Selasa, 18 November 2014

“ Bishing arrr .. “

 

Bila anak kesayang yang bikin ..

Hurmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm ….

Dia yang buat.. aku tegur .. aku pulak yang ‘bising’ ????

Jus Belalai Gajah untuk kanser dan darah tinggi ?

 

Majoriti mengatakan , daun atau jus belalai gajah ni bagus untuk cegah kanser .. tapi untuk darah tinggi ? Hurmmm ..

Tadi aku gi gym.. Borak la ngan sorang otai ni.. Dia ni ada sejarah gout dan darah tinggi. Selalu gak la kena bebel ngan aku gara gara malas jaga makan ! Selepas kena serang gout tahun lepas , tak silap aku .. dia dah mula dengar bebelan aku ! Heheheh..

Dan tadi.. dia ada kongsikan satu petua untuk cegah darah tinggi.. memandangkan aku pun ada gak sejarah darah tinggi ! Katanya dia ada tanam pokok belalai gajah kat opis dia .. Aku tak tau la camana dia punya tanam.. Aku angguk je la.. Katanya lagi , setiap pagi dia akan amik dua tiga helai daun belalai gajah dan rendamkan dalam air panas. Pastu minum air tu..

Balik rumah.. terus aku tanya bapak aku.. Hehehe.. 

“ Jus Belalai Gajah kat dapur tu tak nak ke ? “. Dan seperti aku jangkakan .. dia tak nak.. Dia memang payah nak minum menda menda gini.. Dia lebih percayakan ubatan doktor .. Hehehe.. Lagi pun dia takut gak kandungan gula dalam satu satu produk tu.. Dia ada kencing manis..

Aku , cuma mampu senyum dan amik jus belalai gajah tu masuk ke dalam bilik.. hehehe.. Jimat dah !

P/S : Ramai tanya mana beli.. cuba cari di kedai jamu area Chow Kit ..

Patutkah aku membenci WAZE ?

 

Sebelum ni ‘Waze’ dah selamatkan aku dari sesat tapi semalan , dia bikin onar sama aku ! Aku nak cari Westin Hotel , tapi dia bawak aku ke tempat yang sedang diubah suai ! Dah la dengan jammed satu hal.. Kena pulak time orang balik kerja ! Aiyooooo !!

Apakah keyword aku salah ? Enggak mungkin sama sekali ! Aku dah bagi macam macam .. dan destinasinya , sama jer ! Padahal kat mana tau Westin Hotel ?

Sebelah JWW Marriot Hotel jer !! Arghhhhh !! Tempat mainan aku je ponnn.. Camana aku tak ingat langsung ?

Ok.. aku dah tua !

Kalau aku kembali muda !

 

Semalam sewaktu ‘break’ di rancangan Assalamualaikum , TV AlHijrah .. ada la bual bual kosong .. Antaranya hos rancangan bagitau aku mengenai blognya yang dah bersawang.. Hehehe.. Orang dah sibuk , mmg payah nak update blog.

Tapi kan.. bagi aku laa… Kalau dah mula berblog tu , jangan sesekali tinggalkan ! Rugi benar kalau tinggalkan apatah lagi blog dah ada pembaca setia .. Kan ? Update je la camana pun.. Sehari sekali dah memadai.. Tak perlu nak panjang lebar !

Kalau aku kembali muda la kan.. terutama jika masih belajar.. Apakah aku akan berblog ? Yer ! Aku akan berblog !! Aku takkan buat masa lepak di cafe , atau lepak dengan kawan kawan pastu sembang kosong ! Aku akan bukak laptop , update .. Apa yang akan aku tulis ? Aku akan kongsikan pengalaman aku tentang apa yang aku belajar hari ni ! Bukan tunjuk pandai tapi sekurang kurangnya ilmu yang kita dapat hari ni , boleh dikongsi dengan rakan lain dan mana tau , ada kawan yang lebih pandai dari kita akan berkongsi ilmunya pada kita lak kan ?

Di usia remaja ni sebenarnya terlalu banyak menda nak diceritakan.. Tapi ‘mereka’ sering kata , takde masa .. sibuk ! Tapi peliknya , Facebook dan Twitter atau Instagram kerap pulak update ! Malah , sempat balas komen kawan kawan punya status lagi..

Nak berjaya dalam hidup , jangan cepat bagi alasan.. Jangan mudah cari alasan ! Mulakan dengan selangkah dan jangan sesekali berhenti !

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI