sebelum ni aku pernah gak ditawarkan ke luar negara tapi aku tolak atas sebab sebab tertentu. Takde rezeki.. Walaupun ada rasa sedikit sedih , tapi aku redha. InshaAllah ada la tu Allah rancang buat aku.

Dan memang benar.. Allah bagi lagi best pada aku ! Terus impian jadi kenyataan !! Terkedu.. Terharu.. Bersyukur sangat sangat !! Tak sangka sama sekali !

Aku tak sangka aku akan berada di bawah Eiffel Tower dengan perbelanjaan ke sana di tanggung oleh syarikat gergasi penerbangan Malaysia , Air Asia !

Dan impian aku yang takde sapa tahu .. buat aku terkedu dan tak percaya .. ialah berada di tempat lahirnya sebuah kapal terbang gergasi ..

Sejak tu , aku belajar terima ketentuan Allah .. Sebelum ni , memang la aku terima tapi ada la gak dengan , ‘haihh’ atau ‘hurmmm’ nya tu.. Berdosa mengeluh kan ? Hurmm..

Semalam , wife bagi aku RM90 untuk tolong simpankan sewaktu berada di UMK , Pengkalan Chepa. Kemudian aku gi makan dengan Qhaliff sementara dia masuk meeting di situ.

Tanpa aku sedari , aku tercicir RM50 ! Terlalu kalut dengan Qhaliff .. Dia mengantuk pastu buat pasal.. Kelam kabut jadinya aku. Aku redha je la duit tu hilang… Nak buat camana kan ? Lokasi tercicir pun tak tau mana .. Hurmm..

Dan Allah gantikan duit yang tercicir tu.. Berlipat lipat kali ganda !! SubhanAllah.. Janji Allah tu pasti ! Bayangkan ini antara janjiNYA .. Camana pulak janjinya syurga dan neraka ? Azab kubur ? Azab nerakaNya  ? Kenikmatan syurgaNya ?

Kita mintak dunia .. akhirat terabai ..

Wajarkah jatuhkan hukuman sendiri ?

 

Terdengar semalam di segmen Kak Bed Sinar FM  mengenai kes jatuhkan hukum sendiri kepada mereka yang disyaki melakukan kesalahan .. Makin bagus Kak Bed kan ?

Dua kes yang terbaru.. Yang pertama kes pencuri motor dibogelkan dan maknya sangat malu bila anaknya dibogelkan gitu pastu sebarkan gambar dia di media sosial .. kan ? Gitu kan ? Dan yg kedua , kes singlet hitam yang kononnya menyiasat sapa yg curi telefon pintar Samsung Note 3 .. milik salah seorang rakan kot ? Ke dia punya ? Aku tak ingat pulak..

Ok laa.. Ni sekadar pendapat aku je la. Hurm.. Memang geram pada orang yang buat salah ni.. Geram giler ! Rasa cam .. Haaa !!  Tapi apa hak kita nak terus jatuhkan hukum begitu rupa ? Dah la pukul pastu bogelkan.. sebarkan dikhalayak umum lak tu ? Haihh… Apa beza dia dengan si pencuri tu ?

Yang kedua .. budak singlet tu.. Amboi… Siasat sampai gitu sekali haaaa ! Perghh.. Sapa kamu yer ? Dah gi kelas Penyiasatan Detektif Conan ke ?? Main libas terus jer rakan rakan lain ? Hurmm .. Sesuka hati je kan ?

Ingat la .. dunia ni ada pusingannya. Kalau sekarang ni kita di atas , nanti bila sampai masanya , tak kena kat kita .. kena kat anak cucu kita.. Masa tu , baru nak tepuk dahi .. Kena kat anak cucu  , masa tu kita dah tua bangka.. Nak geram pun tak berguna lagi ..

Serahkan saja pada pihak berkuasa .. Tangkap, duku sekali dua .. jentik bulu mata dia dan korek telinga dia ! Eh , jgn jgn ! Salah tu.. Bagi polis je .. abis cerita !

Mak ayah .. Jangan sampai dah tersebar di laman sosial , baru nak malu.. Mari kita sama sama jaga waris kita.. Amik tahu dan amik berat ..

Semoga Allah lindungi kita semua …

Nak ke Wakaf Che Yeh tapi ..

 

Alhamdulillah.. hujan renyai renyai… boleh la gi ke Wakaf Che Yeh. Nak cari barang dan makan kat sana.. Plan lepas Isya’ gi .. bawak Qhaliff tapi Zahra tidak… Hehehe… Zahra duk umah diam diam !

Dari Kok Lanas ke Wakaf Che Yeh , amik masa dalam setengah jam perjalanan. Sampai kat sana , dalam kul 10 malam.. Baru nak berjalan , Qhaliff terpikat kat tempat mainan ni.. Bersungguh dia nak satu mainan ni.. Bagitau dia , beli masa balik nanti tapi dia tak nak .. nak jugak masa tu !!

Ok.. dapat dah mainan dia.. Tapi dia tak nak yg tu.. dia yang display punya.. Tak nak yah baru ! Adehhhh… Aku suruh wife gi lepak tengok mainan tu sampai dia boring !

Dan dia boring akhirnya.. Barulah dapat jaln… Pusing pi pusing mai , wife dapat jugak tudung dia… Dan nak cari barang aku lak… Ada call masuk .. Bila jawab , Zahra dok menangis kat rumah !

Nak tak nak… kena balik ! Hahahahha .. Pandai Zahra bikin aku tensen !!

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI