Isnin, 1 Disember 2014

Kenapa patut boikot CELCOM ?

 

Dulu aku sayang CELCOM tapi dalam dua minggu ni ,CELCOM menduduki carta tertinggi senarai perkara yang aku benci selain lipas dan orang yang suka tikam belakang !

Ok.. isu utama ialah CELCOM ! Awal pagi tadi , aku dah dpt mesej yang membawa kepada kegeraman terakhir ! Dan aku nekad, Celcom ni memang layak untuk wat call jer .. seperti dulu dulu !

" RM0 Anda telah guna RM3 (bayar-bila-diguna@50sen/50kb).Utk elak caj bayar-bila-diguna,langgan pelan Internet &dail *118# sekarang! ".

Disusuli dgn ..

" RM0 Anda tlh guna RM10(50sen/50kb).150MB Internet percuma tlh dikrdt ke akaun anda,sah hgga 11.59PM.Dail *118# utk lggn pelan Internet &elak caj byr-bila-diguna ".

Tak lama kemudian …

"RM0 And tlh guna 150MB percuma.Internet byr-bila-diguna hanya boleh diakses selepas 11.59PM.Utk terus layari Internet,lggn pelan Internet &dail *118# skrg! “.

Aku try top up sebab aku nak buat kerja weh ! Tak bolehhh ! Dia kata boleh akses selepas 12 malam ! Huk alohhhhh .. Memang cari pasal betul !

Ok , fineeeee !! Malam ni aku nak gi Maxis Centre .. Aku nak amik pakej broadband yang pernah aku langgan dulu ..

Bila abis kuota , line cuma jadi 128kbps jer ! Bukan terus makan kredit pengguna atau tambah caj dalam tu ! Sepatutnya ini tidak berlaku terutama pada pengguna setia Celcom !! Patut perlu ada ‘simpati’ bila pengguna dah langgan lebih dari RM100 hanya untuk beli kuota internet ! Bukan terus sedap telan duit pengguna !

Selain dari Maxis Broadband untuk aku guna bila travel , aku akan langgan Unifi semula. Rasanya nak pasang jugak IPTV di rumah.. Senang cerita ! Astro ? Macam nak kena potong jer.. Sama gak tuuu wat perangai.. Main naik je harga tanpa amik pedulik rungutan pengguna !

Hurmm.. Bye bye CELCOM .. Jangan sampai senasib dengan McDonald dah la yer nanti ! Bukan aku sorang je merungut ! Ada sorang rakan FB juga turut up status mengenai Celcom ..

Bila korang nak boikot Celcom?!!

Servis macam celaka, bila nak minta bantuan operator bertugas, dicas pulak kita ni 50 sen. Itu dah celaka! Ibarat orang tengah susah atau sakit, yang datang menolong minta upah pulak!!! Tak ke sial macam tu!!!

Wei CELCOM, company korang jangan jadi sial dan babi sangat. Apa korang ingat kami ni guna khidmat kamu tanpa bayaran?!!!

Dah2 laa guna CELCOM!!! SALAH KITA JUGA SEBAB TAK PERNAH BOIKOT SECARA KERAS DAN TEGAS. “.

Qhaliff sakit telur ?

 

Dari semalam , dia merengek semacam ! Menangis memanjang kat rumah . Tidur pon tak lena aku dan wife dibuatnya. Wife dah nak naik stress dah… Aku ingatkan dia , ada orang lagi teruk dari kita.. Sampai tak tidur malam jaga anaknya yang sakit.. Kita bersyukur la..

Pagi tadi , bangun tidur .. Qhaliff sambung menangis ! Cari mak dia .. Aku lak stress ! Arghhhh.. Puas pujuk .. Ajak mandi.. Tak nak dia ! Aku bukak baju dia .. meraung lagi kuat ! Abis segala air keluar .. Aku try nak bukak seluar dia , dia tak kasi ! Lagi kuat nangis ! Aku paksa gak bukak ..

Masuk bilik air , dia tak nak mandi ! Hurmm.. Aku siram je la dia.. Tak lama pun mandi. Pastu siapkan dia.. Pakai pampers , dia menangis lagi kuat ! Seolah macam sakit kat situ. Aku skip part tu , try pakaikan baju. Dia ok.. Pakaikan balik seluar , dia nangis ! Hurmm… Takkan sakit kat situ kot ? Aku call wife suruh balik .. Ajak gi klinik , check.

Hurm.. aku pelik sebenarnya. Kalau dia sakit telur , takkan masa aku dukung dia tu , dia tak sakit ? Rileks dan gembira lagi !

Wife sampai rumah. Gi klinik Madivron.. Sesekali aku saja pegang seluar dia.. Takde la pulak nak marah atau menangis seperti sebelum ni ! Takkan kot ?

Check doktor.. doktor kata mungkin jangkitan. Tapi bukan sebab angin pasang atau bengkak. Dia kata kalau sehari dua lagi macam tu gak , dia suruh gi check doktor pakar .

Selepas keluar dari klinik, dia ok jer.. Happy semacam jer .. Stroller , dia conquer ! Zahra , kena gilir gilir dukung .. Tak dia kasi duduk dalam stroller !

Aku rasa … dia tak sakit tapi dia cemburu ! Dia tercabar dengan kehadiran Zahra !! Hurmm.. Saja nak curik perhatian orang tua dia ! Hurmm…

Zahra ada alergik ???

 

Tiba-tiba naik merah bintik bintik kat muka , badan dan tangan dia ! Apakah ??? Hurm… Apa dia makan ? Mak dia bagi sayuran macam Qhaliff masa kecik dulu la.. Tak bagi lagi telur atau kekacang pon ..

Tapi lepas letak bedak kuning, hilang la skit merah merah tu… Persoalannya apa menda tu ?

Selain alergik , dalam kepala bermain ialah hama tilam atau bantal ! Hama ke  nama dia ? Hurmm..

Payah jugak nak ‘bela’ anak dara ni kan ? Kena jaga tubuh badan dia ha.. Kang membesar , kesian je kalau ada banyak parut ! Nanti disalahkan mak ayah lak sebab tak jaga dia masa kecik dulu !

Mau jugak si ayah cakap..

“ Aku tak buang dalam tong sampah pon, bersyukur lah !! “. Tapi takkan laaa si ayah nak cakap gitu kan ! Kejam giler laaa.. Nak tak nak , pendam je dalam hati..

Bukan mudah jadi parents ni rupanya !

Sesuai untuk anak kita kah ?

 

Qhaliff memang suka kalau aku buat gini bila berjalan di mall atau beriadah di petang hari ! Bukan nak sangat tapi kalau aku biar dia berjalan sendirian , mau pengsan aku dibuatnya !! Kenapa ? Perghhh… lari sana sini pastu panjat sana sini.. haaaa … Kalau kat mall , mmg bahaya la kan ? Nak tak nak , aku kena letakkan dia atas bahu ..

Photo

Tercari gak mana nak beli menda ni .. Macam cool lak kan ? Hahahaha…  Tapi .. Hurm.. ada jugak karang  ‘insan prihatin’ bagi dalil dalil dari pakar kanak kanak !

Zaman ni , ramai pakar tak bertauliah.. Kenapa ? Hehehe.. Sebab diorang ‘berniaga’ !

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI