Isnin, 10 November 2014

Dan daddy suapkan Zahra makan hari ni !

 

Ari tu rasmi jer.. Dan ari ni , tanpa ibu Zahra di sisi , daddy berjaya suap Zahra sampai habis puree apelnya ! Weeee !

 

Suka dia dapat makan ! Huhu.. lama dah teruja dia ni ! Dok asyik tengok abang dia je makan , mana aci kan ? Hehehhe.. aku try suap Qhaliff.. tamoo dia ! Sombong dah skang ! Mana nak makan makanan ‘budak’ ! Adehhhh ..

Pasni sibuk la wife dok mengekslore makanan untuk si Zahra ni .. hurmmm… Daddy makan maggie je la.. Nasib baik la kedai mamak dekat !

Aura Puteri Gold untuk anda !

 

Produk kecantikan untuk aku dan isteri aku. Er , untuk aku ? Untuk aku nape lak ??? Heheheh.. Rileks , rileks.. Kasi aku cerita sampai abis dulu nooo ..

Aura Puteri Gold yang aku dan wife pakai ni , bertujuan menjaga kulit muka dari kelihatan tua dari usia sebenar ! Hehehe.. Maklumlah , dok stress memanjang kan ? Asik berkerut je dahi tuuu ..

Puan Noreen Salehuddin , selaku CEO atau Founder di Aura Alena menawarkan aku produk ni. Aku terima dengan hati terbuka laaa .. Nak percaya 100% keberkesanan produk ni , tidak la kan ? Selagi tak pakai sendiri.. selagi tu tak percaya !

Ok.. Untuk aku guna  , dia bagi Amazing Alena Serum .. Wife pon ada gak ! Terus terang la aku kata .. sebelum aku pakai tu , muka aku memang nampak tak bermaya.. Kusam ! Kenapa ? Salah satunya , aku selalu tidur lewat tapi bangun awal ! Haaaa…

Maka aku cuba pakai ! Setiap malam selepas bersihkan muka , aku pakai.. Esoknya , tanpa aku sedari .. aku asyik dok pegang muka aku ! Huhuhuh.. Aku tanya wife , ada perbezaan tak ? Dia kata takde pon ! Tapi kenapa aku dok pegang jer ? Rasa cam sedap jeer kulit muka ! Huuhh..

Sejak pada tu , aku terus pakai setiap malam.. Dan ternyata serum ni sesuai untuk aku !

Manakala untuk wife lak , ada Amazing Alena Serum , Alena BB Cream untuk pakai siang dan malam dan sabun madu untuk pencuci muka !

Aku suruh dia pakai .. Hari pertama , aku tanya kesannya ! Camana ??? Ok tak ? Nampak sangat nipunya pakai terus cun !! Sekurangnya seminggu dua baru nampak kesan.. Kan ?

Dan .. setelah dua minggu dia pakai , memang muka dia nampak lain dari sebelum ni.. Maklumlah , orang baru pas beranak kan ? Kusam dan penat jer .. dok jaga baby lagi ! Tapi perubahan aku nampak selepas dia pakai Aura Puteri Gold ni !

Ok .. ok ! Kang aku cerita lebih , korang kata aku temberang lak ! Senang cakap , gi sendiri page Aura Puteri Gold dan baca sendiri testimonial yang ada kat sana ! Nak tanya lebih lanjut pon , leh jer pm admin atau tanya sendiri Puan Noreen Salehuddin atau ke Aura Puteri Gold.

Antara pelanggan mereka yang dah cuba pakai ! Ahaaa… Amacam ? Gi la baca sendiri kat page Aura Puteri Gold tuuuuu … Nak percaya atau tidak , terpulang ! Yang penting , cuba dulu kalau dah teringin nak kelihatan cun.. hehehe.. InshaAllah ..

Akhirnya , Zahra abiskan susu botolnya !

 

Waaahh… Alhamdulillah ! Mak mertua aku yang jumpa botol ni.. Botol ni dijual di kedai runcit biasa je pon .. Puting dia lembut jer ! Memang Zahra gigit puting ni masa nak hisap botol susu yang aku bagi ni.. Tapi awas ! Tak boleh bagi ketika baby baring yer ! Kena pantau sehingga dia abis hisap !! Jangan sesekali biarkan sebab air dia keluar jer .. Tak seperti puting jenama yang mahal yer ..

Abaikan bulu kaki tu yer .. Fokuskan anak mata anda pada botol susu tu.. Ahaaa.. Aku kena bagi gak sebab dia kesian kat dia .. Selagi dia tak minum susu , dia akan kerap terjaga dari tidur. Hurmm.. Bila dah minum abis , barulah lena tidurnyaaa …

Aku dah try mcm mcm botol dan puting susu.. Akhirnya , yang ni gak dia nak ..

Tertekan dengan anak ?

 

Qhaliff akan mencapai usia 3 tahun , tahun depan. Perkembangan dia ? Alhamdulillah .. Cepat belajar dan mula pandai ajuk percakapan orang dewasa .. Hurmm.. Dan kadang kadang dia sangat menguji kesabaran aku terutamanya ! Hurmmm.. sangat sangat !

Zahra ? Huhu… semakin comel dan dah semakin bijak.. Bila aku pasang youtube ABC di tv , dia akan lemparkan senyuman dan memberi respon !

Aku bersyukur ada sepasang anak yang sihat , comel dan bijak ! Tapi tekanan hidup membuatkan kadang kadang aku hilang pertimbangan ! Tak sepatutnya ianya berlaku sama sekali ..

Berapa ramai antara kita marahkan anak kita pagi ni ? Kita terkejar masa.. mereka pulak menguji kita di ketika ini ! Berapa ramai antara kita ‘angkat tangan’ pada anak kecil yang kita sayang .. yang kita belai sejak kecil lagi ? Hanya kerana kita terkejar sesuatu yang .. hurmm.. Apakah tujuan kita mengejar masa ? Hurm.. hampa kan ?

Kita ada anak.. Ada orang tak de anak.. Teringin nak anak ! Dan kita stress dengan kelakuan anak ???? Huh.. Astagfirullah Al ‘ Azim ..

Suka tengok kawan kawan blogger yang punya anak dah berjaya dalam kehidupan.. Alhamdulillah.

Bestkah jadi blogger yang dikenali ramai ???

 

Bestkah ??? Ada best .. ada terbest .. dan ada paling best ! Hahaha.. sesekali , janganlah hairan bila kena kritik , kena kutuk.. atau apa saja kita buat , jadi salah di mata mereka !

Apa pun , hati mau cekal bila ingin dikenali ramai terutama di dunia maya ni , ramai keyboard warrior dan pakar pakar dalam bidang tertentu !

Maaf la yer andai aku tak pernah balas komen korang .. Aku tak mampu gaji pekerja untuk balas komen korang semua .. Nak cabut bulu ketiak sendiri pon tak sempat ! Ni dah buat tocang dah bulu ketiak .. huhu.. Nasib baik ada ubat untuk kasi clear bau ketiak ! Hehehehe.. Mana nak beli ? Er , baca kat Punya masalah dengan bau badan ?

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI