Ahad, 30 November 2014

Sambutan Harijadi terbaik buat aku !

 

Terharu ! Tak sangka ramai kawan kawan blogger sanggup redah kesesakkan lalu lintas untuk hadiri majlis harijadi aku hari ni yang dirancang rapi oleh blogger Yanty.

Terlebih dahulu jutaan terima kasih pada penaja , Flora Kafe AmpWalk yang menyediakan tempat menarik , selesa dan makanan yang menepati selera rakan rakan termasuk si anak kecil yang datang ..

Sakan gembira blogger blogger yang datang tadi ..

 

Manakala kek rasmi harijadi hari ni ditaja oleh kak Nina Cybercake atau dah tukar nama ke Niena Cke.  Seperti biasa , keknya mmg unik dan sedap ! Abis semua tapau bawak balik.. heheheh …

image

Terima kasih #kelabbloggerbenashaari !

Bagi korang yang tercari tempat nak sambut harijadi atau nak buat reunion atau sebagainya , bolehlah try Flora Cafe ni ! Gi je ke FB mereka dan tanya je apa nak tanya.. InshaAllah akan dijawab dengan pantas .. Harga ? Berpatutsan sangat !

Plagiat idea ? Event percuma ?

 

Hurmm… Dah pulak jadi isu panas semalam ! Katanya plagiat idea dari pihak lain ! Hurmm… Aku yang tak tau apa apa terpinga pinga sekejap sambil makan Cadbury yang dah disahkan Halal oleh Jakim tapi masih ramai dok was was lagi ! Apa nak buat kan ? Dah bagitau pun salah , tak bagitau po salah.. Dah memang gitu orang kita kan ?

Ahaaa.. Pasal plagiat idea tu.. Aku ada bertanya sendiri kepada penganjur dan mereka menjelaskan pada aku. Aku tersenyum je la.. Berlaku salah faham di sini je pon ! Apahal nak kecoh sangat ? Nak gak aku tau… idea ni memang asal dari orang tu ke ? Kiranya dalam dunia ni , dia memang yang pertama buat macam tu ? Kiranya asli la eh ?? Aku yang join event ni pon dah rasa macam banyak kali jer join ‘game’ macam ni ! Samaaaa je ! Sapa plagiat sapa ni ???

Aku tak rasa isu utamanya adalah plagiat pon.. Ada isu disebalik isu , aku rasa ! Yang tak tau apa apa tu.. Aku rasa sebaiknya , tak perlu la nak menyibuk atau masuk campur ! Biarlah mereka menyelesaikan sesama mereka ! Matured la sedikit ! Menda boleh diselesaikan pon !

Aku punya SEGMEN , ramai je blogger ikut.. Aku tak pernah pulak nak kata blogger plagiat idea aku .. kan ? Biar je la diorang nak buat.. Bukan aku gi daftar dan jadikan hakmilik abadi aku ! Huhhh..

Dan isu event percuma ni ! Aku terima banyaaak email ajak datang ke event percuma ! Kadang kadang aku serba salah nak terima.. Bila aku tak terima , tapi ada je aku tengok blogger blogger yang aku kenali pergi .. Pulak ?? Nak sepakat ke tidak ni ? Takkan aku je beria tak terima kan ?

Berfikiran lebih terbuka .. aku terima la mana yang aku rasa berbaloi untuk aku hadiri ! Macam semalam .. Aku pergi untuk luaskan network aku… apatah lagi yang jemput aku sendiri tak pernah jumpa aku tapi pernah dengar nama aku. Bila aku pergi , aku perjelaskan dengan lebih lanjut kenapa dan mengapa perlu bayar blogger ! Kan lebih enak begitu dari terus boikot event ! Lagi pun , dekat dengan KLCC je pon.. senang je nak gi kan ? Bukan buat kat Paris pon kaannn ..

Dan , kalau semua event berbayar .. rasa rasa sapa yang akan dipanggil ? Blogger yang baru nak naik atau blogger yang memang dah ada nama je akan dipanggil ? Jadi , blogger blogger yang baru ni camana ? Kena seimbang ! Sesekali join event tak berbayar , ok laa kan ! Bukannya selalu .. Penganjur pon bukan paksa blogger buat entri ! Terpulang la pada masing masing ..

Nak boikot atau nak berpiket , biar tau asal usul cerita .. Jangan dengar sebelah pihak jer .. Segalanya pasti BERSEBAB ! Jadi blogger matang bukan blogger ikut ikutan .. Dan blogger sejati adalah blogger yang bijak menulis dan berpengaruh ! Bukan blogger tayang muka rasa cun memanjang tapi entri tak memberi manfaat pada masyarakat dan negara !

Blogger sejati bukan artis hiburan yang murahan .. !

Selamat Hari Lahir ke 28 , BEN ASHAARI !

 

Rileks laaa.. feeling muda jap ! Hahahahhaa … 38 ke 39 eh ? Aku lahir 1985 .. Berapa eh ? Cer kirakan .. Kira kan laaaa.. Alaaaa.. Kedekut ilmu tull ..

Hadiah ? Alhamdulillah… Antara hadiah terbaik pernah aku terima selain dari dua ‘hadiah’ dari isteri tercinta iaitu , Qhaliff dan Zahra ! Tak mention ni , mau kena tidur luar rumah aku malam ni .. Hahaha.. Ikhlas laaa !

Selain tu.. hadiah paling best dari rakan rakan dunia maya ini ialah .. Dalam tempoh 2 minggu aku berada di media masa .. elektronik dan cetak ! Tv AlHijrah , Sinar Harian , Majalah Maskulin , Harian Metro dan Utusan Malaysia !

 

Selain tu aku pernah muncul di beberapa buah majalah lain dan juga media elektronik .. Contoh ? Leh tengok la kat SINI ! Er , Malas eh ? Di Nona , Wanita Hari Ini , Generasi Y ( TV1 ) , Majalah RAPI , Kosmo , Majalah Harmoni, Majalah Ibu dan Anak , Majalah In Trend , Majalah Pa & Ma , Salam Muslim ( Astro Oasis ) , Saffiya ( TV9 ) dan CNN ! Ok , CNN ??? CNN aku tipu jer .. hehehehe … Menariknya , satu pon aku lom framekan lagi ! Hehehehe..

SELAMAT HARI LAHIR , SALBANI ASHAARI ! Alhamdulillah.. Syukur kepada ALLAH diatas kenikmatan dan kesejahteraan selama ini . Semoga Allah berkati , rahmati serta ampuni dosa dosa kita yang lalu dan yang akan datang ..

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI