Dapur Tanpa Sempadan...

Selasa, 11 November 2014

Patah pinggang gue begini !

 

Baru sampai dapur , Zahra merengek meronta ronta nak keluar dari buaian dia ! Berkejar kembali ke lokasi asal dan kembali buaikan dia .. Dan dia tidur semula !

Aku pun duduk kembali ke sofa ! Dari hari Isnin ke Jumaat , sofa ni adalah teman setia aku ! Dah naik sakit pinggang aku duduk kat sofa ni ! Ni nak kena mintak big boss kerusi yang empuk skit ! Sofa ni dah 6 tahun usianya !! Huhh..

Serius.. sakit pinggang ok ! Nak dukung ? Huhuhu.. tak larat dah aku.. Tetiba rasa diri ni semakin tua ! Adeh…

Petua bayi digigit nyamuk , semut dan pepijat

 

Budak .. kena gigit , mana reti nak cakap ! Tau tau teriak jer.. Pastu , kita pun bagi je susu .. Eh , si ibu yang kasi susu untuk tidurkan anak kecilnya kembali.. Jam baru menunjukkan 2-3 pagi..

Bangun pagi , tengok tengok kat lengan , pipi , belakang badan , betis.. ada merah merah ! Nak kata nyamuk , bukan ! Hurmm.. semutkah ? Tak mungkin sebab semut ??? Pijat ? Hurmmm…

Tak kisah laa… Aku terpikir gak apakah petua yang sesuai atau ubatan sapu yang boleh digunakan pada anak kecil ni .. Seperti biasa , aku up di Facebook bertanyakan rakan rakan yang berpengalaman dan banyak jugak la perkongsian dan ada jugak rakan turut sama mengalami nasib seperti Qhaliff dan Zahra.

 

Antara petua yang dikongsikan ialah :

  • letak garam kt tmpt yg kne ggit..supaya x rasa gatal n kurang bisanye...
  • pakaikn minyak wangi atau losyen wangi, insyaallah
  • beli kapur yg kita perlu gariskan je kat ujung lantai... Supaya semut@serangga xmai dah. beli kat pasar malam.
  • Cari lemak burung unta (losyen lemak mathamah) yg tu sgt2 berkesan...nature.
  • Balut tilam dengan menggunakan cadar tahan pepijat atau 'bedbugs proof cover'. Hehehehe alternatif punya cara .
  • ambik air tapai tu. simpan sampai jadi masam. dah jadi masam tu kalau anak kena gigit ke kena sengat ke? sapu kt tmpt tu. insyaAllah berkesan.
  • mama sy gna kapur masakkan . . . xde bekas atau lebam pun dari kesan ggitn tu
  • entang pepijat tu cuci pakaian dengan air panas, vacuum tempat rekahan dgn kuasa max.. Ada juga petua mengatakan letak kulit durian pada tempat yg ada pepijat, tapi kang ada semut plak kan..haha! Saya dulu masa imannani baby selalu tampal sikit kulit pisang pada kesan gigitan semut/nyamuk.. InshaaAllah.. Cepat reda..

Manakala kalau nak beli ubat sapu , ada dua yang dicadangkan..

Tapi aku rasa kalau nak guna ubat sapu ni , kena pastikan tahap alergik kulit baby tu.. Atau kandungan steroid ? Ada yang kata tak elok kan ? Hurmm ..

Kalau untuk nyamuk , aku ada dah losyen yang sesuai untuk semua umur ! Boleh baca kat entri Bila kulit Qhaliff mengelupas dan kering ni..

Awas blogger !

 

Jangan ingat entri kita hanya dibaca oleh rakan rakan kita saja walaupun cerita pasal semut api gigit ibu jari anda !!! Haaaa..  Hati hati dalam bercerita yer !

Dalam entri aku yang TH HOTEL & CONVENTION CENTRE TERENGGANU yang lepas , telah menerima ‘kunjungan’ hormat dari pereka hotel tersebut ! Tak sangka sudi singgah rupanya ..

Zaman ni , zaman Google.. semua orang akan google apa saja terutama bila melibatkan diri dan sekelilingnya ! Ingat lagi aku pernah tulis mengenai satu kemalangan yang berlaku depan mata aku.. si mangsa telah google dan follow blog aku selepas tu .. Akhirnya dia bercerita mengenai kemalangan tu sendiri pada aku !

Hurm.. sebagai blogger , kita kena hati hati dalam menulis. Jangan sedap nak kejar trafik hingga sanggup lukakan hati orang lain !

Hakikat sebenarnya seorang ayah zaman ini ?

 

Kenapa si suami sering sorokkan telefon pintarnya dari si isteri ???

 

Tadaaa.. Simpan gambar perempuan lain ? Kikiki… buang karan jer kan ? Kalau si isteri tengok , takut kecik hati.. kan kan ? Nanti dia kata ..

“ Amboii.. dulu masa bercinta , amik gambar kita setiap saat ! Rindu kononnn… Sekarang , nak amik sekeping gambar kita pon payahh ! “

Dah tak pasal pasal merajuk.. Letih nak pujuk.. kalau budak kecik , leh kasi Magnum Mini satu.. Ni yang besar ? Silap silap pujuk , Zahra dapat adik lak.. awal lagi wooo …

Oh ya.. aku tak sorok pun hp aku ni… tapi kalau biar gitu jer , aku takut Qhaliff ganyang lak ! Bukan tak pernah kena.. Dah byk kali ! Kang rosak , aku dapat alasan untuk beli Z3 lak !! Haa… duit lagi tuuu…

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI