Rabu, 3 Disember 2014

Bila ringgit jatuh !

 

Gambar ni dikatakan dari akhbar Brunei yer.. Bukan Malaysia ! Gulp.. Ada yang kata keadaan terkawal ! Ada yang kata , bakal jadi lebih teruk dari tahun 97 !

Sebut tahun 97 , aku teringat kenangan aku makan tidur 24 jam di rumah gara gara menganggur ! Takde keje !! Company bankrupt ! Sian .. kan ? Apa nak buat .. Company bergantung pada saham masa tu.. Diorang kata laaa ! Aku angguk je laaa ! Gaji potong 50-70% masa tu sebelum jadi penganggur terhormat !

Penat makan gaji kan ?

Pagi tadi , aku keluar gi beli roti canai untuk ayah aku , mak aku , adik aku , aku dan juga aku ! Aku makan 2 kali laa .. Heheheh.. Sewaktu lalu satu simpang ni , ternampak la satu gerai ni . Anak anak muda meniaga ! Kagum jap aku .. Waduh … Tak pe , kang masa balik , aku singgah beli.. Support diorang !

Dan selepas makan dan beli lagi roti canai , seperti dalam perancangan awal .. aku singgah gerai tu.. Wahhhh ! Diorang meniaga cakoi laaa ! Teringat zaman sekolah dulu ! Tiap petang , mesti beli cakoi sebelum naik bas sekolah !

Gambar Hiasan

 

Ha.. sambung balik .. Aku pon beli la RM3 jer.. Beli banyak kang , aku jugak kena perabih ! Perghh.. penat boroi siut ! Mengahhhh.. tak leh tahan wooo.. Kena  start diet .. Er , dah start pon.. Ari off  sehari sebab nak makan cakoi.. Hehehe..

Aku kagum la tengok diorang. Sorang goreng , sorang potong potong tepung tu dan sorang lagi tukang letak dalam plastik ! Maka pantas la kan ?  Bekerjasama ni ! Biar makan sama rata la kan ? Baru syiokkkk !!

Bila tengok diorang meniaga gini , aku terfikir la kan.. Apa la susah sangat nak hidup di negara kita ni ! Makanan adalah wajib bagi manusia ! Meniaga makan , confirm laku kan ? Dapatkan resepi yang sedap pastu meniaga la kan ? Dari menganggur atau tunggu kerja pejabat .. nak glem atau bergaji besar jer .. Adehhh .. Tu aku laa ! Dulu laaaa .. Skang , dah jadi kuli orang pon ! Bos aku , aku laaa .. Haaa..

Aku ingakan , diorang meniaga pagi jer.. Rupanya belah petang pon ada ! Perghh.. bagus betul.. Petang siap ada air gitu ! Respek arr ! Dengan semangat gini , tak mustahil leh maju ke hadapan ! Cuma jangan ada yang berdengki dah laaa kan ? Atau.. ada pulak orang bukak gerai lagi kat sebelah.. dan lagi .. dan lagi ! Confirm DBKL mai punya nanti.. hehehe …

Nasihat , bila dah maju.. cepat cepat dapatkan lesen yang sah dan bukak kedai .. pastu leh panggil blogger mai promote.. kan ? Heheheh.. win win apa ??

Tidak jujur dalam berniaga !

 

Hurmm… Apa kes lak ni ? Heheehe.. kan ? Mesti itu yang korang tertanya punya .. kan kan ? Rileks… Ni cerita umum jer.. Sapa yang terasa pedas tu , maka sila la amik berat yer ..

Zaman ni , ramai berlumba lumba nak keluarkan produk sendiri. Sapa tak nak kaya kan ? Masyarakat semakin amik berat penjagaan kesihatan dan kecantikan .. kan ? Sayangnya , ada yang amik kesempatan dengan menipu pengguna ! Kononnya produk tu berkesan terutamanya dalam masa singkat ! Hurmmm.. Pacak model atau artis sebagai bukti betapa berkesannya produk tu padahal … !! Hurmmm ..

Jangan menipu pengguna dengan cara gitu ! Tak bagus .. kaya dalam masa singkat tapi ‘miskin’ untuk jangka masa panjang ! Allah nampak , kawan  !

Berrniagalah dengan jujur.. Hati tenang dan gembira senantiasa ! Itu juga tanda salah satu kekayaan yang orang lain payah nak dapat ! Kekayaan di dalam hati.. Walaupun untuk seringgit tapi bila berkat , seringgit tu akan kita rasa besar sangat ! Bila menipu , duduk dalam rumah banglo pon rasa tak tenang sebab kita tau , kita dapat dengan menipu orang ramai !

Jujurlah ..

Nasi Arab Reen's Kitchen - Mudah disediakan , Sedap dimakan !

 

Teringin makan nasi arab tanpa keluar dari rumah ? Hehehe.. Nak masak sendiri ? Heheheh ..

Hanya dengan memasak sendiri menggunakan ' Rice Cooker ' di rumah. Murah,jimat dan sungguh enak !!

Cara Penyediaan :

  • Basuh dan rendam beras selama 20-30 minit
  • Tumis semua rempah perencah dengan minyak masak / mentega
  • Hiris bawang merah dan bawang putih untuk menambah aroma
    ( Tumis sebentar sahaja, tak perlu sampai hangit )
  • Masukkan 600ml air ke dalam tumisan.Biarkan ia mendidih.
  • Tapiskan beras dan masukkan ke dalam didihan tadi.
  • Tutup tudung periuk dan biarkan sehingga ianya masak

Siap !!! Sedia untuk dihidangkan ..

Tetapi !! Anda perlukan rempah asli nasi arab yang import terus dari negara Timur Tengah untuk mendapatkan rasa sebenar nasi arab !

Ingin mengetahui dengan lebih lanjut ? Hehehehe .. Sila layari http://nasiarabreenskitchen.webs.com/ atau ke Fan Page , Nasi Arab Reen's Kitchen .

Saling berbalas dendam ?

 

Adoiyai anak anakku ini.. kecik kecik lagi dah pandai eh ? Saling sakat menyakat ! Dan mangsa sebenar adalah daddy kamu ni !! Huhuhu…

Bermula pagi hari ..

Qhaliff nak air vitagen. Aku pun gi amik kt dlm peti ais di dapur . Tiba-tiba aku terdengar suara halus datangnya dari ruang tamu rumah aku !

" Zaahraaaaaa... Zahraaaa " .

Cepat cepat aku jengok ! Arghhhhhhhhh..dia gi kejut adik dia yang tengah lena tidur ! Yang puas aku cuba bagi tidur supaya aku dapat buat kerja dengan pantas !

Cepat cepat aku gi ke buaian.. Dan mata Zahra membulat besar !

Ahhh..pakat pakat bangun dah semua ..Adehh.. Apa lagi ? Jom mandi .. sorang sorang ! Aku laaa kena mandikan .. Huhuhuh.. Aku sendiri lom mandi ! Acaner tu ?

Lepas mandikan diorang .. Aku tidurkan balik Zahra .. Qhaliff , memekak laaa dalam rumah.. Saja provoke si Zahra ! Zahra memang bengang sama sekali ..

Akhirnya dia dapat tidur … Dan Qhaliff ? Bermain hingga jam 3 petang ! Dari berbaju berseluar , akhirnya tinggal diapers jer .. Aku tak tau la nape dia bukak semua tu..

Dan terlena juga dia ..

 

Bila si abang terlena , si adik automatik terbukak mata ! Macam dah pakat pakat lak diorang ni tak kasi aku rehat ! Huh .. Ditambah pulak bila idea blogging datang , tapi aku tak dapat keluarkan di blog ! Mau stress gue dibuatnya ..

Best part … Zahra balas dendam !

Dia lonjakkan badan dia ..sedikit demi sedikit .. akhirnya sampai kat abang dia yang sedang lena tidur ! Tau apa dia buat ???

Tarik rambut abang dia tuuuu ! Cepat cepat aku gi amik abang dia sebelum meraung ! Kalau meraung , aku jugak yg penat nanti .. Nak memujuk sorang sorang ! Perghhh..

Adehh.. senang kan duduk rumah ? Goyang kaki ..

BEN ASHAARI Muslimah Channel !

 

Alhamdulillah.. atas sokongan rakan rakan termasuk rakan rakan blogger #kelabbloggerbenashaari dan juga rakan rakan di FB mahupun di Whatsapp , telah lebih 200 ( sehingga 1hb Dis 2014 ) orang mendownload aplikasi BEN ASHAARI MUSLIMAH CHANNEL ni ..

Wife aku sendiri dah membeli sepasang ari tu.. dan dia nak beli lagi ! Hurm.. aku ok je sebab katanya dia berpuashati ! Begitu juga isteri rakan blogger , Que Achmad yang terlebih dahulu membelinya .. dan nak beli lagi ! Adehhh…

image

image

Ben Ashaari Muslimah Channel menawarkan medium yang mudah untuk anda membeli-belah pakaian fesyen Muslimah. Terdapat pelbagai pilihan pakaian yang elegant dan cantik dari tops, dress, cardigan, hijab dan juga skirt panjang.

Aplikasi ini, memudahkan anda membeli dengan menawarkan kaedah pembayaran yang mudah, samada melalui kredit kad atau perbankan di atas talian.

Penghantaran hanya dibuat melalui POSLAJU sahaja, anda akan mendapat tracking code sebaik sahaja selepas order anda diproses. Dengan itu anda boleh mengesan perjalanan barangan anda dengan mudah terus dari aplikasi.

Order & penghantaran akan diuruskan oleh
Serenity & Fabrics Sdn Bhd
No 14, Jalan Kasuarina 6,
Bandar Botanic,
42100 Klang, Selangor

Dan tadi , sekali lagi promosi aku buat dan Alhamdulillah , ramai telah membuat pembelian ! Sebarang pertanyaan , atau berminat untuk membuat aplikasi android ini , bolehlah sila email hairudin@gmail.com .

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI