Dapur Tanpa Sempadan...

Rabu, 12 November 2014

Bila mak masak !

 

image

Simple je mak aku masak ari ni tapi dia punya nafsu nak makan tuuu ! Perghhhhh …  Kalau ada sambal belacan dengan ulam , aku rasa aku pasti akan abiskan satu periuk nasi !!

Welcome to boroi , Ben ! Hahahahaha .. Hancusss gueee …

UPIN IPIN kat PICC ?? Malas !

 

Hurmm… Upin Ipin di Picc nanti.. Dgrnya Ultraman pon ada ! Waah … tapi aku tak berminat langsung nak bawak Qhaliff pergi ! Kalau dulu , mungkin tapi selepas duduk berborak santai ari tu dengan mereka  , segalanya berubahah.. telinga aku masih terngiang-ngiang kata kata mereka ..

Aku malas nak cerita kat sini. Aku percaya pada Allah dan rezekiNya ! Walaupun blog aku ni dalam bahasa Melayu , tapi banyak job aku dapat dari mereka yang bukan orang Melayu malah pernah agen pengiklanan dari Singapura pon kagum dengan pencapaian blog aku !

Kawan , biarlah tak kaya asalkan apa yang kita buat , dapat keberkatan dari Allah.Niat kena penting ! Baik aku gi Legoland nanti.. hurmm..

Aku macam mimpi jer.. Rasa seronok jumpa orang berjaya tapi keseronokkan tu hilang bila ingat kembali kata katanya ..

Serius , aku sedih dengan peniaga kita !

 

Aku dah nak masuk 5 tahun lebih dalam dunia blog ni.. Hurm , jap aku kira 6 tahun.. jap aku kira 5 tahun ! Adehh.. Camana aku kira pon tak tauuu .. Tak kisah laa… Janji dah bertahun tahun , kan ?

Tapi yang paling kerap aku jumpa la kan.. syarikat besar  bangsa aku ni cukup takut melabur pada blogger ! Haihhh … Ada yang sampai pernah tawar kat aku , RM200 sebulan tapi nak suruh review produk dia setiap minggu ! 2 kali seminggu lak tuuuu ! Haihh.. sedih aku ..

Menariknyakan, usahawan kecil tak takut langsung nak melabur pada blogger. Mereka sanggup keluar duit asalkan blogger buat kerja dengan bersungguh sungguh ! Mereka tak harapkan produk mereka laris cam pisang goreng selepas dipromosikan sebaliknya hanya nak perkenalkan dan viralkan saja produk mereka di media sosial !

Hurm… Entah la… aku dah banyak kali terlibat dengan macam macam peniaga tak kira besar atau kecil .. Kekadang aku tak tau camana nak bantu mereka sedangkan mereka tau blogger pon cari makan melalui blog mereka ..

Nak lagi menarik ? Sebelum berjaya , janji manis macam macam .. Dah berjaya ? Adehh… Sebab tu wujud pepatah  ‘janji melayu ‘. Nak salahkan sapa ??

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI