Isnin, 8 Disember 2014

Bila aku nak mula berdiet !

 

Baru nak kembalikan ke’sado’an diri tapi tetiba macam .. Hurm… Makin nak jaga makan , makin kuat dugaannya ! Contohnya laa.. Hari Sabtu ari tu , adik beradik aku datang rumah pastu gi serbu D’LaiLa Sup Power di MMA Nilai Corner .. Dan penangannya ? Hurmm ..

Gulp… memasing order makanan yang jadi ‘pujaan’ di situ iaitu mee udang ! Dan ini paling special !

Dan yang ini ..

Banyak laagii ! Kang aku letak , confirm ada yang teliur ! Huhuhuhu.. Dan berakhirnya kelmarin , munculnya semalam . Pun sekali lagi aku gagal mengawal diet aku !

Ke Secret Recipe , Alamanda. Yummy… Faveret gue tuuu !

Huhuh.. ada satu lagi tapi Qhaliff dah bedal.. Kek Tiramisu.. hehehe… Dia lagi lapar dari aku rupanya !

“ Qhaliff , jom mandi !! “

 

" Qhaliff , jom mandi..." ..

" Tak nak.. “ Dia jawab sambil senyum pastu sambung layan handphone mak dia ..

3-4 kali aku ajak..dia bg jawapan sama..

Aku gi dapur dan amik cawan berisi air paip. Pastu aku saja saja offer air kat dia

“ Nah air.. minum skit ! Eh , tertumpaahhh .. “ Aku sengaja curahkan sedikit ke seluar dia..

Dia pandang aku dengan mula kelat. Kemudian ?

“ Daddy , bashaahh .. “. Aku pandang je muka dia.. Saja wat selamba !

Kemudian ??

Hehehehe.. Pastu ajak la gi mandi.. Terus on ! Hahahaha …

LAROME SLIMMING SERUM

 

-iklan-

 

Dah banyak produk di pasaran sampai keliru mana satu yang berkesan tanpa ada kesan sampingan. Banyak juga produk tiruan. Tapi bila ramai teman-teman yg cuba Larome Slimming Serum memang teringin juga nak cuba sebab dalam FB pun heboh dgn Larome, artis pun guna Larome.

Hebat sangat ke Larome ni?


Larome -Testimoni

2 KANDUNGAN UTAMA SERUM LAROME: MALUS DEMESTICA (APPLE STEM CELL) dan CUCURBITO PEPO (BIJI LABU).

Kalau dibandingkan dengan produk2 tempatan , kebanyakan untuk
penggunanan luaran jenis losyen/krim selalunya berminyak dan rasa melekit & kehangatan pun tak lama.

Bila cuba sendiri LaROME baru tahu kehangatan produk Apple Stem Cell dari Switzerland ni bagai bergusti dengan lemak. Saiz 30 ml sebotol ni kalau nak kesan cepat memang dalam 10 hari aje tahan sebab semua orang nak fast action fast result jadi sapulah kat semua bahagian berlemak tu.

Memang disarankan kalau nak lebih kilo yg turun dalam satu sapuan
cubalah bersauna. Memang terbaik!!

LEMAK: Pembakaran lemak berlaku dengan sangat pantas
SELULIT: Perubahan ketara hanya dalam tempoh semingu
LANGSING: 3-7 hari
STRECHMARK: Hampir 100% berpuas hati dengan sapuan kerap strechmark makin pudar dalam tempoh sebulan.

Berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut , sila hubungi Puan Aisya Sofea Jamil atau whatsapp ke 019 396 5212.

Hati-hati bila beli untuk anak anak !

 

Aku gi semalam ke Aeon Alamanda. Tempat kegemaran aku untuk membeli belah barang dapur ! Awalnya gi ke IOI Mall Putrajaya tapi orang ramai giler ! Terus ajak wife keluar.

Hurm.. Dah pilih macam macam barang .. Masa nak membayar . Di kaunter , Qhaliff tertarik dengan satu mainan yang berisi gula gula di dalamnya .. Bersungguh dia nak. Wife amik dan bagi kat dia.. Pastu bayar la..

Lepas bayar , dia nak dan mintak aku bukakkan .. Aku pon bukak je la.. Pastu bagi balik kat dia .. Dia pon amik .. Aku sempat nampak dia masukkan satu je ke dalam mulut dia pastu tutup .. Tak makan dah pastu !

Lepas settle semua , wife ajak balik. Dah sampai kat tempat parking , wife tunjuk kat aku gula gula tu ! Allahu Akhbar ! Kesiannya anak aku.. Makan menda dah rosak ! Haihhhhh … Nasib baik sebijik je dia telan ! Grr.. Wife ajak gi balik ke Aeon untuk buat aduan. Aku malas sebab dah jauh. Qhaliff pon dah buat perangai nak balik !

Aku buang gula gula tu .. Dan bagi mainan tu kat dia .. Dia tak nak pun ! Hurmmm…

Nasihat untuk aku.. Lain kali bila beli makanan untuk anak anak , sila tengok dan rasa dulu .. baru bagi kat diorang ! Hurmm..

Malam tadi , 2 kali dia muntah teruk.. Aku tak pasti punca.. Harap harap bukan sebab gula gula tu ! Jarang dia nak muntah !

Kenapa HARIMAU MALAYA masih guna ‘kuda tua ‘ ?

 

Istilah kuda tua tu macam tak best je kan ? Sepatutnya dipanggil pemain senior .. kan ? Ok .. aku tukar tajuk ..

“ KENAPA HARIMAU MALAYA masih guna pemain senior ? “

Haaaa.. baru best baca kan ? Kang ramai marah aku .. huhu .. Kuda tua pon berbisa , kan ! Ok ok … Tengok perlawanan pusingan pertama Malaysia bertemu Vietnam di PIALA AFF SUZUKI 2014 tadi ? Tengok kan ? Aku tauu… Malam minggu camni , menjerit depan tv mmg syiok.. hehehehe.. Tapi kecewa kan ? Kannn ?

Aku tak pon.. Aku dah tak larat nak kecewa. Aku dah redha dah dari usia 20an dulu.. Dah tau bola sepak negara kita ni payah nak pergi jauh ! Kenapa ? Banyak sebab .. Antaranya ramai kaitkan dengan politik dalaman , rasuah , kroni dan macam macam lagi !

Tapi masih ada yang terlupa ! Aku pun pada asalnya tak teringat gak tapi bila .. Ini mungkin aku punya pendapat la.. KENAPA PEMAIN SENIOR masih mendapat tempat dalam kesebelasan utama ? Apakah faktor pengalaman ? Faktor berbisa ? Hurmm .. aku rasa antara faktor utama ialah PENAJAAN !

PENAJAAN memainkan peranan penting dalam industri sukan negara ! Kalau nak harapkan dari bajet kerajaan , berapa la sangat kan ? Nak tak nak , kena cari penaja sendiri untuk menampung pembiayaan.

Ok .. kenapa aku kata PENAJA ? Kita tengok saja penaja dalam negara kita. Kalau nak taja , mesti yang glamer , ada rupa , berbakat besar dan paling penting .. ramai followers !! Kan ?

Bayangkan .. pasukan Harimau Malaya yg bermain tadi , diwakili pemain bawah 22 tahun … Berapa ramai akan ke stadium untuk menonton pemain yang tak dikenali bermain ? Adik beradik dan kawan kawan rapat je la kan ? Atau penyokong setia ..

Apakah akan ada penaja nak taja pasukan muda ni  ? Kalau ada , berapakah tajaannya ?  Apakah mampu nak cover perbelanjaan yang dah dikeluarkan oleh persatuan ? Ini semua penting , kawan ! Sapa nak keluar duit poket sendiri ? Melainkan Dato Seri Shahidan Kassim yg sanggup keluar duit poketnya sendiri untuk membiayai atlet dibawahnya ! Maka sebab itu dia pernah kata dia sampai ikat perut ! Sila google yer..

Kita mintak pentadbiran sukan kita diterajui oleh bekas ahli sukan sendiri. Persoalannya , berapa ramai yang mampu membawa masuk penaja ke dalam persatuan mereka seterusnya membayar gaji , elaun kakitangan serta ahli sukan itu sendiri ? Kerajaan tak tanggung semua tu… Duit kerajaan , duit rakyat ! Hanya boleh bagi beberapa peratus je .. Nak tak nak , kena cari penaja sendiri ! Mampukah mereka ? Golongan yang sekarang ni , berpengaruh !

Ok.. amik contoh pasukan JDT sendiri la.. Kenapa pemain terkenal dalam negara masuk dalam pasukan tu ? Pertama , gaji yang lumayan ! Sapa yang bayar ? Kerajaan negerikah ? Pastinya bila ada pemain ternama masuk ke dalam sesebuah pasukan bolasepak , yang akan ikut serta adalah penaja !!! Bermakna duit pon ikut sama la masuk kan ? Tengok REAL MADRID , MANCHESTER UNITED dan beberapa lagi kelab terkemuka !

Bila ada duit masuk , macam macam boleh buat.. Aku malas nak cakap panjang.. Korang leh pikir sendiri.. Kalau korang ada bisnes , apakah korang nak menaja sesuatu yang berbaloi atau sebaliknya ?

Aku sebagai seorang blogger pon nampak kenapa penaja nak menaja blogger blogger yang .. hurm.. Korang pon tau la kan ? Pastinya segalanya adalah kerana BISNES !

Aku ni pon boleh diistilah sebagai KUDA TUA gak.. tapi KUDA TUA yang hot la.. hahaha ! Maksudnya , masih mampu bersaing dengan KUDA KUDA MUDA segak lagi jelita gitu..

Jangan lupa .. Bolasepak adalah perniagaan di zaman ini !

Sekadar pendapat seorang blogger .. aku !

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI