Dapur Tanpa Sempadan...

Khamis, 20 November 2014

Anak anak kita memerhati !

 

Aku tak pernah main game depan dia atau ada game pon dalam handphone tapi … haaa.. dia main dengan sepupu dia yg jauh lebih tua dari dia… dia memerhati dan belajar !

Bila sepupu dia gi sekolah .. dialah raja !

 

Nasib baik la dia main kejap jer.. Pastu sambung main robot dia .. huhuhu… Selagi mana aku tak ajar dia , dia takkan jadi kaki game , kan ? Huhu..

Game puzzle atau game IQ , aku ok jer la..

Sekolah kebangsaan atau sekolah swasta ?

 

“ Bang , nanti Qhaliff nak antar sekolah kebangsaan ke swasta ? Kawan ada tanya gak.. Ada yang hantar swasta… cam sekolah tahfiz tu .. “.

“ Hurmm … “. Buntu jap ..

Aku sendiri ‘membesar’ di sekolah kebangsaan dan juga pernah mengajar sekolah kebangsaan. Sedikit sebanyak aku tahu ‘ apa itu sekolah kebangsaan ‘ .. Hurmm

Tapi sejak kebelakangan ni , ramai dah mula hantar ke sekolah swasta .. Kenapa ? Walaupun modul pembelajarannya sama tapi dikatakan sekolah swasta ni lebih ‘serius’ berbanding kebangsaan sebab parents bayar mahal wooo !!

Maksud serius yang aku katakan ni , guru menumpukan perhatian lebih pada anak murid.. Kata mereka laa .. Aku tak tau la sangat.. Yang aku tau , aku gi tuisyen masa nak amik UPSR , SRP dan SPM .. Cara ajar pun lain la.. Apa nak kata kan ? Bayar mahalll !!

Aku bukanlah nak menidakkan sekolah kebangsaan .. Aku suka sekolah kebangsaan .. Dulu laaa.. Sekarang ni , macam murid murid dah dijadikan ‘tikus ujian’ lak… Sian anak anak kita ..

Maka tak hairanlah ..

image

“Menteri sendiri melanggar polisi pendidikan negara dengan menghantar anak ke sekolah swasta dan antarabangsa dan menteri juga hantar anak mereka ke sekolah awam (sebenarnya swasta) di UK. Ia kemudian diikuti anak orang kaya,” - www.chedet.cc

Hurmmm…. camana tu ??? Makin menyampah pulak aku dengan ‘golongan’ cakap tak serupa bikin ni !!

Ben Ashaari di Maskulin Disember 2014

 

Alhamdulillah .. Terima kasih KarangKraf dan Maskulin atas peluang yang diberikan .. Satu lagi kenangan yang cukup bermakna untuk aku..

Tapi .. kenapa aku tak rasa gembira eh ???

Kadang kadang , kejayaan kita belum tentu akan disambut dengan senyuman oleh rakan rakan kita .. Hurmm .. Tak pe la .. Anggap saja ianya cabaran untuk terus berjaya dan berjaya lagi !

Pedulikan mereka .. Fikir positif..

“ Mereka menyokong dalam diam .. “.

Kan ?

Tiba-tiba mood blogging ke laut !

 

Rupa-rupanya .. dah dapat alamat ! Hahahahaha ..

Hak ‘keistimewaan’ aku telah ditarik balik ! Tiada lagi download movie pasni ! Huwaaaaa.. terpaksa la belajar berjimat cermat menggunakan kuota bandwith ! Adehhh ..

Telefon pintar kita semakin canggih manggih.. tapi sayangnya , internet masih lagi dok main kuota kuota ! Perghh.. dasat dasat ! Sampai bila nak gini ?

Teringat dulu kata kata seseorang yang berpengaruh.. Putrajaya dan Cyberjaya akan jadi bandar internet percuma .. Hehehehe .. InshaAllah.. Zaman Qhaliff la kot .. Zaman ni , bajet tak cukup lagi.. hehe..

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI