Dapur Tanpa Sempadan...

Sabtu, 15 November 2014

Masalah kehilangan barang .. bermula !

 

Hurmm.. earphone ?  remote control tv, astro dan sebagainya.. Hilang tanpa dapat dikesan ! Selepas diselongkar menyeluruh atau hari berikut tanpa dicari , ianya muncul tanpa diundang !

Begitu juga dengan … isu terbaru ini !

 

Yup.. jumpa tanpa disangka sama sekali lokasi dia sembunyikan ! Hurmmm.. Pasni kena pasang Gps pada setiap barang barang yang ada dalam rumah ni ! Huhhh.. banyak duittttt aku nak buat gitu !

Mata ini perlu lebih tajam lagi memerhatikan tindak tanduk Qhaliff yang semakin .. boring di dalam rumah ! Aku nak belikan dia set gelongsor tu .. mak dia kata membazir jer.. Hurmm.. orang perempuan .. Beli pinggan mangkuk banyak banyak , boleh la pulak ! Arghhhh !!

Isteri adalah hadiah dari Allah ..

 

Penat camana pun.. stress camana pun , dia tetap buat kerja dia kan ? Walaupun ada yang bukan dalam tanggungjawabnya , si isteri tetap buat tanpa banyak cerita.. Yang banyak cerita tu , kenalah belajar ikhlas !

Dan suami , sila jangan amik kesempatan ! Si isteri buat kerja , awak gi lepak kedai mamak dengan kawan kawan ! Kononnya dah tanggungjawab isteri di rumah.. Tanggungjawab suami melepak di kedai mamak kah ? Apasal tak nikah je ngan mamak tu ? Senang kan ?

Hurm… sebelum bernikah .. beria bercinta.. Pelbagai janji setia diberi.. Kenapa dah dah jadi hak milik , tak nak pulak jaga ? Dulu tak bagi tangan isteri kasar .. sekarang kalau boleh biar je jadi cam jalan tar ! Tak kisah !!

Sama sama bina rumahtangga.. sama sama hiasi dan jaga.. kan ?

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI