Dapur Tanpa Sempadan...

Rabu, 26 November 2014

Zahra bikin daddy …

 

Grrrr !!!

Bila datang ‘bosan’ dia , dia tak nak masuk dalam buaian dia.. Nak kena dukung jer ! Perghhh … Walhal dia mengantuk .. Tapi lawan mata ! Aku kasi mandi .. Ingatkan pastu boleh la  tidur ! Gagal jugak aku !

Abang dia .. selamat dah tidur ! Dalam dok main hp , tau tau terlena terus .. Hurmmm .. Camana nak buat ni ? Aku pasang youtube.. ABC ! Terus senyap dia dalam buaian ..

Perghhhh.. Nak jugak youtube dia niiii ! Ini macam kalu… Celcom kaya laaa !!

Tiap tiap hari bapak kamu top up data ! Perghhhh… Tokey balak pon cari tin kosong cam ni .. Huhuhuh…

Tiba-tiba ternampak sesuatu di Facebook .. Terus insaf ! Yelah , yelah.. daddy pasang ! Duit leh cari.. anak ??

Hari ini ada .. Esok ?

 

Semalam ..

Hari ini !

Esok ????

Letih nak mengutip aihh…

Hormatilah ibu kamu !

 

Baru 2 orang anak .. camana mak aku handle 4 orang !! 3 lelaki satu perempuan ! Patutlah kekadang mak aku jadi ‘tarzan’ bila aku takde kat rumah ! Menjerit abis satu flat dengar suara dia .. huhuu…  Segalanya demi anak !

Ni aku bertiga di rumah ! Antara nak buat kerja , nak jaga anak ? Mana satu kena utama ? Tentulah anak .. tapi kalau dok layan dia , kerja tak jalan ..masalah gak !

Kekadang , mmg tertekan gak aku .. Bila datang keadan gitu , sian kat anak anak .. Hurmmm ! Kekadang rasa macam nak je gi kerja kat pejabat dan anak anak letak di rumah pengasuh ! Tapi , aku tak sanggup buat gitu lak ! Nak tak nak , aku kena belajar hadapi segala tekanan ni dengan penuh kesabaran !

Sekarang ni , cecah je jam 11  atau 12 malam .. aku dah pancit dah ! Confirm terlena punya .. kalau terlajak , sure esok akan mengantuk atau kepenatan .. Hurmm..

Camana la mak kita leh ada tenaga sepower superman ?

Tugas setiap pagi , pagi !

 

Update blog ? Sebelum kul 7 pagi , aku kena siap sekurangnya satu dua entri bagi memastikan siang hari , blog aku ‘berpenghuni’ ! Kalau tak update pon memang berpenghuni tapi aku tak puashati !

Lepas wife gi kerja , tugas aku bermula ! Sorang sorang aku kerjakan.. bermula Zahra ! Qhaliff , liat skit skang nak mandi pagi. Tapi bila dia teringat akan baldi merah dia , dia sendiri akan ajak aku naik mandi !

Sebelum tu kena pastikan Zahra lena diulit intan ! Pagi pagi , dia mudah tidur . Takde masalah pasal tu pon.. Heeee…

Cabaran aku sebenarnya bukanlah itu.. tapi Qhaliff ! Aku kesian kat dia sebenarnya .. Sangat kesian .. Aku kena buat sesuatu sebab dia sedang menyedut apa saja yang lalu di kepala dia !

Mee Bandung Muar Tok Mommy’s Kitchen !

 

Akhirnya ! Dapat jugak makan .. Setelah berhari dalam peti ais , pes Mee Bandung Muar dari Tok Mommy’s Kitchen ni .. wife masak jugak tadi sebagai hidangan makan malam !

Lama ke nak buat ? Kejap sangat ! Dia sampai je rumah .. terus gi dapur ! Sediakan bahan cam udang , sotong .. kemudian campurkan dengan pes Tok Mommy’s Kitchen.. sedikit air dan , siap !!

Sedap ? Huhhuh.. Aku hirup kuah dia wooo ! Licin !! Kalau tak kerana Zahra dok menangis , confirm aku tambah sepinggan lagi ! Huhuhuh… Esok , wife nak try pes kari lak ! Semalam dah buat asam pedas ! Hurmmmm…

Mana nak dapat pes ni ? Hurmmm.. Gi je masuk ke dalam fan page Tok Mommy’s Kitchen. Dalam tu , segalanya dah ada ! Order camana ? Sms jer .. Settle !

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI