Selasa, 25 November 2014

Mulakan operasi kuruskan badan !

 

Hurmm.. aku ke dia ni yang nak kurus badan ? Adoiyai.. aku kena serius dah ni ! Dah semakin semput bila berjalan jauh ! Haaa.. Penat nak usung perut dah sekarang ni !

Amik la apa produk sekali pun kalau tak disusuli dengan senaman yang betul , tak guna gak ! Apa guna nampak kurus tapi tak fit kan ? Tapi camana aku nak fit kalau baru nak bersenam , ada orang lain join sekali !

Bukan tak boleh.. tapi masalahnya ialah , aku seminit bersenam , dia 5 minit ! Aku nak start balik , pasti dah sejuk badan ! Huhu… Last last dia yang kurus !

Tujuan utama dia nak kurus , dia nak muat masuk dalam baldi ni !

Internet oh Internet !

 

“ Sayang , booking je la Unifi ! Boleh bankrupt gini !! “.

Malam , sebelum tidur .. Qhaliff akan cari handphone ! Samada aku punya ada mak dia punya ! Langgan 4GB data , RM58 ! Pakai sah sah tak sampai seminggu ! Huh. Dua orang ? Sebulan mau RM300-400 gak kalau camniiiii !

Tak silap aku , aku baru langgan minggu lepas untuk 4GB.. Dan hari ni , aku dapat amaran !

" RM0 U've utilized 70% of ur 4.00GB Internet. TQ!"

Dan Qhaliff dok kacau aku .. Nak amik handphone aku sebab tab dia tak leh guna ! Aku dah la nak buat kerja .. Grrr… Nak tak nak , aku langgan 1GB lagi !! RM15 kooooo .. Adeh ! Beli menda tak nampak ni , mmg sakit hati wooo !!

 

“RM0 Ur subscription of 1GB additional volume is successful! RM15 has been deducted. Check Balance & Status: Send MAX STATUS to 28882 “

“ RM0 Baki Internet: 1.95GB. Monthly RM58 Internet Plan (4GB) anda akan tamat pada 11:59 PM, 19/12/2014 “

 

Huh… 19/11 – 25/11 , dah nak abis 4GB !  Perghhhh … lemau gini wehhh !

“ Dah booking bang .. Booking online dapat free 1 bulan ! “ .Kata wife ..

Hurm.. belasah je la.. Tak tahan gini ! Nasib baik aku skang abiskan masa kat rumah berbanding masa Qhaliff membesar , aku banyak ulang alik ke Cheras.. Huhuhu..

GST lom mula lagi.. Nanti GST lak ? Tak tau la camana kos hidup pastu ! Segalanya dah naik harga.. Kena mintak naik gaji aku ni !!

Bila minyak Batook Ori abis !

 

“ Abang , minyak Zahra abis dah ! Kena order dah ni .. “.

“ Hurm.. order banyak skit la.. Wat stok.. Kot la anak buah nak gak nanti .. Leh jual sekali.. Heheheh.. “.

Menurut Pn. Fazillah selaku agen yang menjual minyak Batook Ori ni , dia dapat banyak tempahan setiap hari ! Ini kerana minyak  Batook Ori ni mmg berkesan terutama untuk si kecil ..

Untuk orang dewasa , boleh gak ke ?

Hehehee.. “ Ben , mana nak beli ? “. Aku tau dah itu soalan  bakal aku terima selepas korang baca entri ni kan ? Ok ok… Nak order , sila ke page BATOOK ORI dan sila buat tempahan sementara stok masih ada ..

Mudahnya dengan Tok Mommy’s Kitchen !

 

Nak makan apa tengahari ni ? “. Wife tanya. Memandangkan dia terpaksa amik cuti sebab Zahra kurang sihat , aku cadangkan dia masak je apa yang mudah dan pantas. Yang penting , kami bertiga makan ! Heheheh ..

Ni ada pes ayam masak merah Tok Mommy’s Kitchen. Pakai ni je masak yer ? “.

Aku anggukkan kepala. Aku tak kisah bab makan. Asal ada dah memadai. Malas nak berkira. Wife pon banyak kerja nak disettlekan.. Kang nak masak lelama kat dapur , meraung lak Zahra tu.. Hurmm..

Tak sampai setengah jam kat dapur , wife panggil makan ! Nasi , telur dadar dan ayam masak merah !

Alhamdulillah .. Masa untuk makan ..

Menariknya , Qhaliff join sama makan nasi ! Biasanya dia memang payah nak makan sama. Kena suap kat dia baru nak . Tapi kali ni , dia sendiri makan.

“ Tak pedas ke ? “ . Wife tanya aku. Aku gelengkan kepala.. Qhaliff , berselera makan ..

Selain ayam masak merah , dalam peti ais aku tu ada pes mee bandung , pes kari dan  pes asam pedas ! Standby jer bila bila nak makan .. heheheh ..

Mana dapat ?

Photo

Hehehehe.. Pilih dan order jer .. Oder minimum 3 pek dan penghantaran adalah percuma !

Mat Gebu pon semalam dah masak gunakan pes pes yang dijual di Tok Mommy’s Kitchen dan katanya , semua memang menyelerakan dan amat mudah disediakan ! Tak remeh dah terutama bagi mereka yang takde masa nak memasak di rumah tapi nak masak jugak ! Maksud aku , wanita berkerjaya atau si bujang lelaki  mahupun perempuan yang nak memasak laa ..

Kalau banyak masa , boleh deco deco cam Mat Gebu buat ni.. hehehehe ..

Kesihatan Luaran

Apa itu VCO? VCO adalah virgin coconut oil atau minyak kelapa dara dalam bentuk soft gel .Kelebihan VCO atau minyak kelapa dara keluaran Catalyst ialah ianya menggunakan 100% bahan semulajadi yang sangat bagus diambil sebagai supplement tambahan untuk terutamanya untuk kulit.

KEBAIKAN VCO

  • Menghilangkan parut jerawat dan strechmark bagi wanita yang hamil.
  • Kulit tidak mengalami sebarang masalah jerawat, berminyak, dan kering.
  • mengurangkan berat badan & meningkatkan metabolik
  • menghasilkan tenaga segera
  • jika disapu , mengurangkan infeksi , mencegah garis halus ,  hilangkan parut rekahan pada perut , parut jerawat dan jeragat
  • kulit muka tidak berminyak
  • lenguh badan hilang
  • sering kelihatan bertenaga

 

KESIHATAN DALAMAN

  • bagus untuk ibu mengandung
  • bantu hilangkan keletihan
  • meningkatkan daya tahan fizikal dan mental
  • melindungi tubuh dari risiko penyakit jantung , tekanan darah tinggi
  • gigi jadi kuat dan melindungi dari dari setangan osteoporosis
  • memperbaiki kandungan asid dalam rahim wanita
  • mengatasi masalah menopause
  • regular kan semula PMS anda
  • kesuburan
  • kurangkan senggugut
  • membantu sistem penghadaman  dan pencernaan

KESAN SEGERA

  • melegakan pernafasan
  • melegakan batuk
  • melawaskan pembuangan air kecil & besar
  • meningkatkan kadar metabolik
  • mengurangkan rasa mudah lapar
  • mengurangkan kolesterol dan kadar lemak dalam badan
  • mempercepatkan sel-sel kulit  mati dengan sel-sel baru (jerawat dan jeragat)
  • memusnahkan virus bakteria , kulat (keracunan makanan)
  • tenaga segera

 

Nak order?

Whatsapp +0194788828

ig : syy_catalyst

Harga : RM39.90 ( SELURUH MALAYSIA)

Sesuaikah usia 3 tahun di hantar ke Taska ?

 

Seminggu di rumah mak aku , Qhaliff bertukar watak ! Perghhhh .. Cepat benar terpengaruh dengan sepupu sepupu dia .. Hurmm.. Nak ajak mandi pon payah ! Berbanding sebelum ni , senang je ajak mandi..

Bukanlah aku salahkan sepupu sepupu dia tapi dia ni cepat benar ikut ‘perangai’ orang lain.. Belajar cepat ! Hurmmm.. Ni yang aku risau kalau aku nak hantar dia ke Taska tahun depan..

3 tahun usia.. Sesuaikah ??? Ada yang suruh tunggu 4 tahun baru hantar .. Ada yg dah hantar pon seusia 3 tahun..

 

Nak hantar ke tak eh ? Tak jauh pon.. Plan nak hantar ke Little Khalif jer .. Eh Little Caliphs.. Tapi kan… orang kata kannn .. Dia punya yuran , mmg boleh bikin telan air liur jap ..

Ye ke ??

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI