Dapur Tanpa Sempadan...

Sabtu, 6 Disember 2014

Bila JAKIM sahkan HALAL …

 

Baru baru ini , aku dan beberapa orang rakan blogger seperti DenaiHati , Budiey , PenMerah , Ruby telah pergi ke Bahagian Hab Halal , JAKIM di Putrajaya untuk bertemu muka dengan pihak berkenaan untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai isu umum dan juga penerangan mengenai proses pensijilan HALAL ni terhadap produk produk makanan proses di negara kita ni ..

Aku telah update status di Facebook untuk berkongsi infomasi mengenai kunjungan rasmi tersebut dan meminta rakan rakan dunia maya memberikan soalan yang bermain di fikiran mereka mengenai isu Halal di negara kita ni .. Dan , memang mendapat sambutan hangat! Sila rujuk di SINI.

Bagi aku , isu HALAL ni amatlah sensitif tetapi ianya juga satu khabar gembira kerana rakyat Malaysia terutamanya memandang serius mengenai HALAL .. bukan saja orang Islam pentingkannya tetapi bukan Islam turut sama mencari produk HALAL kerana pastinya produk HALAL adalah bersih dan suci untuk dimakan .

Antara soalan yang mereka ingin aku ajukan ialah isu dna babi yang hangat diperkatakan . Walaupun dah disahkan bebas dari dna tersebut namun begitu , masih ramai yang sangsi dengan isu ini.. kan ? Tak pee ! Bagi aku , bila JAKIM dah bagi sijil HALAL tu , aku tak sangsi dah ! Aku percaya pada kewibawaan mereka. Mereka badan profesional. Kalau aku sangsi dengan mereka , maka seluruh produk yang ada HALAL , akan jatuh was was gak ! Maka aku tak leh la nak makan kan ? Sebab aku dah tak percaya kat mereka ! Kan kannnn ?

Di sana , kami diterangkan mengenai  Aliran Kerja Proses Pensijilan Halal Malaysia dengan lebih terperinci. Alhamdulillah, aku paham akhirnya ! Bukan mudah tapi tidaklah payah andai si pemohon tahu apa yang mereka perlu lakukan !

pic_030

Setelah diterangkan , kami dibenarkan bertanya apa jua soalan berkaitan dengan HALAL. Sememangnya ada banyak persoalan yang ingin aku ajukan.. Dan salah satu soalan paling aku teringin nak tanya pada JAKIM adalah .. !

Apakah sijil HALAL Cadbury itu ditarik balik dan cuma baru baru ini , JAKIM telah memberi semula status HALAL kepada Cadbury ?

Jawapannya ? Hehehe.. Sijil HALAL Cadbury cumalah digantung ! Bukannya ditarik balik yer ! Digantung dan ditarik balik tu , berbeza ! Jika terbukti pemegang sijil melakukan kesalahan , maka sijil akan ditarik balik dan JAKIM sendiri akan membuat pengumuman rasmi mengenai penarikkan balik status HALAL tersebut ! Ahaaa .. 

Mudah kan ? Terjawab sudah persoalan aku.. Balik rumah , aku beli Cadbury , dan makan .. tanpa was was ! Selesai !! Apa susah kan ? Dah ada cop HALAL kat pembalut coklat Cadbury .. makan je la ! Sememangnya Cadbury adalah pilihan aku sejak dari kecil lagi !

Antara soalan lain yang aku tanya serta jawapannya , bolehlah korang rujuk di SINI.

Daddy dalam dilema ?

 

Aku larang dia amik.. Tapi dia amik jugak ! Dimulakan dengan menyandar di dinding terlebih dahulu sambil jarinya dihalakan ke candy tu.. Aku gelengkan kepala. Dia senyum !

Disusuli dengan tindakan di dalam gambar ! Seolah dia berfikir nak amik yang mana.. Kemudian dia amik yang batang punya bentuk .Terus datang ke arah aku tanpa bayar dulu..

“ Dah.. jom bayar dulu.. “.

Dia masuk ke dalam dan letakkan candy tu atas meja cashier. Aku keluar duit.. RM5.90 ! Leh tahan harganya… Persoalannya , apakah akan abis dia makan ?

Keluar dari kedai.. aku buang plastik dan bagi pada dia .. Dia pon makan… Gigit .. Beberapa minit kemudian , dia datang kat aku dan bagi candy tu.. Aku suh bagi kat ibu dia ..

Dan dia kembali semula .. ajak aku gi kedai tu balik ! Nak beli lagi ! Grrrrr… Aku dukung dia , bawak gi jenjalan dalam KLIA2 . Tiba-tiba dia meronta nak turun…

Aku lepaskan.. dia ke arah sekumpulan budak budak .. Dia berdiri memandang budak budak yang sedang makan aiskrim Mcdonalds !! Adehhhh… Dekat sangat ngan budak budak tu dan memandang tepat aiskrim kon tuu !

Telan air liur dia.. Sian pulak aku tengok.. Cepat cepat aku gi sapu muka dia. Kasi sedar dari lamunan ! Hahahaha…

“ Nak aiskrim ?”..

“ Nak .. nak… “ . Aku dukung dia dan ajak wife cari McDonalds ? Boikot ? Sesekali … Bukan sekali aku nak gi makan pon.. kan ?

Aku dukung dia.. Dan , akhirnya dia terlena ! Alahai.. siannyaa diaa… huhuuh …

Gian asam tempoyak !

 

Asam tempoyak dan asam pedas ! Dua dua ni kalau aku teringin sangat .. dulu , aku akan ke Temerloh ! Payah la nak cari kat sini yang sedap .. Er , tak cari pon .. tapi bila ada depan mata , rasa biasa biasa jer ! Aku nak yang kaw kaw rasanya ! Heheheh ..

Dan aku dah tau dah … mana nak cari ! Ada sekali tu aku gi makan sekeluarga .. berpeluh abis muka aku gara gara kesedapan asam tempoyak dan asam pedas akak ni buat !

Semalam , aku gi tapau.. Nak kasi keluarga mertua aku rasa .. Mak dan ayah mertua aku nak gi umrah .. jadi bagi la makan sedap sedap .. kannn ..

Sememangnya bertambah.. termasuk aku ! Acaner aku nak kurus ??? Er , kat mana nak belii ? Murah ke ? Hehehe.. Jangan risau.. akak ni belum plan nak kaya raya dengan menjual asam tempoyak ! Kalau dia nak kaya raya , lama dah dia carigali minyak di belakang rumahnya , nun di Johor sana tuuu.. Haaaa …

Alhamdulillah.. berkat kemurahan hatinya , kedainya jadi tumpan ramai.. setiap malam !!!! Haaaa.. Jangan tak tauuu…

image

Tentulah D’Laila kannn… Hehehehe.. Sapa tak kenal akak D’Laila ni ?? Femes dahhh dik oii.. Kalau gi MMA Nilai Corner tu , sebut nama Ben Ashaari .. hampehh orang tak kenal ! Belum sebut nama akak D’Laila , diorang dah tunjuk kat mana kedainyaaaa ! Haaaa.. Dasatkan ? Dah tu .. muka ketara sangat nak cari asam pedas atau asam tempoyak.. Haaa.. Hanya D’Laila saja yang sedap kat situ.. Eceh , baik punyaa marketinggg.. Serupa Zalora la pulak kan ?

Tapi serius , mmg sedap ! Adik ipar aku yang pandai masak pun akui.. Wife ? Siap nak tanya resepi gitu..Risau aku gi hari hari pastu jatuh cinta kat awek basuh pinggan kat situ ! Ceh , tu je level aku ???

Kebaikan JAMU SERI PENGANTIN

 

-iklan-

Assalam.. selamat pagi.

IMG-20141118-WA0018

Inginkan kesihatan yang baik? Mengatasi beberapa masalah seperti berikut:-

◆AWET MUDA
◆SEMBELIT
◆BERAT BADAN
◆KEPUTIHAN
◆KESUBURAN
◆SENGGUGUT
◆HAID
◆URAT
◆RAHIM
◆KULIT
◆TENAGA BATIN
◆TENAGA

received_632961346826833.jpeg

ANTARA 1001 KEBAIKAN DARI 1 PRODUK

* JAMU SERI PENGANTIN *

1 Botol untuk 60 hari, kesannya yang mavellous dan mujarab
dengan izin allah swt

■ pengedar diperlukan seluruh malaysia..

received_632958376827130.jpeg_20141205093150388

LIKE PAGE :

https://m.facebook.com/JamuSeriPengantinOfficial &

PM KAMI:

https://www.facebook.com/JamuSeriPengantinOfficial/manager/?section=messages

Maharaja Lawak 2014

 

Aku tengok hari ni .. Sebelum ni pon ada .. Minggu sebelum sebelum ni tapi tak abis sebab .. aku tutup tv ! Tunggu punchline , macam tunggu durian muda gugur ! Hampehhhh .. hambar !

Dan ada beberapa kumpulan aku tengok.. terfikir dan akhirnya seorang rakan di Facebook upkan statusnya ..

Maharajalawak juri lebih tumpu kepada mejaga "adat" katanya mempermainkan adat , memakai baju melayu sambil berpakaian ala ala monyet. Tapi tidak pernah saya dengar mereka menegur peserta yang mempersenda agama sendiri dengan memakai kopiah , memakai pakaian sunnah dan sebgainya…Sgt banyak mereka mempersenda kalimah2 suci …Sgt rendh martabat islam di mata mereka tapi lebih menjulang tinggi adat! “.

Ada benarnya pon.. Aku senyum jer.. Diorang apa pedulik , kan ? Asal duit masuk dah la.. Ok la tu.. aku pun malas nak kata apa.. Masing masing dah besar ! Senyum je laa…

Yang pasti .. Kali ni lebih pada sekadar nak buat jer .. Bukan betul betul nak bertanding ..

Maaf yer .. Jangan nak melatah atau nak marah. Ni pendapat aku yang tengok tak abis sebab .. aku tahu semua peserta MLM 2014 ni adalah terbaik di antara yang terbaik .. Aku tak nak buang masa tonton sesuatu yang .. membuang masa aku !

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI