Jumaat, 21 November 2014

Menangis aku sekejap ..

 

Makin agak payah Qhaliff sekarang ni  ! Apakah kerana pergaulan dengan rakan sebaya ? Tetiba pandai dah ‘TAK NAK ‘ .. Ajak mandi pon susah.. Menangis meronta .. Hurmm..

Dan tadi , dia menangis tak nak pakai baju.. Aku rasa dia mengantuk sangat tapi bila dia berperangai gitu , aku jadi sedih sekejap ..

Aku pasangkan dia youtube.. Tunjuk dia sewaktu dia kecik dulu .. Secara tidak aku sedari , airmata turut mengalir.. Cepat benar masa berlalu ..

Jauh berbeza dulu dan sekarang ..

Anak patung pertama untuk Zahra Nur Iman

 

Cony Plus Doll dari LINE .. hehehe

Dapat sewaktu aku hadiri event #AirAsiaLine di Hilton Kuala Lumpur , pagi tadi .Majlis yang aku gi ni adalah pelancaran kepada usahasama Air Asia dan pengendali aplikasi LINE.

Nanti aku cerita kat korang pasal usahama diorang ni eh .. Ni tajuk pasal Zahra ni .. Terlari lak .. hehehe ..

Sukakah dia ?? Huhuhuh.. gegurl memang kena main dengan anak patung eh ??? Hehehehhe …

Lelaki ? Car ? Pistol pistolan ? Hurmm.. Tablet ? Huhuh..

Aku dah mula merindui mereka !

 

Hurm.. Cepat jer membesar ! Ada yang tak sabar nak anak mereka membesar tapi aku tidak ! Aku tahu aku akan ‘kehilangan’ jadi sebaiknya aku perlu hargai masa !

Hurmm.. bila dah anak dah nak hampiri 3 tahun , mereka jadi kanak kanak ! Bukan lagi bayi yang mudah kita nak cium , gigit pipi lengan peha gitu.. Mereka dah mula reti segan dan malu kalau kita gomol !

 

Hargai masa ! Jangan biarkan masa berlalu begitu saja … Biarlah mereka membesar dari hari ke hari , dengan penuh kenangan terindah !

Habbatus Sauda di pagi hari !

 

Aku dulu tak berapa paham kelebihan Habbatus Sauda ni.. Hinggalah kelmarin , wife buat roti ..dia campurkan sedikit Habbatus Sauda ni.. Pastu rasa cam.. best jerrrr.. hehehe.. Pastu mula la keluar angin !

Semalam , aku try makan secara terus .. Hurmmm.. Dan paling aku suka ialah , bau mulut ! Haaaa.. bau mulut enggak ada dong ! Terus bau Habbatus Sauda .. Wangi gituuuu ! Tak perlu dah aku nak kunyah chewing gum … hehehe

Dan tadi , aku amik secubit lagi.. hehehehe .. Pahit ? Perghhhhhh….. Memang pahit… Hahahaha … Tapi berbaloi ! Perut banyak angin.. tu nampak boroi  !

( Alasan sebab perut boroi skang ! )

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI